GEORGE TOWN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang merampas pelbagai kasut, selipar dan stoking berjenama tiruan bernilai RM8,940 dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Chai Leng, Perai pada Khamis.
Pengarahnya, RS Jegan berkata, serbuan dilakukan jam 12.40 tengah hari itu hasil daripada maklumat dan risikan yang dijalankan pihaknya sejak beberapa hari lalu.
Menurutnya, hasil pemeriksaan dilakukan di rumah terbabit menemukan 32 unit kasut jenama Adidas pelbagai jenis dan saiz, 18 unit kasut jenama Nike dan lima unit kasut jenama Louis Vuitton.
"Turut dirampas 113 unit selipar dan 123 stoking jenama Adidas pelbagai saiz serta 75 unit stoking jenama Nike yang disyaki tiruan.
"Kesemua barangan tersebut bersama beberapa dokumen perniagaan lain telah disita dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM8,940,"katanya menerusi kenyataan di sini, pada Jumaat.
Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 102(1)(c) Akta Cap Dagangan 2019 iaitu mana-mana orang yang mempunyai dalam milikan, jagaan atau kawalannya bagi maksud perdagangan atau pengilangan apa-apa barang suatu cap dagangan berdaftar dipakaikan dengan salah.
Katanya, mana-mana individu mahupun syarikat diingatkan supaya tidak melanggar undang-undang terutama membabitkan penjualan dan pengedaran barangan tiruan bagi mengelak dikenakan hukuman.
"Orang ramai juga diminta menyalurkan maklumat kepada kementerian ini dengan melaporkan kegiatan ini agar tindakan lanjut dapat diambil," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jun 09 2023
Pegawai KPDN memeriksa kasut dipercayai tiruan selepas menyerbu sebuah rumah di Taman Chai Leng, Perai pada Khamis. - Foto Sinar Harian
Tumblr TV dilancar kepada umum – Pesaing baharu TikTok?
Tumblr TV sebenarnya adalah produk dari 10 tahun lepas. Cuma, pada ketika itu ia adalah ciri untuk menerokai pelbagai koleksi GIF.
Kanak-kanak maut, lima parah dalam nahas MPV-lori di Maran
Kenderaan dinaiki mangsa dipercayai melanggar belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan pada bahagian tayar.
Ahli Parlimen perlu berhujah berdasarkan fakta, bukan sentimen - Ahli akademik
Menurut Mohamad Fauzan, sikap ini bagi memastikan sesi perbahasan di Dewan Rakyat dilakukan dengan profesional dan beradab.
AWANI Ringkas: Siasatan buku Hannah Yeoh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MEF tak sokong bayar gaji berdasarkan jantina
Pekerja perlu menerima ganjaran daripada majikan berdasarkan sumbangan dan prestasi mereka kepada organisasi, bukan berdasarkan jantina.
Radio Sinar kembali ke slogan asal ‘Muzik Retro Terbaik’
Stesen radio Sinar di bawah Astro Radio Sdn Bhd kini memperkenalkan kembali slogan ‘Muzik Retro Terbaik’. Sinar yang telah 20 tahun bersiaran sebelum ini menggunakan slogan ‘Sinar Menyinari Hidupmu’, yang cukup sinonim dengan pendengar setianya.
OpenAI lancar ejen AI automasi tugasan web 'Operator'
Operator boleh berinteraksi dengan sebarang laman web tanpa memerlukan API berasingan dan mampu membaiki sendiri kesilapan yang dilakukan semasa tugasan.
Simbah cat merah KK Supermart di UM, polis buru dua individu
Polis mengesahkan dua individu terlibat dalam insiden menyimbah cat ke atas sebuah kedai serbaneka di Universiti Malaya (UM), pada Selasa.
JIM Terengganu tahan 14 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Terengganu menahan 14 pendatang tanpa izin dalam Op Sapu dan Kutip di enam tapak pembinaan di daerah Hulu Terengganu pada Selasa.
Pengarah Imigresen Negeri Terengganu Mohd Yusri Mohd Nor berkata tangkapan itu melibatkan 12 rakyat Bangladesh, dan masing-masing seorang warga Myanmar dan Pakistan yang berusia antara 24 hingga 54 tahun.
Pengarah Imigresen Negeri Terengganu Mohd Yusri Mohd Nor berkata tangkapan itu melibatkan 12 rakyat Bangladesh, dan masing-masing seorang warga Myanmar dan Pakistan yang berusia antara 24 hingga 54 tahun.
Penganjur belum penuhi syarat - Ketua Polis KL
Penganjur Himpunan Rakyat Benci Rasuah yang dijadualkan berlangsung esok di hadapan Kompleks SOGO dekat Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini, belum menghantar kembali notis perhimpunan yang lengkap kepada polis.
Kasut, selipar jenama tiruan dirampas
Kesemua barangan tersebut bersama beberapa dokumen perniagaan lain telah disita dengan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM8,940.
KPDN Selangor patahkan sindiket jual kasut tiruan bernilai RM800,000
KPDN Selangor hari ini mematahkan kegiatan satu sindiket menjual kasut tiruan berjenama bernilai RM800,000 secara dalam talian, disyaki beroperasi sejak tahun lepas di Taman Sejati di sini.
Kasut tiruan bernilai RM1.3 juta dirampas
Kejayaan operasi itu adalah hasil risikan yang dijalankan selama dua minggu bersama wakil pemilik cap dagang.