NILAI: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 88 kilogram (kg) dadah jenis kokain dianggarkan bernilai RM17.6 juta menerusi serbuan di Kompleks Kargo Udara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Selangor pada 1 Ogos lepas.
Ketua Pengarahnya Datuk Zazuli Johan berkata dalam serbuan kira-kira 8 malam itu, sepasukan anggota daripada Cawangan Narkotik Ibu Pejabat JKDM menyita empat unit kotak mengandungi 995 botol kaca yang di dalamnya terdapat kapsul disyaki kokain.
Katanya hasil pemeriksaan juga menemukan alat ganti kenderaan iaitu cakera brek kereta dalam setiap kotak tersebut.
"Modus operandi bagi mengaburi pihak berkuasa adalah dengan mengikrarkan dagangan itu sebagai suplemen sedangkan di dalamnya terdapat botol kaca mengandungi dadah berbahaya dan alat ganti kenderaan.
"Ia kali pertama sindiket menggunakan modus operandi seumpama itu. Sindiket juga menggunakan nama syarikat palsu sebagai syarikat penerima dalam Air Waybill ( dokumen bagi penghantaran kargo udara)," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Menurutnya berkata siasatan awal mendapati dagangan tersebut dimport dari Belanda dan mendarat di Kompleks Kargo KLIA itu sebagai destinasi terakhir dengan bekalan dadah itu untuk pasaran dalam negara.
Zazuli berkata siasatan turut mendapati pengimport menggunakan maklumat palsu dalam dokumen pengimportan hingga menyukarkan tangkapan dibuat.
"Bagaimanapun, siasatan masih dijalankan untuk mengesan suspek yang dipercayai warga tempatan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata setakat Julai lepas, sebanyak 382 kes perolehan dadah di seluruh negara berjaya dikesan membabitkan nilai rampasan RM180.5 juta dengan ekstasi mencatat nilai tertinggi iaitu RM96.2 juta, kokain (RM61.6 juta) dan methamphetamine (RM10.5 juta).
Menurutnya berdasarkan jumlah berat dadah yang diperoleh iaitu 19,996.4kg, dianggarkan seramai 440,000 penagih dapat diselamatkan.
Justeru, beliau menyeru orang awam memberikan kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan dadah dan barangan lain seperti rokok, minuman keras dan mercun dengan menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau pejabat Kastam terdekat dengan identiti mereka akan dirahsiakan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 07 2023
![Kastam rampas 88kg kokain bernilai RM17.6 juta Kastam rampas 88kg kokain bernilai RM17.6 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41691387244_ZazuliJohan.jpg)
Ketua Pengarah Kastam Datuk Zazuli Johan ditemui pada sidang media di Nilai hari ini. - Foto BERNAMA
NewJeans umum nama baharu, NJZ
Kumpulan K-pop sensasi, NewJeans secara rasmi menukar nama band kepada NJZ. Keputusan itu diumumkan oleh lima ahli band dari Korea Selatan itu pada Jumaat.
Penduduk bimbang sungai bertukar merah
Setakat ini, pihak berkuasa telah mengumpul sampel air dari sungai tersebut yang mengalir ke Rio De La Plata dan bersempadan dengan sebuah rizab ekologi.
Kepala air besar landa pekan Nazca, Peru
Hujan lebat tanpa henti selama lima jam di wilayah Ica, Peru membawa kepada banjir kilat pada Khamis. Hujan lebat itu sekali gus membawa fenomena 'quebrada' atau kepala air yang buruk melanda pekan Nazca.
Jerman tidak setuju keputusan Amerika ambil alih Gaza
Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih serta membina Gaza tidak dipersetujui oleh Canselor Jerman, Olaf Scholz. Kata Scholz, beliau menolak sepenuhnya cadangan yang disertai rancangan Trump untuk memindahkan penduduk Palestin ke Mesir dan Jordan.
Bank pusat India umum potongan kadar faedah untuk rangsang pertumbuhan ekonomi
Bank Rizab India (RBI) buat pertama kali dalam tempoh hampir lima tahun menurunkan kadar faedah utamanya, dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi yang perlahan.
IHH Healthcare Sokong Usaha Tangani Kos Penjagaan Kesihatan
IHH Healthcare Bhd menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap inisiatif kerajaan dalam menangani kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat.
Pengendali makanan di tapak pesta wajib disuntik antitifoid
Penganjur, pemilik atau penyewa gerai jualan makanan dan minuman di tapak pesta makanan perlu memastikan semua pengendali mendapatkan vaksinasi antitifoid.
Menara Grenfell dirobohkan Jun ini
Menara Grenfell di London yang terbakar tujuh tahun lalu akan dirobohkan. Dalam peristiwa hitam yang berlaku pada awal pagi 14 Jun 2017, seramai 72 mangsa terkorban dan ia disifatkan insiden kebakaran paling dahsyat di Britain.
Pesawat bawa 10 orang hilang di Alaska
Sebuah penerbangan komersial kecil yang membawa 10 orang dilaporkan hilang pada Khamis di Alaska.
