ISKANDAR PUTERI: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor merampas 2.35 juta batang rokok keretek dan putih dipercayai diseludup bernilai RM1 juta dalam serbuan di sebuah kedai di Shah Alam, Selangor pada 9 Jan lepas.
Pengarah Kastam negeri Aminul Izmeer Mohd Sohaimi berkata serbuan dilakukan Unit Bahagian Penguatkuasaan Kastam Johor susulan laporan yang diterima berhubung premis itu yang dipercayai dijadikan sebagai stor penyimpanan rokok tidak bercukai.
"Dipercayai, rokok terbabit diseludup dari negara jiran Indonesia. Usaha bagi mengesan pemilik premis berkenaan juga sedang giat dilakukan," katanya pada sidang media di Kompleks Penguatkuasaan Kastam Sungai Pulai di sini hari ini.
Beliau bagaimanapun berkata operasi itu tidak melibatkan sebarang tangkapan dan kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967.
Sementara itu, dalam kes berlainan, Aminul Izmeer berkata pihaknya menahan seorang lelaki tempatan yang disyaki mengedar dadah melibatkan rampasan sebanyak 14 kilogram methamphetamine bernilai RM542,709 di Durian Tunggal, Melaka pada 14 Feb lepas.
Beliau berkata kesemua dadah itu disembunyikan di dalam 14 bungkusan yang diletakkan di dalam sebuah kereta Toyota Vios.
"Selain bungkusan itu, ada juga tiga bungkusan gula seberat tiga kilogram dan dua bungkusan bahan kimia barium sulfat seberat dua kilogram di dalam kereta berkenaan.
"Dipercayai, modus operandi kes ini ialah membawa dadah menggunakan kenderaan bersama (barang lain seperti) gula untuk mengaburi mata pihak berkuasa," katanya.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 04 2024
![Kastam Johor rampas rokok keretek, putih seludup bernilai RM1 juta Kastam Johor rampas rokok keretek, putih seludup bernilai RM1 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61709556433_TBAminulIzmeer.jpg)
Pengarah Kastam Negeri Johor Aminul Izmeer Mohd Sohaimi (tengah) bersama anggotanya menunjukkan rokok keretek dan rokok putih yang dirampas dalam satu serbuan di sebuah kedai di Shah Alam. - Foto BERNAMA
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![JKDM tegas tangani dakwaan pegawai, anggota peras ugut JKDM tegas tangani dakwaan pegawai, anggota peras ugut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735208942_tbJabatanKastamJK.jpg)
JKDM tegas tangani dakwaan pegawai, anggota peras ugut
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) tidak akan melindungi mana-mana pegawai dan anggota jabatan itu sekiranya didapati terlibat dalam perbuatan peras ugut di sebuah kilang di Kapar, Selangor.
![Kes penyeludupan bernilai RM10.87 juta di Selangor lumpuh Kes penyeludupan bernilai RM10.87 juta di Selangor lumpuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735539003_tbKastamZonTengah.jpg)
Kes penyeludupan bernilai RM10.87 juta di Selangor lumpuh
Rampasan sekitar Selangor itu membabitkan tembakau sedut, rokok putih dan kretek, e-waste serta beras bermula Julai hingga November lalu.
![Kastam gagalkan penyeludupan dadah lebih setengah juta ringgit Kastam gagalkan penyeludupan dadah lebih setengah juta ringgit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81734006945_RampasJutajuta.jpg)
Kastam gagalkan penyeludupan dadah lebih setengah juta ringgit
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menggagalkan cubaan menyeludup dadah selepas merampas 233.14 kilogram (kg) daun khat, kanabis, dan methamphetamine dianggarkan bernilai RM546,708.
![Remaja ditahan cuba seludup dadah hampir RM1 juta di KLIA Remaja ditahan cuba seludup dadah hampir RM1 juta di KLIA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733477197_JKDMdadahKLIA.jpg)
Remaja ditahan cuba seludup dadah hampir RM1 juta di KLIA
Cubaan dua rakyat tempatan untuk menyeludup dadah dengan menyembunyikannya dalam kotak makanan dan bungkusan minuman pracampuran gagal apabila dikesan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).
![Kastam rampas rokok seludup RM6.38 juta dalam enam kontena Kastam rampas rokok seludup RM6.38 juta dalam enam kontena](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41731998594_TBROKOKSELUDUPjpg.jpg)
Kastam rampas rokok seludup RM6.38 juta dalam enam kontena
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 8.39 juta batang rokok putih pelbagai jenama bernilai RM6.38 juta disyaki diseludup dalam satu operasi di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang.
![Pembantu penguasa kastam dituduh terima RM900, lepaskan ubat penumpang di KLIA Pembantu penguasa kastam dituduh terima RM900, lepaskan ubat penumpang di KLIA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731395054_TBCourtHammer.jpg)
Pembantu penguasa kastam dituduh terima RM900, lepaskan ubat penumpang di KLIA
Seorang Pembantu Penguasa JKDM mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, atas pertuduhan menerima ganjaran berjumlah RM900 bagi melepaskan ubatan penumpang warga Bangladesh.
![Kastam Kedah rampas 27,336 liter minuman keras Kastam Kedah rampas 27,336 liter minuman keras](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81731383446_JKDMKEDAHMinuman.jpg)
Kastam Kedah rampas 27,336 liter minuman keras
JKDM Kedah berjaya mematahkan sindiket penyeludupan minuman keras selepas merampas 27,336 liter minuman keras pelbagai jenama.
![Minda teguh, disiplin tinggi elemen penting dipegang Adli 'Goldenboy' Hafidz Minda teguh, disiplin tinggi elemen penting dipegang Adli 'Goldenboy' Hafidz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71731132810_AdliHafidzMohdPau.jpg)
Minda teguh, disiplin tinggi elemen penting dipegang Adli 'Goldenboy' Hafidz
Peninju profesional negara Adli Hafidz Mohd Pauzi merupakan contoh yang baik, bagaimana seorang individu boleh mencapai keseimbangan antara dua kerjaya yang berbeza.
![JKDM rampas 105kg dadah bernilai RM3.3 juta JKDM rampas 105kg dadah bernilai RM3.3 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61730204394_RibuanAbdullah.jpg)
JKDM rampas 105kg dadah bernilai RM3.3 juta
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 105 kilogram (kg) dadah jenis methamphetamine dianggarkan bernilai RM3.3 juta yang diisytiharkan sebagai teh herba Cina pada 15 Okt lepas.
![JKDM Pahang gagalkan cubaan edar rokok seludup, minuman keras lebih RM2.6 juta JKDM Pahang gagalkan cubaan edar rokok seludup, minuman keras lebih RM2.6 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729675226_JKDMPahang.jpg)
JKDM Pahang gagalkan cubaan edar rokok seludup, minuman keras lebih RM2.6 juta
JKDM Pahang menggagalkan cubaan pengedaran rokok seludup dan minuman keras berjumlah lebih RM2.6 juta termasuk cukai serta duti selepas menyerbu dua gudang di Lukut, Negeri Sembilan bulan lepas.