Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan kapasiti hospital awam untuk merawat lebih ramai pesakit COVID-19 lebih tinggi, ekoran kejayaan bersama meratakan lengkungan penularan wabak itu di negara ini.
Ketua Pengarah Kesihatan. Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia membolehkan kementerian meningkatkan lagi persiapan sekiranya ada gelombang baharu akibat wabak itu.
“Misalnya, kadar keseluruhan bagi penggunaan katil di 40 buah hospital yang dikhususkan bagi perawatan COVID-19 dan 26 pusat rawatan COVID-19 berisiko rendah (hospital extension centres) adalah 17 peratus.
“Selain itu, kadar penggunaan bagi katil Unit Rawatan Rapi (ICU) yang dikhususkan untuk pesakit disyaki dan disahkan positif COVID-19 adalah tujuh (7) peratus (iaitu 31 buah daripada jumlah 422 buah). Penggunaan alat bantuan pernafasan (ventilator) pula adalah hanya satu (1) peratus (iaitu 12 buah daripada jumlah 1,059 buah),” katanya lagi.
Dr Noor Hisham berkata sedemikian dalam sidang media harian COVID-19 di Putrajaya, hari ini.
Terdahulu, beliau memaklumkan sebanyak 105 kes baharu dicatat, dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,747 kes.
Dalam pada itu, beliau sekali lagi mengingatkan seluruh rakyat Malaysia bahawa pandemik COVID-19 masih belum berakhir, walaupun kerajaan telah membuat keputusan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 4 Mei ini.
“Risiko penularan secara mendadak di negara kita masih wujud sekiranya kita lalai dan alpa dalam mengamalkan norma baharu kehidupan seharian.
“Justeru, kerjasama dan komitmen semua lapisan masyarakat dalam memainkan peranan masing-masing adalah sangat penting untuk memastikan kita berjaya menewaskan virus COVID-19,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Sat May 02 2020

Kementerian Kesihatan mampu meningkatkan lagi persiapan sekiranya ada gelombang baharu akibat pandemik COVID-19. - Gambar hiasan

Kes 1MDB: Pihak berkuasa masih tidak tahu keberadaan Casey Tang - Saksi
Sehingga kini, pihak berkuasa tidak mengetahui keberadaan bekas Pengarah Eksekutif Pembangunan Perniagaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Casey Tang Keng Chee.

Brittany Renner kekal istiqamah selepas 7 bulan peluk Islam, syukur dapat bertemu Ramadan
Dia kini lebih istiqamah dan terus memegang ajaran Islam dengan baik dan kelihatan selesa mengenakan hijab sebagai pakaian harian.

MoU peruntukan pembangkang Kerajaan Madani mengekang, tidak transformatif - Bersatu
Memorandum persefahaman (MoU) yang ditawarkan Kerajaan Madani disifatkan sebagai mengekang dan tidak bersifat transformatif atau reformatif.
ASEAN 2025 | 11 Mac
ASEAN 2025 harini bersama Fauzi Zin membawa tumpuan berikut:
1. Indonesia dan Vietnam tingkatkan kerjasama pelbagai sektor
2. Phuket catat pendapatan pelancongan tertinggi di Thailand
3. Brunei berjaya kurangkan pengeluaran gas rumah hijau 15 peratus
1. Indonesia dan Vietnam tingkatkan kerjasama pelbagai sektor
2. Phuket catat pendapatan pelancongan tertinggi di Thailand
3. Brunei berjaya kurangkan pengeluaran gas rumah hijau 15 peratus

Anak sempat main kejar-kejar dengan Zayn Rayyan sebelum hilang - Saksi
Nor Zaini memaklumkan anaknya yang berusia 10 tahun bermain kejar-kejar dengan Zayn Rayyan di Blok R sementara menunggu ketibaan van sekolah.

KBS perlu kaji semula kursus, latihan kemahiran agar selari kehendak industri - PM Anwar
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) perlu mengkaji semula kursus dan latihan kemahiran agar memenuhi kehendak industri.
NBC, UPI lancar fasa kedua pembayaran kod QR rentas sempadan
Bank Negara Kemboja (NBC) dan UnionPay International (UPI) pada Isnin melancarkan fasa kedua pembayaran kod QR rentas sempadan.
CCTV dikuasakan AI jamin keselamatan pelancong
CCTV ini membolehkan tindak balas lebih rapi daripada pihak berkuasa terhadap sebarang insiden yang mungkin berlaku.
Indonesia akan bina loji penapisan minyak berkapasiti besar
Kerajaan Indonesia merancang membina loji penapisan minyak dengan kapasiti satu juta tong sehari di beberapa lokasi.
Bangkok sertai Earth Hour 2025
Bangkok akan menyertai jutaan penduduk di seluruh dunia dalam satu usaha simbolik menangani perubahan iklim semasa, Earth Hour 2025 pada Sabtu ini.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 9 Mac 2025.

Jepun alami kekurangan pekerja sepenuh masa paling serius sejak COVID-19
Firma di Jepun kini menghadapi kekurangan pekerja sepenuh masa paling ketara sejak pandemik COVID-19, dengan lebih separuh daripada firma yang disoal selidik melaporkan kekurangan tenaga kerja.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.

50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.

Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.

Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.