Seorang juruteknik komputer yang digelar 'kasanova bersiri' dijatuhi hukuman penjara empat tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini setelah mengaku bersalah menipu seorang wanita dua tahun lepas.
Majistret Sri Pracha Nanthini Balabedha menjatuhi hukuman itu terhadap K. Prabaharan, 45, dan memerintahkan tertuduh menjalani hukuman mulai tarikh dia ditangkap semula iaitu pada 2 Jan lepas.
Mengikut fakta kes, tertuduh didakwa mengenali mangsa berusia 29 tahun yang bertugas sebagai guru di sebuah sekolah Tamil di Pahang melalui sebuah laman sosial pada dua tahun lepas.
Mangsa kemudian diperdaya tertuduh untuk menyerahkan wang RM16,000 sebagai bayaran balik hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional di Bank Rakyat, Jalan Magazine di sini pada Disember 2012.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Farhana Hashim manakala Prabaharan diwakili peguam Ravi Chandran.
Terdahulu, Ravi Chandran memohon mahkamah mengenakan hukuman minimum kerana tertuduh terpaksa menyara dua anak berusia 19 dan 20 tahun yang kini belajar di kolej serta isteri, seorang suri rumah.
Selain meminta mahkamah mengambil kira pengakuan salah Prabaharan yang menjimatkan masa dan kos dalam kes tersebut, beliau berkata tertuduh sudah insaf dan berazam untuk menjadi anggota masyarakat yang jujur.
Bernama
Fri Apr 25 2014
K. Prabaharan (berbaju jingga) dijatuhi hukuman penjara empat tahun - Foto Bernama
Hampir 200,000 pelarian Syria pulang sejak kejatuhan Assad - PBB
Antara 8 Disember hingga 16 Januari, kira-kira 195,200 rakyat Syria telah kembali ke negara asal mereka.
Trump beri amaran: “Kekacauan besar akan berlaku jika gencatan senjata di Gaza gagal”
Bakal Presiden AS itu beritahu Benjamin Netanyahu "teruskan apa yang perlu dilakukan."
Tebusan Israel, banduan Palestin hadapi masalah kesihatan “kompleks” – Ketua WHO
Kedua-dua pihak kemungkinan besar menghadapi dan akan terus menghadapi cabaran kesihatan "kompleks" yang mungkin mengambil masa bertahun untuk diatasi.
TH nafi zalimi bakal haji, akui akan ambil tindakan undang-undang
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menafikan tuduhan institusi kewangan Islam itu menzalimi bakal haji melalui tawaran haji musim 2025M/1446H.
Kemalangan: 70 maut, 56 cedera lori tangki minyak meletup di Nigeria
Sekurang-kurangnya 70 orang maut dan ramai lagi cedera dalam kejadian letupan lori tangki minyak yang terbalik di negeri Niger, Nigeria, pada hari Sabtu.
Mahkamah Korea Selatan sambung tempoh tahanan Yoon 20 hari
Mahkamah Korea Selatan pada Ahad melanjutkan tempoh penahanan Presiden Yoon Suk Yeol sehingga 20 hari.
PM Anwar sambung lawatan kerja ke Belgium dua hari
Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Belgium pada 19 dan 20 Januari ini sebaik selesai tugas beliau di United Kingdom (UK).
Pemukiman Menteri Luar ASEAN tumpu isu serantau dan antarabangsa
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan akan mempengerusikan Pemukiman Menteri Luar ASEAN (AMM Retreat) pada Ahad yang akan membincangkan pelbagai isu serantau dan antarabangsa.
PM jumpa Corbyn, kongsi pendapat Malaysia-UK, gencatan senjata
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan tokoh politik British Jeremy Corbyn semasa lawatan kerja beliau ke London, United Kingdom.
Anwar berkata pertemuan itu digunakan untuk bertukar-tukar pendapat dan pandangan mengenai hubungan antara dua negara daripada landskap pelaburan, perdagangan dan ekonomi.
Anwar berkata pertemuan itu digunakan untuk bertukar-tukar pendapat dan pandangan mengenai hubungan antara dua negara daripada landskap pelaburan, perdagangan dan ekonomi.
Biden dituduh berat sebelah dalam konflik Gaza
Laporan Human Rights Watch (HRW) Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dituduh bersikap berat dalam isu hak asasi manusia berhubung dua konflik yang hampir sama di Gaza dan Ukraine.
[KOLUMNIS] 'Kasanova': Daripada kata nama khas kepada kata nama am
Istilah asing boleh dipinjam atas beberapa dasar, iaitu kesesuaian makna, lebih singkat daripada terjemahan bahasa Melayu dan memudahkan penyelarasannya.
Lagi kasanova laman sosial aniaya teman wanita, larikan RM65,000
Suspek mengugut jika mangsa enggan berbuat demikian, dia akan bertindak menyebarkan gambar separuh bogelnya ke dalam internet.
Saya bingung dan pemikiran seperti dikawal 'kasanova' - Pegawai polis wanita
Seorang pegawai kanan polis wanita memberitahu Mahkamah Majistret di sini hari ini bahawa dia tidak mempunyai niat untuk melepaskan seorang tahanan dikenali 'kasanova', dua tahun lepas.