KETERUJAAN penyanyi muda As'ad Motawh membuat persembahan tarian Green Alien Dance bertukar tragedi apabila dia terpelecok dan terjatuh ketika di tengah-tengah pentas.
Kejadian berlaku pada malam pertunjukan fesyen Primavalet di Hotel Majestic Kuala Lumpur baru-baru ini.
As'ad yang menyarung sepersalinan baju Melayu merah lengkap bersampin keluar sambil menari lagu yang sedang viral itu.
BACA: Insiden memalukan di Indonesia: "Saya tak pasti itu sabotaj" - As'ad Motawh
BACA: "Beri peluang budak-budak baru nak up" - As'ad Motawh
Malangnya, setibanya di tengah-tengah pentas, penyanyi itu gagal mengawal keadaan dan terjatuh di tengah-tengah barisan selebriti lain.
Kejadian itu juga membuatkan barisan selebriti lain seperti Nabila Razali, Farah Nabilah, Amyra Rosli dan Elfira Loy kaget.
Alif Satar menjadi selebriti pertama yang membantu As'ad untuk bangun dan memapahnya untuk duduk semula di kerusinya di tepi pentas.
"This was so funny. Thank you Alif Satar for being such a nice person!" tulis As'ad di entri Instagramnya bersama sepotong video detik memalukan itu.
Perkongsian itu mendapat simpati daripada netizen dan mendoakan kesejahteraan penyanyi yang popular dengan lagu Senyum itu.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto & video: @asad.motawh
Gempak
Fri Apr 27 2018
Kejadian itu juga membuatkan barisan selebriti lain seperti Nabila Razali, Farah Nabilah, Amyra Rosli dan Elfira Loy kaget.
10 Berita Pilihan - (19 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Isnin – 20 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Trak beratur panjang sedia salur bantuan di Gaza
Dalam pada itu, trak-trak bantuan mula memasuki Gaza melalui pintu masuk lintasan sempadan Rafah pada Ahad. Ia sebahagian dari usaha kemanusiaan untuk memperbanyak bantuan seperti yang dipersetujui di bawah perjanjian genjatan senjata antara Hamas dan Israel.
Hati remuk lihat kampung halaman musnah sepenuhnya
Penduduk Palestin yang berpindah ke serata kawasan mula kembali ke tempat asal mereka. Perjalanan kembali mereka mencabar, menelurusi sisa-sisa runtuhan, membawa hati yang berat melihat tempat mereka membesar kini telah runtuh menyembah bumi.
Israel sedia serahkan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan
Israel bersedia menyerahkan senarai dengan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan pada Ahad sebagai pertukaran kepada tiga tebusan wanita warga Israel yang ditahan.
Penduduk Gaza meraikan gencata senjata
Penduduk Gaza dan beberapa pejuang Hamas berkumpul di hadapan Hospital al-Aqsa di Dier Al Balah serta Khan Younis pada Ahad meraikan gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 11.15 pagi waktu tempatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 Januari 2025.
Malaysia kukuhkan hubungan serantau di Permukiman AMM Langkawi
Kementerian Luar memaklumkan kedua-dua menteri menegaskan kepentingan kerjasama erat dalam mencapai Visi Komuniti ASEAN 2045.
Gencatan senjata di Gaza bawa harapan yang sangat diperlukan - IOM
Amy Pope berkata skala keperluan kemanusiaan di Gaza adalah "amat besar," dan menyeru usaha yang "mendesak dan bersatu" serta sokongan berskala besar di semua peringkat.
KPDN keluar notis kepada peniaga jual gulai kambing harga 'kayangan'
KPDN mengeluarkan notis bertulis kepada pemilik perniagaan yang tular di media sosial kerana disyaki menjual gulai kambing pada harga tidak munasabah.
Azizi cabar keupayaan Hisyam Hamid dalam Bunga Salju
Demi menjayakan karakter lelaki autistik dengan berkesan, aktor Hisyam Hamid sanggup membuat kajian mendalam sebelum penggambaran.
Angkat isu autisme, Bunga Salju terima respons positif
MIG menampilkan jalan cerita yang berbeza dan segar mengenai isu autisme dalam drama Bunga Salju di slot Tiara, Astro Ria.
Amyra Rosli kerugian RM240,000, diperdaya syarikat hiasan dalaman
Hasrat Amyra ubah suai kediaman ayah dan ibunya hancur berderai kerana menjadi mangsa syarikat tidak bertanggungjawab.
'Allah uji kita tanda sayang' - Amyra Rosli
Selepas kesihatan diri sendiri diuji gara-gara penyakit misteri, emosi Amyra Rosli berlarutan terganggu apabila anaknya, Ayra Aryssa diuji penyakit keradangan saluran darah dikenali sebagai Kawasaki.
Virus Kawasaki: "Doktor pantau jantung Aryssa selama 3 bulan" - Amyra Rosli
Amyra Rosli meluahkan rasa syukur apabila keadaan anaknya semakin pulih daripada terkena jangkitan virus Kawasaki sekitar awal bulan lalu.
'Semoga Allah angkat kesakitan Ayra Aryssa. Berikan kesabaran buat Amyra, Amar'
Rakan-rakan artis dan peminat mendoakan agar anak kedua Amyra dan Amar yang dijangkiti penyakit Kawasaki akan segera sembuh.
Kuasa wanita! Neelofa, Mira Filzah, Janna Nick dahului senarai 'Top 1,000 Influencers' di Malaysia
Ramainya pengikut Neelofa dan Mira Filzah di Instagram!
Ayra Aryssa nama pilihan puteri Amyra Rosli, Amar Baharin
Cantik nama anak kedua Amyra Rosli dan Amar Baharin, secantik ibu dan ayahnya.
'Baby sihat, isteri juga selamat' - Amyra Rosli dan Amar Baharin timang anak kedua
Amar meluahkan rasa gembira dan syukur menerima ahli baru dalam keluarganya.
Amyra Rosli dan Amar Baharin bakal timang anak perempuan
Pasangan pelakon, Amyra Rosli, 28, dan Amar Bahrin, 34, bakal menimang cahaya mata perempuan yang dijangka lahir pada bulan Februari 2020.