KUANTAN: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 24,000 karton rokok seludup dengan anggaran cukai RM3.206 juta, yang merupakan rampasan terbesar di Pahang setakat ini.
Pengarah JKDM Pahang Mohd Asri Seman berkata rokok tersebut dirampas pada pemeriksaan terhadap sebuah lori lapan tan di kilometer 57.6 Lebuhraya Kuantan-Segamat, Pekan, dekat sini pada 2.20 petang 13 Sept lepas.
"Pemeriksaan oleh Bahagian Penguatkuasaan terhadap lori yang dalam perjalanan dari pantai timur ke selatan itu menemukan 4.8 juta batang rokok putih dianggarkan bernilai RM384,000 dengan jumlah duti yang dianggarkan RM3.206 juta.
"Sehubungan itu, pemandu lori yang berusia dalam lingkungan 40-an dan lori berkenaan ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Akta Kastam 1967," katanya pada sidang media di Wisma Kastam Sultan Ahmad Shah di sini hari ini.
Mohd Asri berkata pihaknya percaya kegiatan itu dilakukan oleh sindiket penyeludupan rokok yang aktif bergerak menggunakan Lebuhraya Pantai Timur dan Lebuhraya Kuantan-Segamat untuk diedarkan di selatan.
"Kita percaya modus operandi mereka adalah bergerak pada waktu puncak dan bukannya pada waktu malam bagi mengaburi pihak berkuasa daripada dikenakan tindakan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 29 2023

Mohd Asri (tiga, kanan) menunjukkan rokok seludup yang dirampas pada sidang media di Ibu Pejabat JKDM Pahang hari ini. - Foto Bernama

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Kastam gagal cubaan seludup dadah lebih 81 kg bernilai RM2.6 juta
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menggagalkan cubaan menyeludup dadah jenis methamphetamine seberat 81.34 kilogram (kg) yang bernilai RM2.6 juta ke Kota Kinabalu, Sabah pada 17 Dis lepas.

Cubaan seludup 5,000 kura-kura telinga merah dari Malaysia digagalkan
Pihak kastam India berjaya menggagalkan cubaan seludup lebih 5,000 kura-kura telinga merah dari Malaysia di Lapangan Terbang Chennai.

Kastam Kedah arah kontena Israel berpatah balik ke Thailand
Jabatan Kastam Negeri Kedah mengarahkan sebuah lori kontena Israel yang tiba di Bukit Kayu Hitam pada Khamis untuk berpatah balik ke Thailand.

Ops Samba 2.0: Ketirisan akibat penyeludupan di Kargo KLIA cecah RM2 bilion - KP SPRM
Jumlah ketirisan akibat kegiatan sindiket penyeludupan babitkan beberapa anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Kargo KLIA mencecah RM2 bilion bagi tempoh tiga tahun lepas.

Kastam rampas rokok putih RM3.206 juta
Jabatan Kastam merampas 24,000 karton rokok seludup dengan anggaran cukai RM3.206 juta, yang merupakan rampasan terbesar di Pahang.

Abdul Latif dilantik Ketua Pengarah Kastam baharu - KSN
Abdul Halim telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam sejak tahun 1985 dengan jawatan pertama yang disandang sebagai Penguasa Kastam.

Lelaki ditahan cuba seludup bunga api ke Indonesia
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi, Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau menahan sebuah bot penambang yang mencurigakan sedang menghala ke Sungai Nyamuk, Indonesia.

Isteri VVIP tak beli berlian merah jambu
Ejen jualan yang membawa masuk berlian merah jambu dan barang kemas lain ke Malaysia untuk isteri seorang VVIP telah mengisytiharkan barangan berharga berkenaan dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Cubaan seludup dadah RM18 juta guna penapis air
Kastam berjaya mematahkan cubaan penyeludupan dadah jenis methamphetamine bernilai 18 juta ringgit di pelabuhan Tanjung Pelepas, Gelang Patah.

Belum ada petunjuk siapa bekal 'arak beracun' - Polis
Polis Selangor kini meningkatkan kerjasama dengan kementerian dan agensi berkaitan seperti Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kastam bagi memeriksa premis yang disyaki menjual arak terbabit.