JOHOR BAHRU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor percaya berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah selepas merampas 51 kilogram kokain bernilai RM10.3 juta yang disembunyikan dalam penyaman udara sebuah kontena membawa bawang di Bay Pemeriksaan Kastam, Pelabuhan Tanjung Pelepas, Gelang Patah pada 15 Mei lepas.
Pengarahnya Aminul Izmeer Mohd Sohaimi berkata rampasan dilakukan pada 2.45 petang oleh sepasukan pegawai Cawangan Narkotik JKDM Johor selepas menerima maklumat daripada Cawangan Risikan Ibu Pejabat JKDM.
Beliau berkata kontena terbabit yang dipercayai dari China dan dalam perjalanan ke Sarawak, diikrar membawa 2,900 bungkusan barang dagangan bawang segar.
"Hasil pemeriksaan rapi menemukan 50 bungkusan plastik yang di dalamnya berisi serbuk mampat berwarna putih dan pengesahan awal mendapati ia adalah kokain yang disembunyikan di ruang penyaman udara kontena itu.
"Kita percaya modus operandi adalah dengan cuba menyeludup dadah yang disembunyikan di kontena sejuk beku untuk mengaburi pihak berkuasa," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Dalam kes lain, Aminul Izmeer berkata pihaknya merampas 135 tan daging sejuk beku bernilai RM2.14 juta yang dipercayai diseludup pada 21 Mei lepas.
Beliau berkata rampasan dilakukan hasil pemeriksaan terhadap lima lori di Lebuhraya Pasir Gudang dan Cawangan Import Bangunan Sultan Iskandar, di sini.
"Muatan daging itu dipercayai melibatkan daging khinzir, lembu dan ayam yang didapati tidak diikrar serta tidak mempunyai permit," katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (e) Akta Kastam 1967.
Menurut Aminul Izmeer pihaknya turut merampas 70,000 peranti rokok elektronik dan cecairnya yang dianggar bernilai RM805,200 selepas menyerbu sebuah premis di Ampang, Selangor pada 14 Mei lepas.
"Kesemua peranti rokok elektronik dan cecair pelbagai jenama itu dirampas kerana dipercayai tidak bercukai serta melanggar peruntukan Akta Kastam 1967," katanya.
Usaha mengesan pemilik premis berkenaan, katanya sedang giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 27 2024

Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor Aminul Izmeer Mohd Sohaimi (tengah) menunjukkan rampasan dadah pada sidang media di Menara Kastam Johor, hari ini. - Foto BERNAMA
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Kastam rampas kokain bernilai RM10.3 juta disorok dalam penyaman udara kontena
JKDM Johor percaya berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah selepas merampas 51 kilogram kokain bernilai RM10.3 juta yang disembunyikan dalam penyaman udara sebuah kontena.

Lelaki Singapura antara 31 individu ditahan terlibat aktiviti penyeludupan migran
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor menahan 31 individu termasuk seorang lelaki warga Singapura kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyeludupan migran pada Disember tahun lepas.

Kastam patahkan cubaan seludup 3,000 liter air zamzam ke Singapura
Semakan ke atas dokumen pengikraran mendapati air zamzam tersebut tidak dikrar semasa pengeksportan dibuat.