10 Berita Pilihan - (7 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Kastam patahkan 7,215 kes penyeludupan libat nilai rampasan, cukai RM1.6 bilion sepanjang 2024 Kastam patahkan 7,215 kes penyeludupan libat nilai rampasan, cukai RM1.6 bilion sepanjang 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71730974557_TBAnisRizan.jpg)
Kastam patahkan 7,215 kes penyeludupan libat nilai rampasan, cukai RM1.6 bilion sepanjang 2024
JKDM mematahkan 7,215 kes penyeludupan sepanjang tahun lepas dengan nilai rampasan dan cukai berjumlah RM1.644 bilion.
![Kastam rampas mercun, dadah bernilai lebih RM1 juta Kastam rampas mercun, dadah bernilai lebih RM1 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737520099_tbrampasanbungaap.jpg)
Kastam rampas mercun, dadah bernilai lebih RM1 juta
Jabatan Kastam merampas mercun dan bunga api serta dadah yang dianggarkan bernilai RM1.05 juta di empat lokasi sekitar Selangor.
![JKDM tegas tangani dakwaan pegawai, anggota peras ugut JKDM tegas tangani dakwaan pegawai, anggota peras ugut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735208942_tbJabatanKastamJK.jpg)
JKDM tegas tangani dakwaan pegawai, anggota peras ugut
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) tidak akan melindungi mana-mana pegawai dan anggota jabatan itu sekiranya didapati terlibat dalam perbuatan peras ugut di sebuah kilang di Kapar, Selangor.
![JKDM rampas rokok putih seludup bernilai RM5.84 juta JKDM rampas rokok putih seludup bernilai RM5.84 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735208942_tbJabatanKastamJK.jpg)
JKDM rampas rokok putih seludup bernilai RM5.84 juta
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 4.5 juta batang rokok putih disyaki rokok seludup bernilai RM5.84 juta termasuk cukai yang disembunyikan dalam sebuah kontena berisi pakaian terpakai.
![Jabatan Kastam catat kutipan hasil tertinggi RM65.57 bilion pada 2024 Jabatan Kastam catat kutipan hasil tertinggi RM65.57 bilion pada 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736404817_tbAnisRizana.jpg)
Jabatan Kastam catat kutipan hasil tertinggi RM65.57 bilion pada 2024
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merekodkan kutipan hasil tertinggi sebanyak RM65.67 bilion pada 2024.
![JKDM kutip hasil RM61.35 bilion, pencapaian terbaik pascapandemik JKDM kutip hasil RM61.35 bilion, pencapaian terbaik pascapandemik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71730974557_TBAnisRizan.jpg)
JKDM kutip hasil RM61.35 bilion, pencapaian terbaik pascapandemik
KDM berjaya mengutip hasil RM61.35 bilion setakat semalam, melepasi sasaran kutipan hasil tahun ini sebanyak RM56 bilion yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan.
![JKDM tumpas sindiket seludup rokok bernilai lebih RM1.7 juta JKDM tumpas sindiket seludup rokok bernilai lebih RM1.7 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732268928_MohdAsriSeman.jpg)
JKDM tumpas sindiket seludup rokok bernilai lebih RM1.7 juta
Jabatan Kastam Pahang menumpaskan sindiket penyeludupan rokok bernilai lebih RM1.7 juta menerusi operasi berasingan di Pahang dan Melaka.
![Shuib, pengarah Bubblebee didakwa gagal bayar cukai RM1.6 juta Shuib, pengarah Bubblebee didakwa gagal bayar cukai RM1.6 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41731570876_TBShuib.jpg)
Shuib, pengarah Bubblebee didakwa gagal bayar cukai RM1.6 juta
Syarikat Bubblebee didakwa atas 18 pertuduhan gagal membayar cukai perkhidmatan termasuk penalti berjumlah RM1.6 juta kepada Jabatan Kastam.
![Kastam rampas rokok putih bernilai hampir RM5 juta disyaki rokok seludup Kastam rampas rokok putih bernilai hampir RM5 juta disyaki rokok seludup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51731487475_NorlelaIsmail.jpg)
Kastam rampas rokok putih bernilai hampir RM5 juta disyaki rokok seludup
Jabatan Kastam merampas 5.82 juta batang rokok putih bernilai hampir RM4.48 juta disyaki rokok seludup pada September dan Oktober lepas.
![Tiada perjumpaan bersama Ketua Pesuruhjaya SPRM di Genting Highlands - KP Kastam Tiada perjumpaan bersama Ketua Pesuruhjaya SPRM di Genting Highlands - KP Kastam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71730974557_TBAnisRizan.jpg)
Tiada perjumpaan bersama Ketua Pesuruhjaya SPRM di Genting Highlands - KP Kastam
Jabatan Kastam Diraja Malaysia nafi adanya perjumpaan antara Ketua Pengarah Kastam dan Pengarah-Pengarah Kastam bersama dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM di Genting Highlands.