KUALA TERENGGANU: Seorang ibu muda sanggup merantau hingga ke Jakarta, Indonesia demi mencari ilmu membaik pulih kasut dan beg tangan lusuh sekali gus menjadikan bidang itu sebagai sumber rezeki bagi membantu menambah pendapatan keluarganya.
Aini Eliani Khalid, 28, berkata beg tangan dan kasut juga memerlukan rutin penjagaan khas seperti menggunakan losen dan syampu khusus untuk memanjangkan jangka hayatnya supaya terus menjadi koleksi kesayangan pemiliknya.
"Walaupun nampak mudah, hakikatnya kerja mencuci dan mengecat semula barangan itu memerlukan ketelitian kerana perlu sentiasa cermat memandangkan ada beg tangan dan kasut yang dihantar daripada jenama terkenal berharga ribuan ringgit," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Tualang di sini baru-baru ini.
Disebabkan itu, beliau sanggup meningkatkan kemahiran diri dengan menyertai pelbagai kursus hingga ke luar negara bagi memastikan tahap kemahirannya setanding dengan individu atau syarikat lain yang turut menawarkan khidmat sama.
Aini Eliani yang memiliki seorang anak berkata beliau mengambil peluang menubuhkan syarikat 'Shoelab Services' bagi membantu orang ramai membaik pulih kasut dan beg tangan lusuh supaya menjadi 'baharu' memandangkan perkhidmatan seumpama itu masih belum ada di Terengganu sebelum ini.
"Sebut sahaja apa material kasut atau beg tangan sama ada kanvas, kulit, baldu, nilon atau PVC, saya akan bersihkan sehingga pelanggan berpuas hati. Upah tidak mahal kira-kira RM20 hingga RM60 untuk khidmat cuci sahaja dan RM60 hingga RM150 untuk mengecatnya semula.
"Barangan ini perlu melalui proses perawatan tertentu sama seperti di spa kecantikan. Dimulakan dengan membuang habuk dan kotoran, dicuci, dilap, dikeringkan dan ia perlu dilakukan berulang kali demi hasil yang optimum," katanya.
Menurutnya setiap kasut dan beg tangan yang dihantar juga perlu dijaga seperti milik peribadi sepanjang proses rawatan kerana pemiliknya pasti mempunyai nilai sentimental tersendiri sehingga sanggup menyimpan barangan itu sebagai koleksi kesayangan.
"Sejak bermula pada Februari 2019, kira-kira 800 pelanggan telah mendapatkan khidmat profesional ini dan sambutan juga semakin memberangsangkan kerana mereka berpuas hati dengan hasil kerja saya," katanya yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perniagaan Antarabangsa daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Ditanya mengenai cabaran dalam bidang berkenaan, Aini Eliani berkata beliau pernah menerima kasut yang sangat lusuh kerana terbiar lama, terdapat katak di dalamnya serta berbau terlalu busuk dengan banyak kesan najis haiwan.
"Alah bisa tegal biasa, itulah yang perlu dihadapi dalam bidang 'spa kasut dan beg tangan' ini namun semua penat lelah itu berbaloi selepas melihat pelanggan tersenyum gembira dengan hasilnya.
"Selain promosi menerusi media sosial seperti Facebook, WhatsApp dan Instagram, perniagaan saya juga banyak dibantu oleh promosi mulut ke mulut pelanggan yang berpuas hati dengan sentuhan saya," katanya yang meraih purata pendapatan bulanan antara RM3,500 hingga RM4,000.
Sebagai usahawan muda, Aini Eliani juga bersyukur kerana perniagaannya mendapat sokongan daripada jabatan dan agensi kerajaan seperti Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu dan SME Corporation Malaysia.
"Saya menerima geran pembiayaan daripada YPU melalui Program Usahawan Graduan Sejahtera sebanyak RM12,000 dan Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera daripada SME Corp sebanyak RM15,000.
