JOHOR BAHRU: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menutup serta-merta operasi sebuah taska yang dipercayai terlibat dalam kes mengasari dua bayi di Mutiara Rini, Skudai, selepas disahkan tidak mempunyai lesen untuk beroperasi.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri Khairin-Nisa Ismail @ Md On berkata cawangan taska itu di Jalan Abd Samad dan Gelang Patah juga ditutup.
Beliau yang meninjau taska berkenaan pagi semalam, turut bertemu pengusaha taska dan mendapatkan penjelasan lanjut mengenai perkara itu.
"Saya dapati taska berkenaan masih belum mendapatkan lesen daripada JKM kerana belum mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan, Jabatan Kesihatan Negeri Johor dan bomba.
"Kalau belum dapat kebenaran daripada ketiga-tiga pihak ini, JKM memang tidak boleh keluarkan lesen. Sebelum ini pun kita dah nasihat supaya tidak beroperasi tanpa lesen tapi pengusaha berdegil dan tetap beroperasi juga.
"Justeru, ketiga-tiga rangkaian taska berkenaan dilak serta-merta oleh JKM negeri di bawah Seksyen 20a Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984," katanya ketika dihubungi.
Sabit kesalahan, pengusaha boleh didenda RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Khairin-Nisa berkata pengusaha dipercayai telah memohon lesen awal tahun ini dan telah beroperasi secara haram selama tiga hingga empat bulan ini.
BACA: Polis kesan individu bantu siasatan kes dera bayi di taska
Beliau turut menasihatkan ibu bapa supaya menyemak sendiri dengan JKM sama ada sesebuah taska mempunyai lesen atau tidak.
Terdahulu, tular dua video menunjukkan pengasuh di sebuah taska mengasari bayi dan susulan itu, seorang wanita dipercayai pengasuh terbabit direman selama empat hari mulai hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 16 2023
Khairin Nisa (kanan) bersama anggota JKM Johor membuat tinjauan dan pemantauan ke atas taska di Mutiara Rini yang tular berikutan isu mengasari dua bayi, di Johor Bahru, 16 Mei 2023. -- Gambar fail BERNAMA
Pengarah syarikat bergelar 'Datuk' didakwa pecah amanah wang syarikat
Seorang pengarah syarikat pinjaman wang berlesen didakwa atas lima pertuduhan melakukan pecah amanah berjumlah RM551,130, antara 2020 hingga 2024.
Filipina mungkin guna platform antarabangsa saman Filipina
Filipina merancang memutuskan platform antarabangsa untuk menyaman China atas dakwaan kerosakan kepada persekitaran marin.
AS, Indonesia sepakat utamakan pertumbuhan ekonomi negara
Amerika syarikat dan Indonesia sepakat memperkukuh komitmen bersama bagi mengutamakan pertumbuhan ekonomi negara dan perdagangan serta pelaburan dalam bidang berkepentingan kepada kedua-dua negara.
Hampir 1 juta pelancong kunjungi Myanmar Jan-Nov 2024
Ketibaan pelancong asing tahun ini menurun berbanding lebih 1.1 juta pelancong asing yang melawat negara ini dalam tempoh yang sama tahun lepas.
650 ribu kanak-kanak di Indonesia terima manfaat setakat ini
Program makanan percuma Indonesia telah memanfaatkan 650,000 kanak-kanak sekolah di 31 wilayah. Memetik laporan Xinhua, Presiden Prabowo Subianto berkata, program ini menyasarkan tiga juta kanak-kanak dalam tempoh Januari hingga April depan.
Pencemaran udara: Thailand perkenal kaedah semburan ais ke udara
Thailand memperkenalkan kaedah baharu dengan menggunakan semburan kabus ais merentasi ruang udara Bangkok sebagai usaha menangani pencemaran udara melampau.
Ibu, anak ditemukan mati dalam kereta
Wanita berusia 42 tahun itu ditemukan dalam kereta miliknya bersama anak perempuan berusia 14 tahun dengan keadaan enjin masih hidup oleh orang awam pada 9.30 malam.
Indonesia gesa graduan sedia depani cabaran kecanggihan teknologi
Indonesia menggesa graduannya bersedia menghadapi lonjakan permintaan terhadap pekerja berkemahiran digital bagi mendepani perubahan landskap pekerjaan global disebabkan kemajuan teknologi Kecerdasan Buatan (AI).
Jualan, harga beras Vietnam dijangka merosot
Sektor beras Vietnam mungkin menghadapi pelbagai cabaran dalam eksport pada 2025 selepas kejayaan pada tahun lalu, Agensi Berita Vietnam memetik pakar pada hari Khamis.
Singapura longgarkan dasar monetari selepas hampir tahun
Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS) melonggarkan dasar monetarinya pada Jumaat, langkah pertama seumpamanya sejak Mac 2020.
Jumlah mangsa banjir di enam negeri menurun setakat malam ini
Di Kelantan, jumlah mangsa banjir di dua jajahan terus catat penurunan setakat 8 malam ini kepada 24,416 orang yang ditempatkan di 57 PPS.
8,066 mangsa banjir di Kedah setakat 8 malam
Menurut laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua 2,582 keluarga berkenaan melibatkan penduduk di lima daerah di negeri itu.
711 mangsa banjir Pasir Mas masih berada di empat PPS malam ini
Hanya empat pusat pemindahan sementara (PPS) beroperasi malam ini berbanding enam pagi tadi.
JKM Kelantan peruntuk RM4.5 juta sebulan tampung belanja 9,034 warga emas
Senarai penerima dikemas kini setiap tahun, selain lawatan dan pemantauan dilaksanakan bagi memastikan kebajikan mereka terbela.
Banjir: Kerajaan Pahang peruntuk RM11 juta bantu mangsa
Peruntukan tersebut akan digunakan untuk menyediakan keperluan harian mangsa banjir khususnya mereka di PPS.
Tiga beradik tinggal bersama 13 anjing kini jalani kehidupan lebih teratur
Tiga beradik berusia 12, 10, dan sembilan tahun yang diselamatkan daripada tinggal bersama 13 ekor anjing, musang dan timbunan sampah pada Isnin lalu, kini menjalani kehidupan yang lebih teratur.
268 mangsa banjir di Lipis dipindahkan
Kejadian banjir berlaku susulan hujan lebat yang bermula sejak malam Ahad.
Wanita warga emas cekal jaga suami terlantar, tiga anak OKU
Meriam Ibrahim, 63, tidak mengeluh menumpukan sepenuh perhatian kepada suaminya Halim Talib, 69, yang tidak lagi boleh menguruskan diri.
Dakwaan bakul makanan hanya diedar di kawasan ahli Parlimen tertentu tidak benar
Pengagihan bakul makanan itu dibuat berdasarkan permohonan yang diterima, melalui 108 pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), di seluruh negara.
COVID-19: Pasangan suami isteri terlibat kes penipuan sumbangan ditahan
Mohd Iqbal berkata pasangan itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Langkawi bagi mendapatkan perintah tahanan reman hari ini.