ALOR SETAR : Cubaan menyeludup 5,000 botol air zam zam bernilai RM1.3 juta masuk ke negara ini menggunakan lori kontena gagal apabila dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di Bukit Kayu Hitam, pada 13 Februari lalu.
Kesemua botol air zam zam yang setiap botol mengandungi lima liter itu dipercayai disorok di bahagian belakang muatan lori berkenaan manakala di bahagian depan diletakkan botol pelembut pakaian untuk mengaburi pihak berkuasa.
Pengarah JKDM Kedah, Nor Izah Abdul Latif berkata, kejadian berlaku pada 11 malam apabila sepasukan pegawai dari Cawangan Import Eksport yang melakukan pemeriksaan terhadap lori kontena yang dinaiki dua lelaki warga Thailand.
Beliau berkata, selepas melakukan pemeriksaan awal, pegawainya mengesyaki sesuatu mencurigakan dan membuat pemeriksaan lanjut dalam kontena itu yang disusun dengan kotak yang mengandungi sabun pelembut pakaian.
"Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut menemui barangan yang tidak diikrar iaitu air zam zam di bahagian belakang kontena berkenaan.
"Berikutan itu, pemandu dan kelindan lori terbabit bersama kontena berkenaan dibawa ke Stor Penguatkuasaan JKDM Bukit Kayu Hitam untuk tindakan lanjut.
"Hasil siasatan mendapati, lori kontena itu didapati memasuki negara ini melalui pintu sempadan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam pada 13 Februari lalu dengan mengikrarkan dagangan sebagai sabun pelembut pakaian menggunakan borang Kastam 1," katanya pada sidang media di Kompleks Kastam Kedah, Jalan Pegawai, di sini, pada Isnin.
Nor Izzah berkata, hasil pemeriksaan menemui 5,000 liter air zam zam yang tidak diikrar dan tiada permit dengan anggaran sebanyak 25,000 liter bernilai RM1.3 juta.
Berdasarkan kenyataan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), beliau mengesahkan tiada pengedar atau syarikat di negara ini diberikan lesen bagi import dan penjualan air zam zam.
"Pihak kami juga meragui ketulenan air zam zam ini memandangkan negara Arab Saudi tidak memgeksport air zam zam ke dalam pasaran.
"Kita percaya botol pelembut yang diikrar itu hanyalah sebagai 'dummy' untuk mengaburi pihak Kastam dan botol itu disusun penuh di pintu kontena untuk menyukarkan pegawai untuk memeriksa keseluruhan dagangan yang terdapat di dalam kontena itu.
"Air zam zam ini dipercayai diseludup masuk dari negara jiran untuk mengelak daripada dikenakan cukai malah pihak KKM juga tidak mengeluarkan sebarang permit import air zam zam ini," katanya.
Menurut Nor Izzah, hasil siasatan juga mendapati, kesemua botol air zam zam ini dipercayai hendak dihantar ke sebuah premis syarikat makanan di Jitra.
Katanya, air zam zam adalah barangan yang diklasifikasikan sebagai barangan larangan import mengikut Buriram 35, Jadual Ketiga, Item 19 (Larangan Mengenai Import) 2023.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1) (a) Akta Kastam 1967 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang dari 10 kali nilai barang atau RM50,000 mengikut mana yang lebih besar dan tidak lebih daripada 20 kali ganda nilai atau RM500,000 mengikut mana lebih besar atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama.
"Bagi kesalahan kedua, denda tidak kurang dari 20 kali nilai barang atau RM100,000 yang mana lebih besar atau tidak lebih daripada 40 kali nilai barang atau RM1 juta yang mana lebih besar atau penjara tidak lebih tujuh tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.
Adie Sufian Zulkefli
Mon Feb 19 2024

Nor Izah (tengah) menunjukkan sebahagian daripada barangan yang dirampas dari lori kontena gagal oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di Bukit Kayu Hitam. - Gambar Astro AWANI

Lebih 19,000 KIR terima manfaat Kad Perak Sejahtera - MB
Penyaluran bantuan yang diperkenalkan sejak 2019 itu bertujuan memastikan golongan B40, miskin dan miskin tegar dapat memenuhi keperluan asas makanan.

90 peratus kediaman di Gaza musnah - IOM
Sejak 19 Jan, IOM menyalurkan bantuan merangkumi tempat perlindungan, bekalan air, alatan kebersihan serta barangan bukan makanan bagi menyokong penduduk Gaza.

Kejam! Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang oleh tentera zionis
Kumpulan hak asasi kanak-kanak, Defense for Children mendedahkan mangsa telah ditembak di bahagian belakang.

Mangsa banjir di Pahang meningkat tengah hari ini
Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Temerloh sejak Khamis.
AWANI Ringkas: Meninggal dunia serta merta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.

Kastam Kedah patahkan cubaan seludup air zam zam bernilai RM1.3 juta
Taktik meletakkan botol pelembut pakaian di bahagian depan gagal kaburi pihak berkuasa.