Karyawan terkenal, Wan Omar Wan Ahmad atau lebih dikenali sebagai Sutung Umar RS meninggal dunia di kediamannya di Taman Seri Gombak di sini, kira-kira 5 petang tadi.
Sutung Umar RS, 68, meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang dan kencing manis, menurut anak perempuan arwah, Murni Wan Omar, 38.
"Ayah menghembuskan nafasnya ketika berada di sisi ibu saya petang tadi... memang ayah telah lama menghidap penyakit berkenaan.
"Sejak tiga tahun kebelakangan ini, ayah kerap mendapatkan rawatan dialisis di sebuah hospital swasta di Ampang," katanya kepada Bernama.
Allahyarham disembahyangkan di Masjid Al-Khairiyah Taman Sri Gombak sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Permata, Taman Seri Gombak di sini kira-kira 8 malam tadi.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Rihan Mohd Salleh, 63, seorang anak perempuan dan dua lelaki serta seorang cucu.
Sutung Umar RS yang berasal dari Kota Baharu, Kelantan sangat dikenali di pentas seni tempatan.
Allahyarham yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Penulisan Kreatif dan Deskriptif dari Universiti Malaya pernah bertugas di Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera dan di Bahagian Majalah DBP.
Arwah turut bertugas sebagai Editor Kumpulan Majalah terbitan DBP sebelum menyertai Kumpulan Berita Harian.
Antara karya popular yang dihasilkannya adalah Makyung, Wau Bulan, Taburkan Bunga, Kampung Halaman dan Api Cinta.
Bernama
Mon May 30 2016

Sutung Umar RS meninggal dunia pada usia 68 akibat komplikasi buah pinggang dan kencing manis. - Gambar Facebook
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Festival Seni Insan Istimewa di KL Gateway Mall, 30 Oktober ini
Festival itu bakal diadakan di pusat beli-belah KL Gateway Mall, pada 30 Oktober ini, bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.

PEMULIH beri ruang penggiat seni, produksi untuk 'bernafas'
Bantuan itu memperlihatkan kerajaan tidak meminggirkan keperluan petugas industri itu yang amat terkesan sejak pendemik tersebut melanda negara tahun lepas.

Rakam, format kembali hasil karya untuk tayangan dalam talian - Adlin Aman Ramlie
Adlin berpendapat pementasan teater secara dalam talian dapat memastikan jangka hayat karya berkenaan berpanjangan.

Beri peluang kepada kepimpinan baharu Finas - Karyawan
Kepimpinan Zakaria Abd Hamid yang baru dilantik ke jawatan itu pada 23 Mei lepas, harus diberi masa bagi melaksanakan perubahan.

Isu royalti perlu diselesaikan segera di bawah satu badan
Presiden Karyawan Datuk Freddie Fernandez berkata isu berkenaan sudah banyak kali dibincangkan namun masih belum ada jalan penyelesaian terbaik.

Isu pengagihan royalti jadi topik utama perbincangan AGM Karyawan ke-19
Presidennya, Datuk Freddie Fernandez berkata, isu ini perlu diselesaikan segera memandangkan ramai artis tertanya-tanya mengenai royalti yang sepatutnya mereka dapat.

Karyawan terkenal, Sutung Umar RS meninggal dunia
Allahyarham disembahyangkan di Masjid Al-Khairiyah Taman Sri Gombak sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Permata.

DBP bimbang penulis muda terpengaruh karya 'indie'
Datuk Seri Md Salleh Yaapar berkata kecenderungan terhadap karya 'indie' boleh merosakkan bahasa Melayu dan jati diri bangsa Melayu.

Malaysia sasar menang Hadiah Nobel
Malaysia mensasarkan untuk memenangi Hadiah Nobel hasil karya tokoh akademik, sarjana dan karyawan dalam tempoh kurang 50 tahun akan datang.

Acara santai memperingati MH370 oleh anak-anak muda
Pelbagai aktiviti disusun sehingga 9.00 malam termasuk bacaan puisi, grafitti, persembahan muzik, pameran seni dan ruang untuk berkongsi ucapan dan harapan untuk MH370.