NIBONG TEBAL: Karnival Gen-AI yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini di pekarangan C-Mart Simpang Ampat di sini, menyasarkan kehadiran kira-kira 10,000 pengunjung dari seluruh utara tanah air.
Penganjur bersama program Muhammad Fadzli Roslan berkata karnival julung kali diadakan itu merupakan anjuran Anwar Ibrahim Club (AIC) bersama Persatuan Kebajikan dan Pembangunan Sahsiah (SAHSIAH), Persatuan Kebajikan Muafakat Bersaudara serta kerjasama Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Harmoni Bukit Mertajam dan Pertubuhan Penggerak Nadi Muda Pulau Pinang (PPNM).
"Karnival ini menyasarkan kehadiran pengunjung dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan utara Perak khususnya daripada golongan komuniti belia dan anak muda sebab itu kita namakan ia sebagai Karnival Gen-AI.
"Menerusi karnival ini pelbagai aktiviti diadakan bagi menarik kehadiran anak muda antaranya pameran agensi kerajaan, karnival kerjaya, pertandingan e-sukan dan Muay Thai serta dimeriahkan lagi dengan persembahan konsert daripada artis-artis tempatan pada sebelah malam," katanya ketika ditemui Bernama hari ini.
Barisan artis yang akan membuat persembahan antaranya ialah kumpulan lawak Senario, Floor 88, Suffian Suhaimi dan Khalifah.
Muhammad Fadzli berkata hari pertama karnival itu yang bermula 3 petang mendapat sambutan menggalakkan daripada pengunjung dengan orang ramai dilihat berpusu-pusu beratur untuk mendapatkan topi keledar baharu yang diberikan secara percuma menerusi program pertukaran topi keledar oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Difahamkan sebanyak 1,000 topi keledar diedarkan dengan orang ramai perlu membawa topi keledar lama untuk ditukarkan dengan yang baharu.
Beliau berkata karnival kerjaya akan diadakan esok bermula 10 pagi melibatkan penyertaan 13 buah syarikat dan mereka yang masih mencari pekerjaan digalakkan untuk datang membawa bersama resume.
Muhammad Fadzli berkata pihaknya merancang untuk mengadakan siri jelajah karnival itu ke negeri-negeri lain selepas ini bagi mendekati lebih ramai lagi belia menerusi program yang diatur.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 21 2024

Karnival Gen-AI yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini di pekarangan C-Mart Simpang Ampat, menyasarkan kehadiran kira-kira 10,000 pengunjung dari seluruh utara tanah air. - Foto FB PEARL CITY MALL

Akses portal STR guna MyDigital ID bermula hari ini - LHDN
Pemohon dan penerima STR kini mempunyai alternatif untuk mengakses portal STR menggunakan MyDigital ID bagi semakan dan permohonan baharu STR bermula hari ini.

Peniaga bazar Ramadan seluruh negara siap sedia sambut pengunjung
Sehari menjelang 1 Ramadan, peniaga bazar Ramadan di seluruh negara giat membuat persiapan akhir, termasuk pemasangan kanopi dan susun atur gerai.

Kerajaan terus bela nasib veteran ATM - Adly
Kerajaan terus membela nasib veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang hilang upaya akibat kecederaan semasa bertugas bagi memastikan nasib anak-anak mereka tidak terabai.

RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 jamin kebebasan Parlimen, bukti reformasi institusi
RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 penting bagi mengembalikan kebebasan Parlimen dan memastikan keberkesanan institusi itu menjalankan fungsinya seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
AWANI 7:45 [1/3/2025] – Dana persaraan kelima terbesar di asia | Jawatankuasa kerajaan dan pembangkang | Kehidupan di banyak negara | MCA tinggal sejarah?
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Dzulfitri Yusof
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
-KWSP di ranking ke-13 dana persaraan terbesar dunia, umum 6.30 peratus dividen
-Kemuka cadangan tubuh jawatankuasa, peruntukan pembangkang
-Cabaran rakyat Malaysia berpuasa, rentasi sempadan dunia
-Ada usaha wujudkan hanya satu parti untuk masyarakat Cina
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
-KWSP di ranking ke-13 dana persaraan terbesar dunia, umum 6.30 peratus dividen
-Kemuka cadangan tubuh jawatankuasa, peruntukan pembangkang
-Cabaran rakyat Malaysia berpuasa, rentasi sempadan dunia
-Ada usaha wujudkan hanya satu parti untuk masyarakat Cina

MCMC giat perluas pendidikan, kempen kesedaran keselamatan dalam talian
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan memperluas modul latihan keselamatan dalam talian ke seluruh negara dalam usaha meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai perkara berkenaan.
AWANI Ringkas: Peniaga dilarang guna akuarium ganti balang air - KKM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Ahmad Zahid, Fadillah ucap selamat menyambut Ramadan, ajak kurangkan pembaziran
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan selamat menyambut Ramadan kepada umat Islam di seluruh negara yang akan memulakan ibadah puasa esok.
AWANI Ringkas: 11 termasuk pempengaruh TikTok ditahan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Agenda AWANI Asia: Ledakan Industri & filem animasi pecah panggung
Industri filem animasi antarabangsa digemparkan dengan tayangan pecah panggung Ne Zha 2 yang meraih kutipan RM7.5 bilion setakat ini. Apakah rahsia kejayaan Ne Zha 2 dan tumpuan khusus untuk menghasilkan karya filem animasi yang lebih unggul dan berkualiti? Diskusi dan analisis dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.

Karnival Gen-AI sasar kehadiran 10,000 pengunjung
Karnival Gen-AI yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini di pekarangan C-Mart Simpang Ampat, menyasarkan kehadiran kira-kira 10,000 pengunjung dari seluruh utara tanah air.