"Selain itu, saya juga pernah mengikuti kursus bimbingan keusahawanan daripada Institut Keusahawanan Negara Berhad dan Majlis Amanah Rakyat mengenai selok-belok dunia perniagaan," katanya yang berhasrat mencipta syampu, bahan cucian dan losen pelembap khas untuk kasut dan beg tangan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 22 2022
![Kasut, beg tangan lusuh jadi sumber rezeki ibu muda Kasut, beg tangan lusuh jadi sumber rezeki ibu muda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/71642818676_TBAiniEliani.jpg)
Aini Emelakukan perkhidmatan mencuci kasut milik pelanggannya dengan rutin penjagaan khas seperti losyen dan syampu khusus untuk memanjangkan jangka hayatnya. - Foto BERNAMA
![Kementerian Ekonomi akan lancar pelan hala tuju gas asli pada tahun ini - Rafizi Kementerian Ekonomi akan lancar pelan hala tuju gas asli pada tahun ini - Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739427472_TBRafizi.jpg)
Kementerian Ekonomi akan lancar pelan hala tuju gas asli pada tahun ini - Rafizi
Kementerian Ekonomi akan melancarkan Pelan Hala Tuju Gas Asli pada suku kedua atau ketiga 2025 dalam usaha meningkatkan pelaburan dalam sektor berkenaan.
![Nahas motosikal terbabas: Lelaki maut selepas 18 jam bertarung nyawa Nahas motosikal terbabas: Lelaki maut selepas 18 jam bertarung nyawa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739426994_tbkemalanganmautt.jpg)
Nahas motosikal terbabas: Lelaki maut selepas 18 jam bertarung nyawa
ACP Abdul Rozak Muhammad berkata lelaki tempatan berusia 21 tahun itu meninggal dunia pada 1.10 pagi tadi ketika menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang.
![Harga lantai padi naik RM1,500 satu tan berkuatkuasa Ahad ini - Mohamad Sabu Harga lantai padi naik RM1,500 satu tan berkuatkuasa Ahad ini - Mohamad Sabu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739426323_tbMohamadSabu.jpg)
Harga lantai padi naik RM1,500 satu tan berkuatkuasa Ahad ini - Mohamad Sabu
Kerajaan bersetuju menaikkan harga lantai padi kepada RM1,500 satu tan berbanding RM1,300 satu tan sebelum ini, berkuatkuasa Ahad ini.
![Google kemas kini Gemini Live dengan model baharu faham banyak bahasa Google kemas kini Gemini Live dengan model baharu faham banyak bahasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739426519_GoogleGeminiLive.jpg)
Google kemas kini Gemini Live dengan model baharu faham banyak bahasa
Gemini Live adalah chatbot AI suara yang membolehkan pengguna berkomunikasi seakan berbual dengan manusia.
"Pesawah terus dibantu dengan pemberian subsidi" - Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkata Kerajaan tetap komited terus beri subsidi dan insentif pada pesawah seperti bayaran insentif upah baja, bantuan racun bagi mengawal penyakit tanaman.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
"Kalau terjerit walaupun duduk, saya boleh halau keluar" - Timbalan Speaker
Kekocahan berlaku di dalam Dewan Rakyat selepas Ahli Parlimen Shah Alam menyuarakan semasa perbahasaan isu pembelaan pesawah.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
Kerajaan komited jadikan industri padi tunjang utama keterjaminan makanan negara - Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkata kerajaan komited untuk menjadikan industri padi sebagai tunjang utama kepada keterjaminan makanan negara dengan sokongan padu dari semua pihak
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
"AI pada ketika ini sangat rancak digunakan" - Menteri Komunikasi
Menteri Komunikasi berkata platfom media sosial juga berusaha untuk menangani masalah penyalahgunaan AI
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
"Kita dapati ada yang beberapa platfom yang sering kali di salah guna" - Menteri Komunikasi
Menteri Komunikasi berkata beberapa langkah yang telah diambil termasuk mengenakan menarik balik exemption oder (pas diplomat) yang memerlukan platfom memenuhi syarat seperti mendaftar dengan MCMC.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
"Usaha ini menyumbang pada penambahbaikkan" - Menteri Komunikasi
Menteri Komunikasi berkata MCMC telah melaksanakan sesi libat urus secara berterusan dengan penyedia platfom media sosial.
