KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan berkompromi atau melindungi mana-mana individu atau pihak yang terlibat sekiranya terbukti kewujudan kartel beras putih tempatan, tegas Datuk Seri Mohamad Sabu.
Menurut Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan itu, pemantauan sentiasa dilakukan berhubung isu kartel atau monopoli seperti mana tindakan diambil terhadap syarikat harga makanan ayam sebelum ini.
"Terdapat badan pemantau - Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) dan mereka telah mengambil tindakan sebelum ini terhadap syarikat yang dikatakan monopoli penetapan harga makanan ayam.
"Mengenai beras, sekarang ini mereka (MyCC) sedang memantau sekiranya ada di peringkat mana benda (kartel) itu dan jika wujud mereka akan mengambil tindakan.
"Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) tidak ada nak melindungi sesiapa dalam hal ini kalau ada misalnya monopoli ada yang dituduh itu kerana ia sentiasa dipantau," katanya kepada Astro AWANI, pada Rabu.
Sebelum ini, Pengerusi Task Force (Kluster Makanan) Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal mendakwa, terdapat kartel beras putih tempatan membabitkan empat hingga lima syarikat di negara.
Katanya, syarikat-syarikat berkenaan dipercayai bertindak mengawal jual beli padi dan makanan ruji itu sehingga berlaku kekurangan bekalan di pasaran serta peningkatan harga.
Jelasnya, maklumat itu diperoleh hasil daripada libat urus yang dijalankan bersama pesawah, pengilang, pemborong, peruncit dan pengguna.
Afiezy Azaman
Wed Mar 20 2024

Kerajaan tidak akan berkompromi atau melindungi mana-mana individu atau pihak yang terlibat sekiranya terbukti kewujudan kartel beras putih tempatan, tegas Mohamad.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

MyCC sudah siapkan laporan kajian kartel padi, beras - Fuziah
Laporan itu adalah antara usaha kerajaan mengawal harga padi dan beras dengan antara tumpuan adalah menumpaskan kartel yang wujud.

Kartel beras: Kerajaan tidak akan lindungi sesiapa - Mohamad
Pemantauan sentiasa dilakukan pihak berwajib untuk mengekang kewujudan kartel beras putih tempatan.

KPDN sedia siasat kartel beras - Armizan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedia menyiasat kewujudan kartel beras.

Beras Putih Malaysia Madani boleh sekat kartel - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cadangan Beras Putih Malaysia Madani boleh menyekat campur tangan kartel dalam industri itu.

Hasil siasatan tentukan tindakan atas kartel beras - Mat Sabu
KPKM menegaskan bahawa hasil siasatan menjadi penentu kepada setiap hukuman yang akan dikenakan berkait isu kartel beras.

KPKM nafi wujud kartel, "mafia" tentukan harga padi, beras dan benih
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menafikan dakwaan kewujudan kartel atau "mafia" yang menentukan harga padi, beras dan benih padi di negara ini.

Syor hukuman lebih berat terhadap pihak manipulasi bekalan beras tempatan
Dr Muhamad Akmal berkata hukuman lebih berat seperti sebatan atau penjara sewajarnya dikenakan ke atas mereka supaya dapat memberi pengajaran kepada pihak lain.

Kerajaan Persekutuan dicadang wujud semula Lembaga Padi dan Beras - Akmal
Kerajaan diharap dapat mewujudkan semula Lembaga Padi dan Beras Negara bagi membendung masalah ketirisan dan mengekang aktiviti kartel beras.

Pemuda UMNO bongkar modus operandi kartel beras
Pemuda UMNO bongkar modus operandi kartel yang menggunakan beras hancur sebagai beras tempatan kerana ia boleh dijual dengan bukan harga kawalan.