Cubaan tiga wanita untuk menyeludup masuk mata wang Malaysia dan Thailand bernilai RM500,000 melalui Kompleks Imigresen Kastam dan Kuarantin (ICQ) Bukit Berapit, Pengkalan Hulu, dekat sini gagal apabila ditahan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perak.
Pengarahnya Dr Mohamad Saprin berkata kegiatan suspek yang merupakan seorang warga tempatan dan dua warga Thailand berusia antara 40 dan 51 tahun itu dikesan susulan pemeriksaan terhadap sebuah kereta jenis Honda Accord yang dinaiki mereka pada 4.15 petang, Jumaat lepas.
Beliau berkata hasil pemeriksaan, tiga beg galas berisi wang tersebut ditemukan di bahagian bawah tempat duduk penumpang hadapan dan di bahagian but.
“Pada awalnya, suspek enggan membuka beg galas yang dibawa dan menyatakan ia berisi pakaian dan makanan bagaimanapun pemeriksaan lanjut menemukan sejumlah mata wang Ringgit Malaysia dan Baht Thailand yang tidak diikrarkan," katanya pada sidang media di Wisma Kastam di sini, hari ini.
Katanya, kesemua wanita itu direman empat hari bermula 8 Feb lepas bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 28(B)(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 dan Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967.
Mohamad berkata kesemua suspek yang merupakan rakan niaga mendakwa mereka baharu pertama kali melakukan penyeludupan itu namun JKDM akan menjalankan siasatan bagi mengenal pasti sama ada mereka mempunyai rangkaian dengan sindiket penyeludupan mata wang.
“Kita akan semak rekod keluar masuk negara bagi kesemua suspek. Kita akan siasat kemungkinan wang ini dibawa ke kawasan utara berikutan suspek warga tempatan itu berasal dari Sungai Petani, Kedah,” katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 12 2020

Mohamad (tengah) menunjukkan sebahagian mata wang Ringgit Malaysia dan Baht Thailand yang tidak diikrar yang dirampas pihak kastam pada sidang media di Wisma Kastam di Ipoh hari ini. Astro AWANI

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."

Kastam Perak patah cubaan tiga wanita seludup wang RM500,000
Hasil pemeriksaan, tiga beg galas berisi wang tersebut ditemukan di bahagian bawah tempat duduk penumpang hadapan dan di bahagian but.