MELAKA TENGAH:Seorang bapa mentua yang sebak dan pilu duduk di sebelah jenazah menantunya, Allahyarham Zulhilmi Razali, 26, yang maut dalam kemalangan di Jalan Bukit Katil pada awal pagi tadi.
Gambar Roslan Ramlan, 54, yang berbaju biru dan bersila di hadapan jenazah menantu keduanya itu tular di media sosial, Facebook sejak siang tadi.
Roslan berkata, menantunya yang berasal dari Kampung Chondong, Kelantan bekerja di tempat yang sama dengannya.
Katanya, sebelum kejadian Zulhilmi keluar rumah terlebih dahulu untuk ke tempat kerja lebih kurang jam 6.30 pagi sebelum dia pula keluar kira-kira 10 minit kemudian dengan menaiki motosikal berasingan.
Bagaimanapun menurutnya, ketika melalui lokasi kejadian dia kemudian memberhentikan motosikal dan tidak mengesyaki apa-apa namun terkejut selepas melihat tubuh yang kaku di atas jalan terbabit adalah menantunya.
"Walaupun tahu dia dah tiada ketika itu, namun saya tetap membisikkan kalimah syahadah.
"Sementara menunggu jenazahnya dibawa ke Hospital Melaka, saya duduk sebelah dan membaca ayat-ayat suci al-Quran sehinggalah jenazahnya diangkat," katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Bukit Duyong, di sini petang tadi.
Allahyarham yang bekerja sebagai operator kilang dan baru setahun lebih mendirikan rumah tangga meninggalkan seorang balu, Norhasliza Roslan, 24, dan seorang anak perempuan, Nur Irdina Adelia Roslan, 10 bulan.
Tambah Roslan, biarpun sedih dengan kejadian yang menimpa menantunya itu lebih-lebih lagi meninggalkan seorang anak yang masih kecil namun bersyukur Allah meminjamkannya seorang menantu yang baik akhlaknya.
Menurutnya, Zulhilmi bukan sahaja disifatkan seorang yang rajin bekerja malah sering membantu isteri membuat kerja rumah selain hubungan yang akrab mereka sekeluarga memandangkan mereka tinggal di rumah yang sama.
"Saya bersyukur dapat menantu yang keluarganya mendidiknya dengan baik dan melayan anak perempuan saya begitu baik sehinggakan pinggan isterinya juga dicuci.
"Walaupun arwah bukan berpelajaran tinggi namun orangnya berakhlak tinggi dan segala kenangannya di rumah pasti akan akan dirindui," katanya yang akan menjaga cucunya itu dengan penuh kasih sayang.
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan kira-kira jam 6 petang tadi.
Terdahulu Sinar Harian menyiarkan seorang pekerja kilang maut selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta Perodua Myvi yang dipandu seorang jurujual wanita berusia 38 tahun.
Dalam kejadian jam 6.30 pagi, Muhammad Zulhilmi yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC135 maut di lokasi kejadian berhampiran Masjid Saidina Ali Bukit Katil kerana mengalami cedera parah di kepala.
Sinar Harian
Mon Nov 02 2020

Gambar Roslan Ramlan, 54, yang bersila di hadapan jenazah menantu keduanya itu tular di media sosial, Facebook sejak siang tadi. -Sinar Harian
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Bapa mentua Aminolhuda meninggal dunia akibat strok
Bapa mentua kepada Ahli Parlimen Sri Gading Aminolhuda Hassan meninggal dunia akibat strok, di Hospital Sultanan Aminah (HSA) di sini pagi tadi.

Lepas perang mulut, bapa mentua tetak jari menantu hingga putus
Kejadian berlaku selepas lelaki berusia 49 tahun itu menyinggung perasaan menantunya yang tidak mempunyai pekerjaan.

Gembira Shuib bertemu jodoh, ini pesan bapa arwah Siti Sarah kepada bekas menantu
Menurut Raissuddin, dia telah menganggap Shuib seperti anaknya sendiri dan berharap pelawak itu dapat memberikan layanan yang baik terhadap isterinya iaitu Watie Hanifiah.

AS: Lelaki jumpa sejuta keping syiling ketika bersihkan rumah mentua
Sebuah keluarga yang sedang membersihkan rumah mereka di Los Angeles, Amerika Syarikat, secara tidak sengaja menemui beberapa beg berisi sejuta keping duit syiling (penny).

Kasih mentua hingga akhir hayat
Gambar Roslan Ramlan, 54, yang berbaju biru dan bersila di hadapan jenazah menantu keduanya itu tular di media sosial, Facebook sejak siang tadi.