SERDANG: Bilangan katil untuk menampung pesakit COVID-19 kategori tiga dan empat akan ditambah di Dewan A Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Bersepadu 2.0 Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).
Pengarah pusat berkenaan Dr Shahabuddin Ibrahim berkata perancangan sedang dibuat untuk menambah 800 katil bujang khusus untuk merawat kategori kritikal di dewan tersebut bagi mengurangkan kesesakan pesakit COVID-19 khususnya di Hospital Sungai Buloh dan Hospital Kuala Lumpur.
Beliau berkata Dewan A mampu menempatkan 2,960 katil dua tingkat untuk tingkatkan kapasiti rawatan namun untuk pesakit kritikal, hanya katil bujang akan digunakan.
"Apabila kita pakai katil bujang, kapasiti akan berkurangan tapi dapat menampung kategori pesakit yang lebih serius lagi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Barakah Ramadan yang dirasmikan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Mohammad Mentek, di sini pada Isnin.
Kategori tiga pesakit COVID-19 adalah mereka yang bergejala dengan radang paru-paru manakala kategori empat adalah mereka yang bergejala dengan radang paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen.
Dr Shahabuddin berkata setakat ini, PKRC Bersepadu 2.0 telah merawat lebih 78,000 pesakit COVID-19 dengan 2,400 pesakit masih dirawat buat masa ini.
Katanya, sebanyak 1,200 petugas barisan hadapan telah divaksinasi di fasiliti berkenaan yang juga Pusat Pemberian Vaksin (PPV) utama di kawasan Lembah Klang.
Malaysia pada Isnin mencatatkan 2,776 kes positif baharu COVID-19 selain 13 kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 mencecah 395,718 kes.
Sementara itu, Mohammad ketika berucap pada majlis itu mengalu-alukan penglibatan syarikat berkaitan kerajaan dan pihak lain agar menyalurkan sumbangan kepada PKRC Bersepadu 2.0 sebagai tanda penghargaan kepada petugas barisan hadapan selain menyantuni pesakit COVID-19 yang dirawat di pusat itu.
Program yang dijalankan dengan kerjasama Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) cawangan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dan Jabatan Komunikasi Komuniti itu juga menyaksikan pengagihan bubur lambuk kepada petugas dan pesakit di pusat berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 26 2021

Dr Shahabuddin ketika ditemui media pada Majlis Barakah Ramadan di PKRC MAEPS, Serdang, 26 April, 2021. --fotoBERNAMA
Pantau Agenda Reformasi: Pelan Arab untuk bina semula Gaza, apa perlu kita tahu?
Apa cabaran di sebalik cadangan Pelan Pembangunan Semula Gaza yang dikemukakan oleh Mesir dalam Sidang kemuncak Liga Arab di Kaherah baru-baru ini?

Hantaran Facebook Najib tidak wajar - DPP
Pihak pendakwaan berhujah bahawa kenyataan media itu sepatutnya dilaporkan secara faktual dan objektif tanpa membuat sebarang kesimpulan.
Program MBG berpotensi menyebabkan penyelewengan
Program Makanan Berkhasiat Percuma (MBG) yang diperkenalkan kerajaan Indonesia awal tahun ini berpotensi menyebabkan berlakunya penyelewengan dalam tadbir urusnya.
Kerjasama Indonesia-WWF jamin kelestarian industri marin
Pendekatan ini berupaya mengekalkan kelestarian industri perikanan di masa depan dengan memastikan pasaran mematuhi piawaian penangkapan hidupan laut.
BNPB tingkatkan pembenihan awan di kawasan terjejas banjir
Agensi Pengurusan Bencana Negara (BNPB) Indonesia meningkatkan usaha pembenihan awan bagi menangani bencana berkaitan hujan di kawasan yang terdedah kepada banjir dan tanah runtuh.
Automotif Thailand terhimpit akibat polisi Trump
Industri automotif Thailand berdepan rintangan jika Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump meneruskan rancangan untuk mengenakan tarif ke atas import kereta.
![[KOLUMNIS] Ancaman media sosial: Fitnah, buli siber dan ketagihan [KOLUMNIS] Ancaman media sosial: Fitnah, buli siber dan ketagihan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41735690196_TBmediasosial.jpg)
[KOLUMNIS] Ancaman media sosial: Fitnah, buli siber dan ketagihan
Ketagihan media sosial berkait dengan mekanisme ganjaran dopamine, menyebabkan pengguna menghabiskan masa berjam-jam dalam dunia maya.

Sebabkan kematian Syed Muhammad Danial, lelaki kekal dipenjara 16 tahun
Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman penjara 16 tahun terhadap seorang bekas pekerja teknologi maklumat kerana menyebabkan kematian pengurus bank Syed Muhammad Danial Syed Shakir.
KKM sambut baik larangan jual gula-gula bentuk vape di sekolah
Menteri Kesihatan menyambut baik langkah Kementerian Pendidikan (KPM) bagi larangan penjualan rokok gula-gula berbentuk peranti vape dan rokok di dalam kawasan sekolah.
[TERKINI] KPDN perkukuh SOP penyiasatan isu beras campuran
KPDN akan menggunakan kepakaran teknologi Pencapjarian DNA beras oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) untuk analisis sampel beras beras putih import (BPI) dengan beras putih tempatan (BPT).

Barcelona dedah Lamine Yamal teguh berpuasa
Kelab itu sebaliknya menaruh kepercayaan terhadap pakar pemakanan skuad pertama, Silvia Tremoleda, untuk menyelia diet pemain.

Bubur lambuk 'air tangan' Tunku Azizah detik paling dinanti penghuni penjara
Menjelang Ramadan, 'air tangan' Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dalam menyediakan juadah istimewa resipi asli bubur lambuk Istana Pahang pastinya menjadi tumpuan.

Kepengerusian ASEAN: Malaysia mahu tetapkan standard baharu dalam tadbir urus global
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia beraspirasi untuk menetapkan standard baharu dalam tadbir urus global.

KPT pantau rapi keadaan pelajar kemalangan di Jordan
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang memantau rapi keadaan empat pelajar yang terlibat dalam kemalangan di Jordan, kata Menterinya Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Suami isteri gigih hasilkan sehingga 15kg buah kabung sehari
Ramadan merupakan peluang kepada mereka sekeluarga untuk mencari rezeki lebih dengan menjual buah berkenaan.

Keluarga peniaga wanita yang dibunuh terima faedah Perkeso
Perkeso menyerahkan FPM berjumlah RM3,000 secara sekali bayar serta Pencen Penakat di bawah Skim Keilatan kepada waris mangsa bunuh, Allahyarham Norshamira Zainal.

Bapa tak sangka lihat kemalangan anak sendiri
Kemalangan berlaku apabila kereta itu hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan lalu merempuh tiang elektrik, pokok kelapa dan hentian bas.

Pihak berkuasa dua masjid suci seru patuh panduan penggunaan air Zamzam
Kemudahan wuduk yang lengkap dan 20,000 bekas air Zamzam telah disediakan sepanjang Ramadan bagi memenuhi keperluan para jemaah.

60 tan bekalan kelapa untuk Terengganu sempena Ramadan, Syawal
Sebanyak 10 tan kelapa tua yang diimport dari Indonesia telah diterima untuk kegunaan sepanjang minggu pertama puasa.

JKNS lancar kod QR Kempen Keselamatan Makanan sempena Ramadan
Menerusi penggunaan QR itu, sebarang aduan di bawah kawal selia JKNS akan disampaikan terus untuk tindakan lanjut.