JOHOR BAHRU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia Negeri Johor merampas pelbagai minuman keras dan rokok kretek yang dianggarkan bernilai RM3.12 juta menerusi tiga serbuan di sini dan Segamat pada 30 Nov dan 1 Jan lepas.
Pengarahnya Misbahudin Parmin berkata rampasan pertama pada 30 Nov lepas melibatkan sejumlah minuman keras bernilai RM1.74 juta itu dilakukan menerusi pemeriksaan tiga kontena di Pelabuhan Johor, di sini.
Beliau berkata minuman keras jenis bir yang dipercayai diseludup dari China itu, ditemukan di dalam kotak minuman jus epal berkarbonat.
"Rampasan bir itu adalah bernilai RM234,000 dengan keseluruhan jumlah termasuk duti cukai dan kontena dianggarkan sebanyak RM1.49 juta," katanya pada sidang media, di sini hari ini.
Beliau berkata barangan dagangan seperti bir memerlukan lesen import daripada Ketua Pengarah Kastam, dan kes disiasat mengikut Seksyen 133 (1) (a) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 135 (1) (a) Akta Kastam 1967.
Dalam kes berlainan, Misbahudin berkata pihaknya merampas pelbagai minuman keras bernilai RM103,400 yang disembunyikan di dalam sebuah rumah teres dua tingkat di Desa Cemerlang, Ulu Tiram di sini, dan turut menahan seorang lelaki warga Bangladesh berusia 34 tahun, pada 1 Jan lepas.
"Minuman keras itu disimpan di dalam sebuah bilik dan nilai rampasan RM21,400 dengan keseluruhan anggaran duti cukai berjumlah RM82,000.
"Bagaimanapun, kita masih menyiasat daripada mana minuman keras ini diseludup dan kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 74 (1) (c) Akta Eksais 1967," katanya.
Sementara itu, pihaknya turut merampas 764,000 batang rokok kretek bernilai RM1.27 juta yang ditemukan di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Pogoh Tengah di Segamat pada 1 Jan lepas.
"Pasukan penguat kuasa menemukan rokok kretek pelbagai jenama itu yang disorokkan di bawah kanvas, ia dipercayai disimpan sementara di ladang terbabit sebelum diedarkan untuk pasaran tempatan.
"Anggaran keseluruhan nilai barang rampasan adalah sebanyak RM275,000 dengan keseluruhan anggaran jumlah duti cukai sebanyak RM1 juta," katanya.
Beliau berkata rokok berkenaan dipercayai diseludup dari Indonesia dan kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 19 2023

Pengarah Kastam Johor Misbahudin Parmin bersama anggotanya menunjukkan pelbagai jenis minuman keras yang dirampas dalam tiga buah kontena menggunakan kotak air minuman jus epal berkarbonat dalam serbuan di Container Inspection Bay.- Foto BERNAMA

Pekerja penyelenggaraan direman tiga hari berhubung penemuan peluru
Permohonan reman itu dibenarkan bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.

Op Hazard: NRES periksa 47 premis, sita 15,764.9 tan metrik sisa elektrik, elektronik
Pemeriksaan mendapati bahawa 30 premis beroperasi secara haram dan tujuh premis merupakan premis barang lusuh.

Digg bakal kembali! Diambil alih oleh pengasas asal bersama pengasas Reddit
Digg baharu bertujuan untuk mewujudkan komuniti yang lebih sihat dan dijangka dilancarkan dalam beberapa minggu lagi.

Trump tangguh tarif automobil dari Kanada, Mexico selama sebulan
Ia atas permintaan ketua Ford, General Motors dan Stellantis bagi memastikan syarikat terbabit "tidak berada dalam kedudukan yang merugikan."

'Saya pulang ke rumah, menangis selepas kalah'
Bekas pemain kebangsaan Itali itu menjelaskan suasana ketika dia pulang ke rumah dalam keadaan kecewa susulan tewas.

Peter Anthony dipenjara: KDM bermesyuarat minggu ini
Wetrom mengakui penyokong dan pemimpin parti kecewa dengan keputusan tersebut namun bertekad untuk lebih bersemangat meneruskan perjuangan.

Pusat servis tayar, kereta serta 13 motosikal musnah dalam kebakaran
Tiada mangsa dilaporkan berada dalam premis itu dan api berjaya dikawal sepenuhnya jam 3.49 pagi.
AWANI Ringkas: Siasatan kes Ismail Sabri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Keterjaminan makanan di Gaza 'berisiko bertambah buruk' - PBB
Dujarric turut menyuarakan kebimbangan bahawa keterjaminan makanan di Gaza berisiko semakin merosot.

India tegaskan tiada kepentingan untuk lemahkan dolar AS
Jaishankar sifatkan dolar AS sebagai sumber kestabilan ekonomi antarabangsa dan tegaskan, India tiada sebarang dasar untuk menggantikan dolar.

KPDN serbu premis hiburan, rampas 244 botol minuman keras tiruan
KPDN merampas 244 botol arak tiruan pelbagai jenama bernilai RM100,000 dalam serbuan terhadap dua premis hiburan di Jalan Tun Razak, Khamis lepas.

Polis tumpas sindiket seludup rokok, minuman keras lebih RM4 juta di Keningau
Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 kerana memiliki barangan tidak berkastam dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Larangan penjualan arak: Pas Selangor sokong cadangan MBI
Langkah itu menghormati sensitiviti masyarakat Islam dan membantu menangani gejala sosial yang sering dikaitkan dengan penyalahgunaannya.

Polis rampas lebih 17,000 karton arak tanpa cukai di Sibu
Polis merampas lebih 17,000 karton minuman keras tanpa cukai bernilai kira-kira RM15.15 juta dalam Op Taring Alpha 2 di dua premis di Sibu, Sarawak pada Isnin lepas.

JKDM rampas rokok putih seludup bernilai RM5.84 juta
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 4.5 juta batang rokok putih disyaki rokok seludup bernilai RM5.84 juta termasuk cukai yang disembunyikan dalam sebuah kontena berisi pakaian terpakai.

Kastam gagalkan cubaan seludup minuman keras, ayam beku lebih RM1.3 juta di Sabah
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah berjaya menggalkan cubaan menyeludup minuman keras dan ayam sejuk beku bernilai RM1.32 juta dalam empat siri rampasan berasingan baru-baru ini.

JKDM kutip hasil RM61.35 bilion, pencapaian terbaik pascapandemik
KDM berjaya mengutip hasil RM61.35 bilion setakat semalam, melepasi sasaran kutipan hasil tahun ini sebanyak RM56 bilion yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan.

Kastam Sabah rampas minuman keras bernilai lebih RM500,000
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah berjaya menggagalkan cubaan menyeludup minuman keras dianggarkan bernilai RM528,082 dalam rampasan di Kota Kinabalu dan Beaufort bulan lepas.

Remaja Australia minum alkohol beracun di Laos meninggal dunia
Seorang lagi pelancong asing maut akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, pada Khamis.

Kastam Kedah rampas 27,336 liter minuman keras
JKDM Kedah berjaya mematahkan sindiket penyeludupan minuman keras selepas merampas 27,336 liter minuman keras pelbagai jenama.