KATE Middleton dilihat menemani suaminya, Putera William di sebuah kedai berhampiran Istana Windsor pada Ahad.
Ia merupakan kemunculan pertama Puteri Wales itu di tempat awam sejak menjalani pembedahan perut pada Januari lalu.
Kate tidak pernah muncul di khalayak ramai sejak 25 Disember tahun lalu, namun beliau dikatakan kelihatan gembira dan tenang ketika dilihat bersama William.
“Selepas semua khabar angin keluar sebelum ini, saya tergamam melihat mereka di situ. Kate membeli-belah bersama Putera William. Anak-anak mereka tiada bersama tetapi ia adalah petanda baik bahawa beliau sudah sihat,” kata seorang saksi di kedai tersebut.
Menurut The Sunday Times yang memetik sumber diraja, Kate dijangka membuat penampilan di khalayak ramai dengan memberi ucapan mengenai kesihatannya apabila kembali bertugas nanti.
“Puteri mungkin memaklumkan mengenai pemulihannya. Puteri dan suaminya Putera William yang juga pewaris takhta Britain paling terbuka apabila berinteraksi dengan orang ramai.
“Pasangan itu inginkan ketelusan tetapi hanya akan memberitahu perkara sebenar apabila mereka bersedia,” lapor akhbar Britain itu.
Terdapat juga sumber yang mengatakan Kate akan kembali memikul tugas diraja seawal 17 April ini.
Sebelum ini, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 17 Januari lalu, pembedahan Kate disifatkan berjaya, namun beliau tidak akan melakukan tugas awamnya untuk beberapa tempoh.
Ibu kepada tiga anak itu dirawat di hospital sehingga 29 Januari lalu sebelum beliau pulang ke rumah untuk berehat dan kembali pulih. - Sinar Harian/ Agensi
Sinar Harian
Mon Mar 18 2024

Kate dijangka membuat penampilan di khalayak ramai dengan memberi ucapan mengenai kesihatannya apabila kembali bertugas nanti. - Gambar fail/ Reuters

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

Kate Middleton buat penampilan umum pertama sejak selesai rawatan kemoterapi
Puteri Wales Kate Middleton pada Ahad membuat penampilan umum pertamanya sejak mengumumkan selesai menjalani rawatan kemoterapi, lapor United Press International (UPI).

Kate Middleon selesai jalani rawatan kemoterapi
Tahun ini "sangat sukar" dan "bahawa kehidupan yang anda tahu boleh berubah dalam sekelip mata," kata Puteri Wales.

Kate Middleton hadir ke Wimbledon bersama anak perempuan, adik
Kate Middleton, isteri kepada Putera William dari Britain, menghadiri perlawanan tenis di Wimbledon pada Ahad bersama anak perempuannya Charlotte dan adiknya Pippa.

Kate Middleton sertai Trooping the Colour bersama ahli keluarga
Puteri Wales menyertai ahli keluarganya di acara perarakan tahunan tentera, Trooping the Colour pada Sabtu.

Puteri Wales Kate Middleton akan buat penampilan umum pertama tahun ini
Puteri Wales, akan membuat penampilan umum pertamanya tahun ini dengan menyertai keluarganya di Trooping the Colour di London.

Kate Middleton semakin pulih, sedia hadiri acara diraja
Acara Trooping the Color yang akan berlangsung hari ini menjadi penampilan umum pertama Puteri Wales itu sejak didiagnos kanser pada Januari lalu.

Keluarga Diraja Britain 'terharu' dengan sokongan selepas umum kanser
Putera dan Puteri Wales dikatakan "sangat tersentuh dan terharu" dengan kemesraan dan sokongan orang ramai berikutan pengumuman kanser, lapor PA Media/dpa.

Charles bangga keberanian Kate dedah rawatan kanser
Charles sangat bangga dengan Kate dan telah terus berhubung rapat dengan menantu kesayangannya itu selama beberapa minggu kebelakangan ini.

Kate Middleton sahkan hidap kanser
Isteri pewaris takhta Putera William itu menyifatkan penemuan kanser itu sebagai "satu kejutan besar".

Kate Middleton ada 'klon'?
Kate Middleton terus menjadi topik perdebatan pentaksub teori konspirasi, gara-gara gambar terbaharu beliau bersama suaminya, Putera William.