KUALA LUMPUR:Dalam usaha membantu usahawan luar bandar menjalankan perniagaan mengikut norma baharu akibat pandemik COVID-19, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menganjurkan Karnival Usahawan Desa secara dalam talian dikenali sebagai eKUD@KPLB 2020, bermula Rabu ini.
Karnival akan berlangsung secara berperingkat iaitu Booth Digital dan Jualan Siber (11 dan 15 Nov) manakala Jualan Mega pada 4 Dis hingga 6 Dis, yang bertujuan membantu memasarkan pelbagai produk berkualiti para usahawan luar bandar.
Menurut kenyataan KPLB, program Booth Digital menyasarkan 500 buah gerai berbentuk digital seperti Booth Usahawan, Booth Agensi Kerajaan, Booth Korporat dan Booth Jemputan yang menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan yang boleh dibeli secara dalam talian seperti makanan dan minuman, jualan hartanah dan khidmat pelancongan.
Segmen Jualan Siber eKUD@KPLB 2020 yang merupakan inisiatif perkongsian strategik Desamall@KPLB memasarkan produk hampir 2,000 usahawan luar bandar secara e-dagang melalui platform Lazada, Shopee, eBay, PrestoMall dan GrabMart.
Program Jualan Mega eKUD@KPLB 2020 pula menyasarkan penglibatan lebih 100 usahawan luar bandar dengan pertemuan pembeli dagangan dari dalam dan luar negara jemputan oleh agensi kerajaan bermula 10 pagi sehingga 10 malam.
Orang ramai dan usahawan perlu mendaftar di laman sesawang www.ekud.my untuk menyertai platform usahawan digital dan dipantau secara rasmi oleh KPLB bagi menjamin transaksi pembelian yang lebih selamat serta berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah sekiranya membuat pembelian dalam talian.
KPLB berharap program-program berkenaan akan dapat memberikan semangat baharu kepada usahawan luar bandar, meningkatkan keuntungan perniagaan di samping dapat merancakkan semula ekonomi negara.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 09 2020

Program Jualan Mega eKUD@KPLB 2020 menyasarkan penglibatan lebih 100 usahawan luar bandar dengan pertemuan pembeli dagangan dari dalam dan luar negara jemputan oleh agensi kerajaan bermula 10 pagi sehingga 10 malam. - Facebook KUD

Wanita maut dirempuh kereta selepas jatuh motosikal langgar memerang
Seorang jurujual wanita meninggal dunia akibat dirempuh sebuah kereta selepas terjatuh daripada motosikalnya yang terlanggar seekor memerang berhampiran MADAD.

Senarai hitam peniaga sewa, jual tapak bazar Ramadan pada warga asing - Exco
Kerajaan Perak akan bertindak tegas termasuk membatalkan lesen dan menyenaraihitamkan mana-mana peniaga tempatan yang didapati menyewa atau menjual tapak jualan bazar Ramadan kepada warga asing.

Pangkalan data pemantauan salah laku polis AS ditutup atas perintah Trump
Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.

Reformasi pendidikan fokus utama KPM tahun ini - Azman
Lapan keutamaan termasuk isu keciciran murid, peningkatan profesionalisme guru, pengukuhan kepimpinan pendidikan MADANI, dan penguasaan literasi serta numerasi murid.

Mahkamah Rayuan tetapkan 19 Mei untuk dengar rayuan Siti Bainun
Mahkamah Rayuan menetapkan 19 Mei ini untuk mendengar rayuan pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali yang dijatuhi hukuman penjara 12 tahun.
Dua wanita Singapura ditahan padam rakaman CCTV
Dua wanita didakwa di mahkamah Singapura pada Jumaat kerana memadamkan klip video dan memformat semula sistem televisyen litar tertutup (CCTV) yang memaparkan rakaman seorang lelaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan di sebuah pra sekolah.

Proses pemetaan sempadan Selangor, Kuala Lumpur selesai
Kerja-kerja pengukuran dan pemetaan sempadan bagi Selangor dan Kuala Lumpur telah selesai dilaksanakan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) pada 31 Okt tahun lepas.

Dua lelaki didakwa tipu urusan penjualan jam tangan mewah lebih RM2 juta
Kedua-dua lelaki tempatan itu turut didakwa menipu seorang wanita membabitkan urusan pembelian 41 utas jam tangan berjenama Rolex.

Gabenor Bank of Greece beri amaran tarif AS boleh lambatkan pertumbuhan zon euro
Amaran itu dibuat susulan laporan bahasa Presiden AS Donald Trump mencadangkan tarif timbal balik ke atas rakan dagang utama, termasuk EU.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam.

KUD@Putrajaya 2023 sasar sejuta pengunjung, transaksi RM10 juta
Penganjuran KUD@Putrajaya 2023 pada 22 hingga 26 Nov akan membawa komponen pelancongan luar bandar sebagai pengisian terbaharu.

Mini KUD platform usahawan perkasa produk tempatan
Program Mini KUD ini antara inisiatif KPLB bagi melahirkan usahawan luar bandar yang lebih cekap mengurus perniagaan.

Karnival Usahawan Desa tawar jualan secara maya
Karnival akan berlangsung secara berperingkat iaitu Booth Digital dan Jualan Siber (11 dan 15 Nov) manakala Jualan Mega pada 4 Dis hingga 6 Dis.

Doodle 12 jam tanpa henti di KUD tempa nama dalam MBOR
Ekspresi seni aktiviti bersempena KUD2019 dalam bentuk doodle selama 12 jam tanpa henti menempa nama dalam Malaysia Book Of Records (MBOR)

KUD Putrajaya mampu tarik dua juta pengunjung - Sivarasa
Pihaknya yakin sasaran itu boleh dicapai berdasarkan penglibatan 1,000 usahawan daripada pelbagai segmen perniagaan pada karnival selama lima hari itu.

Usahawan desa perlu miliki 3 DNA keusahawanan berjaya- PM Najib
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu usahawan desa seluruh negara memiliki tiga DNA keusahawanan yang berjaya.