KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador diminta melaporkan dan menyerahkan bukti yang beliau miliki kepada pihak berkaitan susulan dakwaannya mengatakan wujudnya kartel dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Timbalan Menteri Dalam Negeri 2, Datuk Jonathan Yasin berkata, pendedahan Abdul Hamid itu adalah dakwaan berat dan beliau berpendapat ada baiknya ia tidak dibuat secara umum sebaliknya dilaporkan.
Bahkan, beliau juga meminta Abdul Hamid mendedahkan semua nama-nama individu yang didakwa terlibat dalam kartel tersebut.
“Saya juga melihat kenyataan beliau ketika sudah hampir bersara dan kita hairan kenapa tindakan tidak dibuat ketika beliau menjadi Ketua Polis Negara.
“Tapi di akhirnya, ketika beliau sudah mahu meletakkan jawatan, habis tempoh bertugas, barulah beliau membuat dakwaan yang umum.
“Kita tahu, kalau membuat dakwaan umum, sebenarnya tidak berapa baik kerana menjejaskan nama semua anggota polis terlibat sedangkan mungkin ramai tak tahu dakwaan itu.
“Sekiranya wujud dakwaan tersebut, kita menjemput beliau untuk mendedahkan nama-nama yang terlibat, semua pihak yang terlibat.
“Kita sedia disiasat, sedia buka secara terang untuk dapatkan kebenaran,” katanya di Dewan Rakyat pada Selasa.
Beliau berkata demikian ketika menjawab celahan daripada Ramkarpal Singh (PH - Bukit Gelugor) yang bangkit bertanya status siasatan kartel PDRM di Dewan Rakyat pada Selasa.
Tambah Jonathan, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) sebelum ini berkata pihaknya tidak dapat menentusahkan wujudnya kartel yang mengatur kenaikan pangkat dalam PDRM.
Jelasnya, EAIC memaklumkan mekanisme kenaikan pangkat membabitkan proses teliti dan beberapa laporan yang sukar ditembusi dan dicampur tangan pihak luar.
Katanya lagi, setakat ini kerajaan masih belum mendapat bukti yang jelas berkaitan dakwaan didedahkan Abdul Hamid Bador sebelum ini.
Ridauddin Daud
Tue Mar 15 2022
![Kartel PDRM: Timbalan Menteri KDN minta bekas IGP lapor, berikan bukti dan nama Kartel PDRM: Timbalan Menteri KDN minta bekas IGP lapor, berikan bukti dan nama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61647329438_TBJONATHANHAMID.jpg)
Menurut Jonathan, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) sebelum ini berkata pihaknya tidak dapat menentusahkan wujudnya kartel yang mengatur kenaikan pangkat dalam PDRM.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Kartel PDRM: Timbalan Menteri KDN minta bekas IGP lapor, berikan bukti dan nama Kartel PDRM: Timbalan Menteri KDN minta bekas IGP lapor, berikan bukti dan nama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61647329438_TBJONATHANHAMID.jpg)
Kartel PDRM: Timbalan Menteri KDN minta bekas IGP lapor, berikan bukti dan nama
Pendedahan Abdul Hamid itu adalah dakwaan berat dan beliau berpendapat ada baiknya ia tidak dibuat secara umum sebaliknya dilaporkan.
![Kartel PDRM: Hamid Bador hilang hak buat sebarang komen - EAIC Kartel PDRM: Hamid Bador hilang hak buat sebarang komen - EAIC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/81620017294_KetuaPolisNegara.jpg)
Kartel PDRM: Hamid Bador hilang hak buat sebarang komen - EAIC
EAIC merumuskan perkara tersebut lantaran Abdul Hamid tidak memberi sebarang bukti yang menyokong dakwaannya.
![Dakwaan wujud kartel dalam PDRM tidak dapat disahkan - EAIC Dakwaan wujud kartel dalam PDRM tidak dapat disahkan - EAIC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71645538680_TANSRIABDULHAMID.jpg)
Dakwaan wujud kartel dalam PDRM tidak dapat disahkan - EAIC
Dakwaan wujud 'kartel' dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagaimana didakwa bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador tidak dapat ditentusahkan.
![Isu kartel PDRM: 'Masih dalam kawalan, tiada keperluan lapor SPRM' - KPN Isu kartel PDRM: 'Masih dalam kawalan, tiada keperluan lapor SPRM' - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/51616671488_MyBayarSaman.jpg)
Isu kartel PDRM: 'Masih dalam kawalan, tiada keperluan lapor SPRM' - KPN
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador yakin perkara berkenaan masih dalam kawalan.
![Kartel PDRM: Hamzah arah KPN sediakan laporan penuh, elak kekeliruan Kartel PDRM: Hamzah arah KPN sediakan laporan penuh, elak kekeliruan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/81606997735_pcmenteri.jpg)
Kartel PDRM: Hamzah arah KPN sediakan laporan penuh, elak kekeliruan
"Saya tidak mahu perkara yang samar seperti ini, (ia telah) menimbulkan perasaan dan persepsi yang kurang baik," kata Hamzah.