SUNGAI PETANI: Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) menyerahkan sebarang keputusan berkaitan tindakan terhadap tiga kolam takungan air ladang durian Musang King di puncak Gunung Inas, Baling kepada kerajaan Kedah.
Menterinya Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pihaknya yakin kerajaan negeri memberi perhatian kepada isu itu dan memantau semua projek di Kedah dengan sebaik mungkin.
"Bagi isu itu (kolam), kita serahkan kepada kerajaan negeri, mereka pantau perkara itu dan ia sudah pastinya disusuli dengan tindakan yang akan dibuat oleh kerajaan negeri.
"Kerajaan negeri akan buat keputusan selepas melihat sejauh mana ancaman dan bahayanya kolam takungan itu kepada penduduk di kawasan berkenaan. Jadi, kita serahkan kepada kerajaan negeri untuk buat keputusan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai langkah untuk mengeringkan tiga kolam takungan air di gunung berkenaan yang menjadi kebimbangan penduduk kerana dikatakan boleh menjadi punca kepada kejadian banjir lumpur dan aliran puing di Kampung Iboi, Baling seperti berlaku pada 4 Julai lepas.
Sebelum ini, Tuan Ibrahim memaklumkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) diminta mengeringkan tiga kolam takungan air sebesar gelanggang futsal setiap satu yang ada di gunung itu secepat mungkin kerana bimbang akan berlaku banjir.
Dalam kejadian itu, banjir lumpur dan aliran puing menjejaskan lebih 800 penduduk dari 42 kampung sekitar Kupang selain meragut tiga nyawa di Kampung Iboi.
Sementara itu, Tuan Ibrahim berkata dua empangan sabo yang akan dibina di kaki Gunung Inas sedang dalam proses lantikan kontraktor dan dijangka siap sepenuhnya tahun ini.
"Di Kedah, sebanyak tujuh empangan sabo akan dibina iaitu dua di Yan, dua di Baling dan tiga lagi tambahan di kawasan baharu. Setakat ini, satu telah siap di Yan manakala di Baling peruntukan sudah ada tetapi sedang dalam proses lantikan kontraktor.
"Apabila siap nanti, kita harap ia dapat mengurangkan impak dengan memperlahankan aliran air sungai dan menyekat aliran puing sekiranya berlaku banjir akibat hujan lebat seperti sebelum ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 25 2022

Tuan Ibrahim berkata, pihaknya yakin kerajaan negeri memberi perhatian kepada isu itu dan memantau semua projek di Kedah dengan sebaik mungkin. - Bernama
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung dalam kolam takungan
Hasil pemeriksaan pegawai penyiasat mendapati tubuh badan mangsa telah menggelembung dan berair serta tiada pengenalan diri ditemukan.

KASA serah kepada Kedah ambil tindakan tiga kolam takungan di Gunung Inas
KASA yakin kerajaan negeri memberi perhatian kepada isu itu dan memantau semua projek di Kedah dengan sebaik mungkin.

Tidak boleh sesuka hati musnahkan kolam takungan di puncak Gunung Inas - MB Kedah
Tiga kolam takungan air di puncak Gunung Inas tidak boleh dirobohkan sesuka hati kerana ia mempunyai pemilik yang sah.

Kuala Lumpur perlu kolam takungan banjir, bina dalam pusat bandar - Pakar hidrologi
Kekangan ruang yang sempit serta pembangunan pesat menyebabkan pembinaan sistem takungan banjir secara konvensional menjadi lebih sukar.

Banjir kilat KL: Pintu air kolam takungan tidak berfungsi?
Sumber mendedahkan, ketidakfungsian pintu air itu mengakibatkan limpahan air banjir berlaku pada aliran sungai.

Polis cari ahli keluarga mangsa bunuh, sumbat dalam beg bagasi
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata, orang ramai yang kehilangan ahli keluarga diminta membuat laporan di balai polis berhampiran.