KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang pegawai agensi penguat kuasa yang dipercayai mempunyai kaitan dengan sindiket pengedaran dadah jenis syabu terbesar di Sabah, menjadikan keseluruhan 11 individu ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes itu.
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata suspek berumur 43 tahun yang ditahan pada 29 Dis lepas di sekitar Lembah Klang, dipercayai berperanan sebagai transporter dalam kartel dadah berkenaan.
Bercakap dalam sidang media di Bukit Aman di sini hari ini, beliau berkata suspek sebelum ini pernah bertugas di Sabah dan telah dipindahkan untuk bertugas di Lembah Klang.
Menurutnya, operasi siasatan sindiket dadah berkenaan masih berjalan dan akan ada tangkapan baharu.
"Pada masa sama, kami juga sedang menyiapkan kertas siasatan kes ini dan akan dipanjangkan ke pihak Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya," katanya.
Ayob Khan berkata polis telah mengambil tindakan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) dan berkolaborasi dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri berkenaan aset-aset milik anggota sindiket berkenaan.
"Selain itu, polis juga telah membekukan sebanyak 22 akaun bank bernilai RM420,000, menyita 18 pelbagai kenderaan mewah bernilai RM6.6 juta, merampas wang tunai RM35,000, barangan kemas dan jam tangan jenama Rolex yang dianggarkan bernilai RM100,000.
"Proses ini akan berterusan dan kami akan menjejak lagi aset-aset milik ketua-ketua sindiket dan anggota sindiket," katanya.
Ayob Khan berkata polis turut mendapat maklumat bahawa sindiket ini menggunakan kontena untuk menyeludup dadah, namun siasatan masih diteruskan.
"Kami akan memastikan sindiket terbabit ditumpaskan secara keseluruhannya dan tidak ada lagi saki-baki yang bebas," katanya.
Pada 26 Dis lepas, ketua sindiket dadah bergelar "Datuk" antara 10 lelaki ditahan di Sabah kerana disyaki terlibat dalam sindiket pengedaran dadah terbesar di negeri itu yang dipercayai terlibat secara aktif dalam kegiatan pengedaran dadah jenis syabu sejak 2015.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 08 2024

Ayob Khan bercakap ketika sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Pelaksanaan Usahasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini. - Foto Bernama

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia
Pameran pelancongan itu berfungsi sebagai platform bagi agensi promosi pelancongan negeri untuk mempamerkan tawarannya yang pelbagai.
Konflik Gaza: Pelan Trump bukan usir rakyat Palestin - Utusan A.S ke Asia Barat
Utusan Amerika Syarikat ke Asia Barat pada Khamis menegaskan bahawa rancangan Presiden Donald Trump untuk Gaza bukan bertujuan mengusir rakyat Palestin.
Konflik Gaza: Netanyahu ikrar balas dendam lepas Hamas pulang mayat tebusan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, pada Khamis berikrar kononnya untuk membalas dendam terhadap Hamas selepas kumpulan itu menyerahkan mayat empat tebusan Israel.

'Berhemah, adil, integriti, amanah dan tegas' jadi pegangan Ayob Khan
Ayob Khan, 56, dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman berkuat kuasa 25 Januari ini.

Sindiket ketum diketuai bekas penjawat awam tumpas
Dua serbuan susulan di sekitar Kulai dan Johor Bahru turut menahan 12 yang lain termasuk lapan penjawat awam.

Tiada laporan diterima berhubung dakwaan bekas pekerja ATA IMS dipukul polis
Pekerja terbabit mendakwa dipukul semasa disoal siasat kerana berkongsi maklumat mengenai keadaan kilang.

Pencemaran di Sungai Tawakal: Polis Johor bantu JAS kenal pasti punca bahan buangan
Soal siasat terhadap sembilan suspek termasuk pemilik premis terbabit masih dijalankan.

Polis Johor tahan 10 individu, rampas dadah bernilai lebih RM1 juta
Sindiket itu telah beroperasi sejak sebulan lepas dan dadah yang diproses akan diedar untuk kegunaan pasaran tempatan dan antarabangsa.

Polis Johor tumpaskan sindiket edar dadah bernilai RM2 juta
Dadah yang dirampas dipercayai untuk tujuan pasaran tempatan bagi kegunaan pusat hiburan dan parti persendirian.

Euro 2020: 70 individu ditahan dalam judi 'online' libatkan nilai pertaruhan lebih RM44 juta
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, operasi bermula selama sebulan sejak 12 Jun lalu.

Peras ugut: Anggota dan pegawai polis terlibat, dah macam pemungut cukai - Ayob Khan
Susulan laporan dibuat oleh mangsa, tangkapan dibuat terhadap kesemua suspek berusia dalam lingkungan 26 hingga 46 tahun.

Op Bersepadu: Warga India miliki lesen memandu palsu ditahan
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, siasatan awal mendapati pemandu tersebut mendapat lesen secara sah di Jabatan Pengangkutan Jalan di Selangor.

Lapan hadiri parti liar dalam tempoh PKP di JB, diberkas
Kesemua suspek berusia lingkungan 24 hingga 31 tahun itu ditahan dalam serbuan pada 12.30 tengah malam oleh sepasukan polis.