"Usaha ini menyumbang kepada penambahbaikkan, menjadikan lebih efisien dan berkesan"Katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
"Usaha ini menyumbang kepada penambahbaikkan, menjadikan lebih efisien dan berkesan"Katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
![Ibu muda bersama bayi yang dilaporkan hilang ditemukan selamat Ibu muda bersama bayi yang dilaporkan hilang ditemukan selamat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736591254_TBibumuda.jpg)
Ibu muda bersama bayi yang dilaporkan hilang ditemukan selamat
Ibu muda yang dilaporkan hilang bersama bayi perempuannya berusia dua bulan di Felda Sungai Kelamah, Seremban pada Jumaat lepas, ditemukan selamat.
![Polis mohon bantuan kesan ibu muda bersama bayi dilaporkan hilang Polis mohon bantuan kesan ibu muda bersama bayi dilaporkan hilang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736591254_TBibumuda.jpg)
Polis mohon bantuan kesan ibu muda bersama bayi dilaporkan hilang
Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang ibu muda bersama bayi perempuannya yang dilaporkan tidak pulang selepas keluar dari rumah di Felda Sungai Kelamah di sini, awal pagi semalam.
![Tiga anak kecil peluk jasad ibu mati dibunuh Tiga anak kecil peluk jasad ibu mati dibunuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61687134990_AnakKecil.jpg)
Tiga anak kecil peluk jasad ibu mati dibunuh
Pemeriksaan pada tubuhnya terdapat banyak kesan lebam dipercayai dipukul dengan objek tumpul.
![Kasut, beg tangan lusuh jadi sumber rezeki ibu muda Kasut, beg tangan lusuh jadi sumber rezeki ibu muda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/71642818676_TBAiniEliani.jpg)
Kasut, beg tangan lusuh jadi sumber rezeki ibu muda
Beg tangan dan kasut juga memerlukan rutin penjagaan khas seperti menggunakan losen dan syampu khusus.
![Banjir: Dua ibu terpaksa berpantang di PPS Banjir: Dua ibu terpaksa berpantang di PPS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/41641254401_NikAzrinNatasha.jpg)
Banjir: Dua ibu terpaksa berpantang di PPS
Bagi Rosita, banjir kali ini lebih teruk berbanding 18 Disember lalu dan sudah biasa dipindahkan di PPS.
![COVID-19: Ibu muda mati dalam kereta ketika menunggu rawatan di hospital India COVID-19: Ibu muda mati dalam kereta ketika menunggu rawatan di hospital India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/61619917315_Ibumudamati.jpg)
COVID-19: Ibu muda mati dalam kereta ketika menunggu rawatan di hospital India
Saksi memberitahu ternampak rakan wanita itu berlari-lari meminta bantuan namun tiada siapa mempedulikannya.
![Lacurkan anak sendiri untuk bayar hutang Lacurkan anak sendiri untuk bayar hutang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-10/51507646322_LacurAnak.jpg)
Lacurkan anak sendiri untuk bayar hutang
Kejadian dipercayai berlaku sekitar April lalu dan mangsa mendakwa lelaki tersebut telah merogolnya sebanyak tiga kali di sebuah bilik di hotel.
![Bunuh anak sendiri: Ibu muda tukar pengakuan tidak bersalah Bunuh anak sendiri: Ibu muda tukar pengakuan tidak bersalah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/61452959847_Babyhands.jpg)
Bunuh anak sendiri: Ibu muda tukar pengakuan tidak bersalah
Aida Amira yang didakwa membunuh secara tidak sengaja anak perempuannya berusia dua tahun pada awal bulan lalu, menukar pengakuan kepada tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.