ISKANDAR PUTERI: Kaukus melibatkan 24 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Johor mampu memacu pembangunan Johor menjadi sebuah negeri yang maju.
Pengerusi BN Johor Datuk Seri Hasni Mohammad berkata perbincangan mengenai penubuhan kaukus itu dijangka diadakan selepas majlis angkat sumpah Ahli Parlimen di Dewan Rakyat pada 19 Dis ini.
"Secara umum, Johor mempunyai banyak perkara perlu diusahakan dan diberi perhatian oleh kerajaan Persekutuan antaranya menaik taraf laluan lebuh raya, menarik pelabur ke Johor dan menambah baik kemudahan di pintu masuk antarabangsa di Johor membabitkan terminal feri.
"Dengan adanya kaukus ini, lebih banyak pembangunan dapat dibawa ke Johor sekali gus menjadi jambatan penting antara Ahli Parlimen Johor bagi mengutarakan isu penting membabitkan negeri," kata Hasni yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam kepada pemberita di luar persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di sini semalam.
Terdahulu, Ketua Pembangkang Liew Chin Tong (DAP-Perling) ketika membahaskan Belanjawan 2023 pada persidangan itu mencadangkan kepada Hasni (BN-Benut) bahawa satu Kaukus Ahli-Ahli Parlimen Johor perlu ditubuhkan dengan penglibatan 24 Ahli Parlimen BN dan PH.
"Kaukus ini boleh dibantu oleh Kerajaan Negeri Johor melalui taklimat dan maklumat supaya semua Ahli Parlimen dimaklumkan secara terperinci keperluan dan permintaan negeri Johor kepada kerajaan Persekutuan.
"Mekanisme ini akan membolehkan Johor diberikan tumpuan dan keutamaan oleh Kerajaan Perpaduan Persekutuan demi pembangunan dan kemajuan Bangsa Johor dan menjayakan belanjawan ini," kata Liew yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri.
Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), BN hanya meraih sembilan daripada 26 kerusi ditandingi di Johor iaitu Simpang Renggam, Parit Sulong, Ayer Hitam, Pontian, Kota Tinggi, Tenggara, Pengerang, Sembrong dan Tanjung Piai.
Sementara PH memenangi 14 kerusi, Perikatan Nasional (PN) dua kerusi dan Parti Ikatan Demokratik (MUDA) satu kerusi.
Persidangan DUN Johor bersambung hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 04 2022

HASNI: Dengan adanya kaukus ini, lebih banyak pembangunan dapat dibawa ke Johor sekali gus menjadi jambatan penting antara Ahli Parlimen Johor bagi mengutarakan isu penting membabitkan negeri. - Foto fail/BERNAMA

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Kaukus Ahli Parlimen Johor pacu pembangunan negeri - Hasni
Perbincangan mengenai penubuhan kaukus itu dijangka diadakan selepas majlis angkat sumpah Ahli Parlimen di Dewan Rakyat pada 19 Dis ini.