BUTTERWORTH: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah menghantar laporan siasatan berhubung kes penyeludupan dadah jenis heroin bernilai RM789.56 juta melalui Pelabuhan Klang ke Brisbane, Australia, kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada 3 Mei lalu.
Ketua Pengarahnya, Datuk Zazuli Johan berkata namun laporan itu masih belum lengkap dan pihaknya perlu mendapatkan beberapa maklumat daripada Pasukan Sempadan Australia (ABF) bagi melengkapkannya.
"Kita sedang mengambil langkah susulan.....setakat ini tiada tangkapan berhubung kes itu di negara ini.
"Kalau ikut maklumat dari Australia, dadah itu yang diikrar sebagai panel solar transit di Malaysia dan ia dibawa dari negara segi tiga emas (Golden Triangle) dan kami sedang dapatkan maklumat lengkap dari Australia iaitu dari mana (alamat lengkap) dadah tersebut," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.
Media sebelum ini, melaporkan pihak berkuasa Australia merampas 336 kilogram (kg) heroin dianggarkan bernilai AUD268.8 juta (RM789.56 juta) dalam sebuah kontena penghantaran dari Malaysia ke Brisbane, 13 Mac lalu.
Polis Persekutuan Australia (AFP) dalam kenyataan dilaporkan berkata ABF berjaya mengesan dadah berkenaan disorok dalam dua blok konkrit simen, yang masing-masing seberat 500kg.
Ekoran itu, kerajaan memberikan tempoh maksimum dua minggu kepada JKDM bagi mengemukakan laporan penuh berhubung kejadian tersebut.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dilaporkan berkata, kejadian itu menunjukkan wujudnya kelemahan dalam sistem kerajaan yang sepatutnya mampu mengesan kegiatan berkenaan, namun gagal.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 12 2023
![Kastam serah laporan awal siasatan kes dadah di Australia kepada PM Kastam serah laporan awal siasatan kes dadah di Australia kepada PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81683890252_TBRAMPASDADAHZAZUL.jpg)
Zazuli berkata laporan masih belum lengkap dan pihaknya perlu mendapatkan beberapa maklumat daripada ABF bagi melengkapkannya. - Gambar Bernama
![Panama undur diri daripada Inisiatif Jalur dan Laluan China Panama undur diri daripada Inisiatif Jalur dan Laluan China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738906153_TBJoseRaulMulino.jpg)
Panama undur diri daripada Inisiatif Jalur dan Laluan China
Susulan ketegangan dengan Amerika Syarikat (AS) berhubung Terusan Panama, negara itu memutuskan untuk menarik diri daripada inisiatif pembangunan infrastruktur Jalur dan Laluan (BRI) China.
![Pembantu kedai makan mengaku bersalah tinggalkan bayi perempuan di kedai makan Pembantu kedai makan mengaku bersalah tinggalkan bayi perempuan di kedai makan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738906492_PembantuKedaiMakan.jpg)
Pembantu kedai makan mengaku bersalah tinggalkan bayi perempuan di kedai makan
Seorang pembantu kedai makan mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan meninggalkan bayi perempuannya di sebuah kedai makan di Sanglang, dekat sini pada 19 Jan.
AWANI Ringkas: Istana Negara sahkan baginda jalani rawatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![ATM pantau situasi, keselamatan anggota di Congo ATM pantau situasi, keselamatan anggota di Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738906276_mindef.jpg)
ATM pantau situasi, keselamatan anggota di Congo
ATM menerusi Markas Angkatan Bersama akan terus memantau situasi dan mengambil langkah sewajarnya, bagi memastikan keselamatan anggotanya di Republik Demokratik Congo (DRC).
Kemunculan AI baharu jadikan Malaysia hab pusat data neutral - Tengku Zafrul
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata kemunculan teknologi AI yang pelbagai ini membolehkan Malaysia menjadi pusat data yang neutral untuk syarikat AI dari Barat dan Timur seperti China.
Pantau Belanjawan: ASEAN Kita: Timor Leste | Bridging the final gap to membership
Tune in to ASEAN Kita for an engaging conversation with Dr. Azmi Hassan, Geostrategist, exploring Timor-Leste’s road to full ASEAN membership, the obstacles in its path, and the broader implications for the region’s future.
![Bangladesh keluar amaran selepas penunjuk perasaan robohkan rumah bapa Hasina Bangladesh keluar amaran selepas penunjuk perasaan robohkan rumah bapa Hasina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738906709_SheikhHasina.jpg)
Bangladesh keluar amaran selepas penunjuk perasaan robohkan rumah bapa Hasina
Kerajaan Bangladesh memberi amaran terhadap tindakan vandalisme selepas sekumpulan penunjuk perasaan yang marah dengan ucapan bekas Perdana Menteri Sheikh Hasina, merobohkan kediaman bapanya.
![Kes Jahidah: Rosmaini fail rayuan tangguh hukuman penjara Kes Jahidah: Rosmaini fail rayuan tangguh hukuman penjara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738904001_TBMahkamah.jpg)
Kes Jahidah: Rosmaini fail rayuan tangguh hukuman penjara
Mahkamah Tinggi menetapkan 25 Februari sebagai keputusan permohonan penangguhan hukuman penjara 10 tahun ke atas Rosmaini yang menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas isteri ketiganya Jahidah.
![Guru didakwa amang seksual murid, simpan 180 gambar aniaya kanak-kanak Guru didakwa amang seksual murid, simpan 180 gambar aniaya kanak-kanak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738903611_TBMahkamah.jpg)
Guru didakwa amang seksual murid, simpan 180 gambar aniaya kanak-kanak
Seorang guru kaunseling dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak muridnya.
Perjanjian Paris: negara kekal komited walau A.S tarik diri - Ketua Iklim Pbb
Negara-negara di seluruh dunia terus berpegang teguh kepada pelan iklim nasional masing-masing dan berusaha memimpin peralihan tenaga bersih, meskipun Amerika Syarikat merancang untuk keluar daripada Perjanjian Iklim Paris.
![Kastam serah laporan awal siasatan kes dadah di Australia kepada PM Kastam serah laporan awal siasatan kes dadah di Australia kepada PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81683890252_TBRAMPASDADAHZAZUL.jpg)
Kastam serah laporan awal siasatan kes dadah di Australia kepada PM
JKDM telah menghantar laporan siasatan berhubung kes penyeludupan dadah jenis heroin bernilai RM789.56 juta melalui Pelabuhan Klang ke Brisbane, Australia, kepada Anwar Ibrahim, pada 3 Mei lalu.
![Dua warga Malaysia ditahan seludup dadah satu tan ke Australia Dua warga Malaysia ditahan seludup dadah satu tan ke Australia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/71568795858_TBWEBSCREENRAKYAT.jpg)
Dua warga Malaysia ditahan seludup dadah satu tan ke Australia
Dua warga Malaysia ditahan dan didakwa atas kesalahan cuba menyeledup lebih satu tan dadah di sebuah gudang di Sydney, Australia.
![Muhammad Farkhan julang nama Malaysia di Manila Muhammad Farkhan julang nama Malaysia di Manila](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/71520758915_boxing.jpg)
Muhammad Farkhan julang nama Malaysia di Manila
Bekas petinju kebangsaan itu menewaskan wakil Indonesia, Jamed Jalarante menerusi kiraan 'KO' (Technical Knockout) pada pusingan keenam pertarungan.