BUTTERWORTH: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas pelbagai jenis mercun dan bunga api seberat 1.6 tan dalam serbuan di hadapan sebuah premis di George Town minggu lalu.
Pengarah Kastam Pulau Pinang, Hamisan Kalip berkata, rampasan membabitkan 463 kotak mercun bernilai RM87,010 itu dipercayai untuk dijual di negeri ini sempena sambutan Tahun Baharu Cina.
Beliau berkata, siasatan mendapati mercun berkenaan dibawa masuk ke negara ini dari sebuah negara di Asia Tenggara.
Modus operandi yang digunakan oleh penyeludup adalah dengan membawa barangan tersebut melalui jalan air terlebih dahulu sebelum menggunakan jalan darat tanpa membuat pengikraran yang sah.
“Hasil pemeriksaan pasukan telah menjumpai mercun pelbagai jenama yang disyaki tidak berkastam dalam premis tersebut dan di dalam lori yang berada di hadapan premis .
“Jumlah mercun yang ditemui adalah sebanyak 463 kotak bersamaan dengan 1,648.37 kilogram dengan nilai anggaran berjumlah RM87,010 dan duti cukai terlibat berjumlah RM56,556.50,” kata beliau dalam sidang media di Stor Penguatkuasaan Bagan Jermal, di sini, pada Rabu.
Susulan itu, jelas beliau, tiga suspek lelaki berusia 30 hingga 42 tahun masing- masing pekerja di premis berkenaan yang disyaki terlibat turut ditahan bagi membantu siasatan.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.
Jika sabit kesalahan pelaku dikenakan denda tidak kurang dari 10 kali nilai barangan atau RM50,000 yang mana lebih besar dan tidak lebih daripada 20 kali nilai barangan atau RM500,000 atau dipenjarakan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama.
Dewi Nur Harasha Alias
Wed Jan 18 2023
![Kastam Pulau Pinang rampas 1.6 tan mercun seludup untuk Tahun Baharu Cina Kastam Pulau Pinang rampas 1.6 tan mercun seludup untuk Tahun Baharu Cina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/61674021933_mercun.jpg)
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas pelbagai jenis mercun dan bunga api seberat 1.6 tan dalam serbuan di hadapan sebuah premis di George Town minggu lalu.
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![Kastam Pulau Pinang rampas rokok seludup bernilai RM7.92 juta Kastam Pulau Pinang rampas rokok seludup bernilai RM7.92 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710824316_TBROSELANRAMLIj.jpg)
Kastam Pulau Pinang rampas rokok seludup bernilai RM7.92 juta
Kastam Pulau Pinang merampas sembilan juta batang rokok putih dianggarkan bernilai RM7.92 juta termasuk cukai.
![Kastam Pulau Pinang rampas arak bernilai RM6.16 juta termasuk cukai Kastam Pulau Pinang rampas arak bernilai RM6.16 juta termasuk cukai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708591083_JKDMminumankeras.jpg)
Kastam Pulau Pinang rampas arak bernilai RM6.16 juta termasuk cukai
Jabatan Kastam Pulau Pinang merampas 361,236 tin minuman keras pelbagai jenis bernilai RM6.16 juta termasuk cukai di Pelabuhan Klang, Selangor.
![Kastam Pulau Pinang rampas rokok seludup RM10 juta dari Vietnam Kastam Pulau Pinang rampas rokok seludup RM10 juta dari Vietnam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81666338110_SELUDUP.jpg)
Kastam Pulau Pinang rampas rokok seludup RM10 juta dari Vietnam
Rokok seludup dari Vietnam bernilai RM10 juta berjaya dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang.