LANGKAWI:Bukit Aman memberi jaminan untuk turut menjalankan siasatan kes kartel daging import walaupun Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) adalah agensi paling relevan menyiasat isu berkenaan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata berikutan itu Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka kertas siasatan berhubung kes berkenaan selepas menerima beberapa laporan polis termasuk daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
"Saya telah memutuskan bahawa siasatan akan dilakukan oleh agensi yang berkaitan iaitu KPDNHEP... yang paling relevan untuk menyiasat perkara itu.
"Ini adalah isu berkaitan perihal dagangan jadi paling relevan untuk siasatnya adalah KPDNHEP.
"Saya melihat dari sudut perbuatan ini... apabila terbukti benar... menimbulkan kegusaran kepada orang ramai bahawa mereka takut termakan daging haram... saya beri jaminan perkara ini disiasat," katanya.
Abdul Hamid berkata demikian ketika sidang media berhubung Operasi Bersepadu Khazanah di sebuah hotel di Padang Matsirat, Langkawi pada Selasa.
Pada Isnin, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengetuai kumpulan berkenaan membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi berhubung isu membabitkan kartel daging.
Pemuda UMNO turut mendesak supaya satu pasukan khas membabitkan PDRM dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditubuhkan segera berhubung isu terbabit.
Tindakan berkenaan adalah bagi membolehkan pendakwaan dan pendedahan dilakukan berhubung individu dan syarikat yang disyaki terlibat dalam segala bentuk penyelewengan termasuk rasuah.
Awal bulan ini, Sinar Harian melaporkan taktik kotor sindiket yang menyeludup daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina sebelum membungkus semula daging tersebut dengan logo halal selepas serbuan bersepadu dilaksanakan pihak berkuasa di sebuah gudang di Senai.
Daging berkenaan dibungkus semula dan diletak logo halal dipercayai palsu yang dicap di sebuah kilang di Ulu Tiram sebelum dijual di seluruh negara.
Menurut laporan Sinar Harian, hasil risikan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) mendapati kartel berkenaan dipercayai menyamar sebagai syarikat pembekal daging sejuk beku telah menjadikan gudang berkenaan sebagai lokasi untuk membuat label dan cap palsu.
Abdul Hadi Che Awang
Tue Dec 29 2020

Abdul Hamid berkata polis menerima beberapa laporan termasuk daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO). - Gambar fail

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Kartel daging: Syarikat LY Frozen, pengurus stor, akauntan dilepas, bebas ubah wang haram
Syarikat LY Frozen Food Sdn Bhd, pengurus stor dan akauntannya, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas 12 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan lebih RM12 juta.

Jakim akan laksana tiga mekanisme elak isu 'kartel daging' berulang
Isu tersebut telah membuka mata banyak pihak terutamanya berkaitan kepentingan sistem pengurusan rantaian bekalan halal di Malaysia.

Kartel daging: 4 penguat kuasa MAQIS, seorang pemilik syarikat dihadap ke mahkamah
Mereka berhadapan tuduhan rasuah dan mengemukakan butiran palsu berhubung kes kartel daging.

Kartel daging: Syarikat, pengarah dan pengurus dituduh sekali lagi
Hari ini mereka didakwa atas empat pertuduhan bersabit kesalahan bersubahat dan memiliki barangan dilarang import bernilai RM643,465.39 pada Disember 2020.

Isu ketirisan daging import luar bidang kuasa DVS
Agensi itu hanya bertanggungjawab dalam menjalankan audit pemeriksaan rumah sembelih luar negara untuk tujuan kelulusan eksport ke Malaysia mengikut SOP ditetapkan.

Kartel daging: Polis kesan 7 lagi suspek
Datuk Huzir Mohamed, berkata dua lelaki turut dikesan bagi membantu siasatan kes berkenaan.

36 pengarah, pengurus 20 syarikat kes kartel daging import ditahan
Semua mereka adalah daripada 20 syarikat yang dikenal pasti terbabit berkomplot dalam kegiatan pengedaran daging berkenaan.

Bukan daging sahaja, kayu pun cuba diimport secara tidak sah ke negara ini
Tiga kontena yang membawa masuk 83.966 meter kubik (MTQ) muatan kayu itu ditahan dalam pemeriksaan rutin di Pelabuhan Pangkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT), Butterworth, jam 5.32 petang Sabtu.

Kartel daging: Kertas siasatan diserah kepada Pejabat Peguam Negara dua minggu lepas - SPRM Johor
SPRM Negeri Johor sudah pun menyerahkan kertas siasatan berhubung kes kartel penyeludupan daging sejuk beku kepada Pejabat Peguam Negara dua minggu lalu.

Kartel daging: MAQIS kini boleh akses sistem pelabuhan untuk pemeriksaan
Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) kini mempunyai akses ke dalam sistem pelabuhan untuk membuat pemeriksaan.