KUALA LUMPUR:Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan rokok putih bernilai lebih RM500,000 dalam satu serbuan di Pelabuhan Klang pada 1 Oktober lalu.
Menurut Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan) Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Datuk Johari Alifiah, serbuan oleh pasukan Unit Siasatan Dalaman (USD) bersama Unit Operasi, Bahagian Penguatkuasaan JKDM Pulau Pinang kira-kira jam 10 hingga 11.30 pagi Khamis itu berjaya menahan sebuah kontena di Pelabuhan Utara.
Taktik sindiket dengan mengikrar barang dagangan sebagai 22 karton 'Massage Box Cabinet' itu terbongkar apabila pemeriksaan ke atas kontena terbabit berjaya menjumpai 22 kotak kayu yang dibalut dengan guni mengandungi rokok putih.
Pemeriksaan lanjut mendapati kesemua kotak berkenaan mengandungi 6.4 juta batang rokok pelbagai jenama dipercayai untuk diseludup.
Hasil rampasan bernilai RM517,568.00 dan duti cukai terlibat dianggarkan RM4,321,692.80. Siasatan awal mendapati kontena dikendalikan oleh sebuah syarikat perkapalan itu diperolehi dari sebuah negara di Asia Timur.
Kes disiasat dibawah Akta Kastam 1967 dan Akta Eksais 1976.
Jika sabit kesalahan suspek boleh dikenakan denda tidak kurang daripada 10 kali nilai barang atau RM100,000.00 mana yang lebih tinggi dan tidak lebih 20 kali nilai barang atau RM 500,000.00 mana yang lebih tinggi atau dipenjara tidak kurang enam bulan dan tidak melebihi lima tahun atau kedua duanya sekali dibawah Seksyen 135(1)(g) Akta Kastam 1967.
Manakala di bawah Seksyen 74(1)(e) Akta Eksais 1976, suspek boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang 10 kali ganda amaun duti eksais atau RM 100,000.00 yang mana lebih tinggi dan tidak lebih dari 20 kali ganda amaun duti eksais atau RM 500,000.00 mana yang lebih besar atau penjara tidak kurang enam bulan dan tidak melebihi lima tahun atau kedua duanya sekali.
Orang ramai diseru agar memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan dengan menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau pejabat JKDM terdekat.
Fareez Azman
Wed Oct 07 2020
Kontena yang ditahan JKDM mengandungi 22 kotak kayu mengandungi 6.4 juta batang rokok putih pelbagai jenis yang cuba diseludup di negara ini. Gambar: JKDM
Askar wanita Israel nafi diberi dadah semasa dalam tawanan
Penilaian oleh doktor itu menyangkal dakwaan rasmi Israel bahawa Hamas memberi perangsang kepada tawanan dalam bentuk vitamin dan ubat penenang.
Meta akan bangunkan jurutera AI untuk tulis kod
Ini sekali gus akan membantu dalam membangunkan fungsi dan produk baharu dengan lebih pantas berbanding sedia ada.
JPJ periksa 1,106 kenderaan dalam Op Sepadu menjelang Tahun Baharu Cina
Sebanyak 1,106 kenderaan diperiksa dengan 124 daripadanya dikenakan tindakan semasa Op Sepadu Tahun Baharu Cina oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur malam tadi.
Petugas kaunter perlu cerminkan sikap harmoni – Zaliha
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa, menegaskan bahawa petugas kaunter kerajaan perlu mengamalkan sikap mesra, responsif, dan berintegriti ketika berurusan dengan masyarakat.
Beliau menyatakan bahawa sikap harmoni, termasuk nilai hormat dan adil, harus diterapkan oleh setiap pekerja, bukan hanya di barisan hadapan.
Beliau menyatakan bahawa sikap harmoni, termasuk nilai hormat dan adil, harus diterapkan oleh setiap pekerja, bukan hanya di barisan hadapan.
RM15 juta naik taraf Pasar Besar Ipoh jadi tarikan pelancong, moden - Nga
Peruntukan berkenaan adalah di bawah projek naik taraf pasar warisan berusia lebih 50 tahun yang antara keutamaan kementerian.
Trump sahkan bom 907.2 kg 'dalam perjalanan' ke Israel
Pentagon menarik balik sekatan terhadap penghantaran bom yang dikenakan oleh Biden pada Mei lepas.
AWANI Ringkas: COVID-19 berpunca daripada insiden makmal?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Remaja maut selepas dicampak bapa ke dalam laut
Mangsa mengalami kecederaan serius pada muka dan kepala akibat terkena kipas bot dan meninggal dunia di Hospital Kuraburi Chaipat.
Lawatan Negara Prabowo ke Malaysia penting bagi hubungan dua hala, ASEAN
Presiden Indonesia, Prabowo Subianto berkunjung ke Malaysia minggu depan atas undangan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
Agong dan PM luang masa bersarapan
Yang di-Pertuan Agong Malaysia Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sesi sarapan pagi di sebuah restoran di Masjid India, Kuala Lumpur.
Menurut hantaran di Facebook, sesi tersebut menarik perhatian pelanggan restoran yang mengambil peluang untuk menyapa dan bergambar bersama Baginda Tuanku.
Menurut hantaran di Facebook, sesi tersebut menarik perhatian pelanggan restoran yang mengambil peluang untuk menyapa dan bergambar bersama Baginda Tuanku.
Kastam Pulau Pinang tumpaskan sindiket rokok putih bernilai lebih RM500,000
Pemeriksaan ke atas kontena terbabit berjaya menjumpai 22 kotak kayu yang dibalut dengan guni mengandungi rokok putih.