PADANG BESAR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis merampas sembilan motosikal berkuasa tinggi dianggar bernilai RM1.13 juta termasuk cukai di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Wang Kelian, 16 Jan lepas.
Pengarah Kastam Perlis Ismail Hashim berkata motosikal tanpa nombor pendaftaran yang cuba dibawa masuk menggunakan sebuah kenderaan pengangkutan itu dirampas hasil pemeriksaan di lorong masuk ICQS itu kira-kira 5 petang.
"Hasil pemeriksaan, kesemua motosikal antaranya model Honda CBR 1000RR, BMW S1000RR, Yamaha R1, Aprilia RSV4 dan M V Agusta itu didapati tidak mempunyai sebarang dokumen pembayaran cukai atau permit import yang sah," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata sehubungan itu, pihaknya menahan seorang lelaki tempatan berumur 37 tahun dipercayai wakil syarikat pengangkutan yang membawa masuk motosikal itu bagi siasatan lanjut sebelum dilepaskan dengan jaminan kastam sebanyak RM2,000.
Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 133(1)(f) Akta Kastam 1967.
Sementara itu, Ismail berkata pihaknya juga berjaya menyita enam kenderaan bernombor pendaftaran Thailand yang melibatkan enam kes di lokasi berbeza sekitar Kedah dan Perlis sepanjang Januari hingga 13 Feb lepas.
"Anggaran nilai rampasan ialah RM255,000 dan anggaran duti dan cukai terlibat sebanyak RM387,535. Daripada enam kes itu, satu kes melibatkan tangkapan terhadap seorang lelaki warga Thailand.
"Hasil siasatan awal mendapati beberapa kenderaan berkenaan tidak mempunyai Permit ICP (Permit Edaran Antarabangsa) dan terdapat kenderaan yang telah tamat tempoh ICP," katanya menambah kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 20 2024
![Kastam Perlis rampas sembilan motosikal berkuasa tinggi Kastam Perlis rampas sembilan motosikal berkuasa tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708429970_IsmailHashim.jpg)
Pengarah Kastam Perlis Ismail Hashim menunjukkan motosikal berkuasa tinggi yang dirampas, pada sidang media hari ini. - Foto BERNAMA
AWANI Ringkas: Larangan kenderaan berat jadikan aliran trafik makin lancar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739955034_TBSULTANIBRAHIMANWAR.jpg)
Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.
![Trump arah kawalan lebih ketat ke atas agensi kawal selia bebas Trump arah kawalan lebih ketat ke atas agensi kawal selia bebas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738727270_tbDonaldTrump.jpg)
Trump arah kawalan lebih ketat ke atas agensi kawal selia bebas
Menurut Trump, adalah menjadi dasar cabang eksekutif untuk memastikan pengawasan dan kawalan presiden ke atas keseluruhan cabang eksekutif.
'Flat' Chow Kit digempur, 124 pati dicekup
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 124 pendatang tanpa izin dalam serbuan di sebuah bangunan rumah flat 14 tingkat di Jalan Haji Hussein, Chow Kit awal pagi rabu. Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata 84 warga Indonesia, Bangladesh (17), Pakistan (14), Nepal (4), India (3) dan Myanmar (2) ditahan kerana disyaki tinggal di negara ini tanpa permit sah dan melebihi masa yang ditetapkan. #AWANInews
100,000 rakyat Sabah terima bantuan tunai RM300 sebulan
Sebanyak 100,000 rakyat Sabah bakal menerima manfaat Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) menerusi bantuan tunai RM300 sebulan. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, memaklumkan bahawa bantuan ini diberikan setiap bulan sehingga 31 Disember 2025 kepada penerima yang layak. #AWANInews
![ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739950962_arifaiman.jpg)
ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo
PENYERANG sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, telah mengumpul lima gol dan dua bantuan jaringan daripada lapan perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) setakat ini.
31 negara dilawati, kos perbelanjaan RM16 juta
Sebanyak 31 negara sudah dilawat oleh Perdana Menteri dalam lawatan kerjanya antara November lalu sehingga Februari ini dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM16 juta. #AWANInews
![Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739954467_TBKRITIKALGULAKENYAL.jpg)
Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal
Seorang murid Tahun Lima dilaporkan kritikal di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata dalam kejadian pada petang Selasa.
![Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024 Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739599710_KhawKokChin.jpg)
Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024
Sebanyak 102 tan pelbagai dadah dan racun dianggar bernilai RM1.67 bilion dirampas dalam operasi dan serbuan di seluruh negara yang dijalankan sejak Mac 2024 hingga Ahad lepas.
![Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739950800_indonesia.jpg)
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
![Kastam Perlis sita empat kenderaan termasuk kereta mewah lebih RM1.6 juta Kastam Perlis sita empat kenderaan termasuk kereta mewah lebih RM1.6 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722605931_kastamperlis.jpg)
Kastam Perlis sita empat kenderaan termasuk kereta mewah lebih RM1.6 juta
Kenderaan yang disita dalam rampasan secara berasingan antara Jun dan Julai lepas di Kangar dan Kuala Perlis itu membabitkan cukai sebanyak RM2,239,475.
![Kastam arah kontena dari Israel keluar dari negara ini Kastam arah kontena dari Israel keluar dari negara ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717555068_lorikontena.jpg)
Kastam arah kontena dari Israel keluar dari negara ini
Kejadian berlaku sekitar jam 12.03 tengah hari Selasa, selepas kenderaan itu memasuki terowong mesin pengimbas di Kompleks ICQS Padang Besar.
![Kastam Perlis rampas sembilan motosikal berkuasa tinggi Kastam Perlis rampas sembilan motosikal berkuasa tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708429970_IsmailHashim.jpg)
Kastam Perlis rampas sembilan motosikal berkuasa tinggi
JKDM Perlis merampas sembilan motosikal berkuasa tinggi dianggar bernilai RM1.13 juta termasuk cukai di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Wang Kelian, 16 Jan lepas.
![Kastam Perlis patahkan 286 aktiviti penyeludupan, nilai rampasan lebih RM5.98 juta tahun ini Kastam Perlis patahkan 286 aktiviti penyeludupan, nilai rampasan lebih RM5.98 juta tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81703844874_PADANGBESAR.jpg)
Kastam Perlis patahkan 286 aktiviti penyeludupan, nilai rampasan lebih RM5.98 juta tahun ini
Kastam Perlis berjaya mematahkan 286 aktiviti penyeludupan sepanjang tahun ini, membabitkan rampasan bernilai lebih RM5.98 juta.