KOTA BHARU: Pasangan kembar dari Gunong, Bachok memilih untuk bekerja sebagai penghantar makanan bagi memudahkan mereka menjaga bapa yang tidak sihat selepas terkena serangan jantung.
Muhammad Shakir Azmi dan Muhammad Shamin Azmi, 25, yang sebelum ini bekerja di Kuala Lumpur pulang ke Kelantan pada Januari lalu untuk membantu ibu mengurus keperluan bapa mereka, Azmi Ibrahim, 57.
Muhammad Shakir berkata, mereka mengambil tanggungjawab itu kerana adik-beradik lain tidak berada di Kelantan selain mempunyai komitmen sendiri.
"Kami tidak terikat dengan masa bekerja dan akan terus pulang jika menerima panggilan dari rumah.
"Bekerja sebagai penghantar makanan juga memudahkan kami bergegas ke rumah jika ada kecemasan," katanya ketika ditemui di pekarangan restoran makanan segera di Kubang Kerian pada Jumaat.
Anak ketiga daripada tujuh beradik itu juga memberitahu, setakat ini, pekerjaan sebagai penghantar makanan sahaja yang sesuai dengan mereka kerana bebas memilih waktu bekerja.
Dia juga bersyukur kerana kesihatan bapanya kini bertambah baik tetapi masih tidak boleh melakukan kerja-kerja berat.
Berkongsi cerita, kembar seiras itu memberitahu, sebelum ini mereka belajar di Sekolah Menengah Batu Muda di Sentul, Kuala Lumpur kerana bapa bekerja di sana.
Katanya, selepas tamat sekolah mereka kemudian mengambil keputusan bekerja sebagai penghantar barang dengan sebuah syarikat penghantar barang.
Kedua-dua beradik itu tidak pernah berpisah jauh kerana lebih selesa bersama terutama ketika bekerja.
Sementara itu, Muhammad Shamin berkata, buat masa ini mereka tidak mementingkan pendapatan kerana lebih utama ialah kesihatan bapa dan ibunya, Norzelin Mohd Noor, 51.
"Syukur kerana keadaan ayah bertambah baik dan kami akan bergilir-gilir pulang jika ada keperluan di rumah," katanya. - Sinar Harian
https://www.sinarharian.com.my/article/282798/edisi/kelantan/kasih-si-kembar-pilih-jadi-penghantar-makanan-demi-jaga-bapa
Sinar Harian
Fri Oct 06 2023
Muhammad Shakir (depan) bersama Muhammad Shamin memilih bekerja sebagai penghantar makanan untuk menjaga bapa mereka. - Gambar/ Sinar Harian
Thailand kemas kini program visa jangka panjang untuk tarik bakat asing
Perubahan yang diluluskan Kabinet itu termasuk peluasan sektor sasaran bagi profesional berkemahiran tinggi kepada pelbagai bidang bukan STEM.
Eksklusif! Joe Hart bakal tiba di Malaysia
Joe Hart bakal ke Malaysia dan secara eksklusif akan dibawakan menerusi Nadi Arena Jumaat ini.
CPTPP saluran kritikal kembang pelaburan, perdagangan antara Malaysia, UK - PM Anwar
Anwar berkata ini dapat dilaksanakan susulan daripada langkah kedua-dua negara menyertai perjanjian tersebut.
Malaysia perkasa syarikat pemula, pacu penyelesaian inovatif - Chang
Malaysia akan berusaha memperkasakan syarikat pemula dengan memudahkan kerjasama dan menggalakkan penyelesaian inovatif yang lebih komersial.
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
Kasih si kembar, pilih jadi penghantar makanan demi jaga bapa sakit
Pasangan kembar dari Gunong, Bachok memilih untuk bekerja sebagai penghantar makanan bagi memudahkan mereka menjaga bapa yang tidak sihat selepas terkena serangan jantung.