PUTRAJAYA: Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) dalam perancangan membangunkan sistem Grid Air Kebangsaan bagi mengurangkan kos rawatan air yang perlu ditanggung oleh setiap negeri.
Menterinya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, inisiatif itu sekali gus dapat memastikan perkhidmatan dan pembekalan sumber air bersih.
Bagaimanapun katanya, sistem Grid Air Kebangsaan tidak akan meningkatkan kos harga yang perlu ditanggung oleh pengguna.
“Sistem gred air mentah kita sekarang guna satu harga. Jadi yang kita cadangkan, supaya negeri-negeri tersebut mendapat hasil yang banyak daripada sumber air.
“Sekarang ini kita ada empat gred air mentah, satu ini (gred yang baik) dijual pada harga yang sangat mahal (dengan pembangunan sistem) sebab kos rawatannya akan lebih murah banding dengan gred tiga dan empat.
“Sekarang ini hanya ada satu harga. Selain menjadi sumber pendapatan kepada untuk negeri-negeri, ia dapat melestarikan alam sekitar,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena Sambutan Ulang Tahun Pertama KASA.
Hadir sama Timbalan Menteri, Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad dan Ketua Setiausaha KASA, Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang.
Mengulas lanjut beliau berkata, cadangan tersebut telah dikemukakan kepada kerajaan negeri Kelantan, Kedah, Pahang dan Johor, dan menerima maklum balas yang positif.
Jelas Tuan Ibrahim lagi, usaha membangunkan sistem Grid Air Kebangsaan juga boleh dilaksanakan sekiranya setiap negeri mengawal aktiviti penebangan hutan.
“Hutan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan kita lihat negeri-negeri telah mematuhi had penebangan yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian.
“Jadi had tebangan itu dipatuhi dan undang-undang diperkemaskan, dan menerusi usaha tersebut pembangunan akan lebih lestari,” katanya.
Dalam perkembangan sama, beliau berkata sektor air negara memerlukan anjakan serta pendekatan baharu setanding dengan sektor utiliti lain.
Tuan Ibrahim menambah, sektor air perlu berkembang menjadi pemangkin yang kukuh untuk merangsang pulangan pelaburan kompetitif.
Ia termasuk sejumlah RM280 bilion dana pelaburan diperlukan untuk menaik taraf infrastruktur demi kelangsungan bekalan air jangka panjang di bawah Agenda Transformasi Sektor Air Negara 2040.
Sementara itu, Zaini menambah beberapa negeri dijangka mampu menjana pendapatan sehingga RM200 juta setahun menerusi penjualan air mentah bersih.
“Cara kita nak pastikan kerajaan negeri membangunkan negeri tersebut, selain daripada sumber air mentah, ialah dengan denai. Maknanya dengan buat denai, orang dapat jadikan sumber pembangunan,” ujarnya.
Hasimi Muhamad
Thu Mar 11 2021

Tuan Ibrahim menambah, sektor air perlu berkembang menjadi pemangkin yang kukuh untuk merangsang pulangan pelaburan kompetitif. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

24 Mac ditetapkan tarikh mediasi saman Tuan Ibrahim ke atas Rafizi
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 24 Mac bagi menyelesaikan saman fitnah difailkan Tuan Ibrahim Tuan Man terhadap Rafizi Ramli secara mediasi.

Isu siapa calon PM PN tidak perlu dipolemik - Tuan Ibrahim
Isu siapa bakal mengetuai Perikatan Nasional (PN) dan calon Perdana Menteri tidak perlu dijadikan polemik.

GISB: Tidak boleh semberono ambil tindakan - Zulkifli
Senator Zulkifli Hasan berkata, kes terbabit melibatkan banyak pihak dan perlu mengikut garis panduan ditetapkan setiap pihak berkuasa.

Tunggu PN ambil alih untuk lihat bajet kami - Tuan Ibrahim
Beliau berkata, pihak yang ingin melihat bajet alternatif perlu menunggu sehingga Perikatan Nasional mengambil alih kerajaan.

Pas kesal, dukacita dengan kenyataan Saifuddin Nasution
Tuan Ibrahim berkata, sepanjang Muktamar Pas berlangsung, tiada satu nama disebut dan diserang oleh Presiden Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam ucapan beliau.

PRN17 Sabah: Pas beri autonomi pada pimpinan parti tempatan
Tuan Ibrahim berkata, ia berikutan landskap politik yang berbeza berbanding di Semenanjung Malaysia.

Pas mahu tawan Pahang, beri fokus sokongan bukan Islam
Keputusan pucuk pimpinan memilih Pahang adalah isyarat serius Pas mahu mengiringi pentadbiran Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

Isu rakyat Palestin dijangka jadi inti pati utama Muktamar Pas ke-70
Nasib umat Islam di Palestin antara isu utama yang dijangka dibawa dalam Muktamar Pas ke-70 yang akan berlangsung di Kompleks Al-Makmur, Kerdau, Temerloh pada 11 hingga 15 Sept ini.

Pas gesa pemantau SPR turunkan papan iklan PH di Sungai Bakap - Tuan Ibrahim
Tuan Ibrahim berkata, papan iklan yang dibentangkan PH didakwa menunjukkan maksud ayat dalam bahasa Cina tidak sama dengan bahasa Melayu.

PRK Sungai Bakap: Calon PN diumum 16 Jun ini - Tuan Ibrahim
Calon mewakili Perikatan Nasional pada Pilihan Raya Kecil Sungai Bakap akan diumumkan pada 16 Jun ini.