KUALA LUMPUR: Kaukus Palestin Parlimen Malaysia hari ini menyambut baik keputusan Kerajaan Malaysia untuk melakukan ‘apa sahaja yang perlu’ bagi menyelesaikan kezaliman yang berlaku terhadap rakyat Palestin akibat peperangan dengan Israel.
Ketua Kaukus tersebut, Syed Ibrahim Syed Noh, yang juga Ahli Parlimen Ledang berkata, Malaysia harus terus melaksanakan dasar diplomasi agresif; selain berterusan mengecam tindakan rejim Israel sebagai ‘apartheid’.
Selain itu beliau turut menggesa negara-negara berkaitan untuk menghentikan perjanjian normalisasi dengan Israel; dan memastikan bantuan Malaysia sebanyak RM100 juta ke Palestin, benar-benar sampai ke rakyat negara itu.
“Perdana Menteri dah jelaskan pendirian Malaysia, pertamanya apa yang berlaku di Palestin ialah politics of dispossession, iaitu menyahkan hak dan tanah rakyat Palestin. Kita mahu hak dan tanah yang dirampas dikembalikan kepada rakyat Palestin.
“Disebutkan tindakan oleh Kerajaan, antaranya Menteri Luar akan ke Jeddah untuk berbincang dengan rakan-rakan negara Arab mengenai sidang khas OIC (Pertubuhan Kerjasama Islam), PM juga akan ke sana disebut pada hari Khamis untuk bertemu dengan Putera Muhammad bin Salman, juga dengan negara-negara lain seperti UAE, Qatar, Mesir, Turki dan lain-lain.
“Penegasan untuk sesuatu yang lebih segera dilakukan, selain lakukan apa saja yang perlu untuk hentikan tindakan rejim Israel, pastikan ada sempadan dibuka, diberikan bantuan kemanusiaan kepada mereka yang sekarang dalam keadaan perang di Gaza,” tegasnya lagi.
Terdahulu Perdana Menteri sewaktu membentangkan usul khas di Dewan Rakyat berkata, perbincangan dengan wakil-wakil negara yang terlibat telah menunjukkan keresahan yang sedang meluap dan jalan buntu kerana Israel diberikan sokongan penuh oleh Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.
Sementara itu dalam sidang media yang sama, Ahli Parlimen Ipoh Timur Howard Lee berkata, keganasan yang dilakukan Israel terhadap Gaza jelas bercanggah dengan Konvensyen Geneva ke-4.
“Maksudnya, apa yang saya sebut tadi rakyat Palestin dibom, dikepung, dihalau, nak jalan nak keluar nak lari pun kena bom, adalah protected person. Saya mungkin boleh wakili atau tidak, tapi MP Ipoh Timur nyatakan apa yang sedang dilakukan Pengganas Israel satu yang melanggar undang-undang antarabangsa, dan melakukan jenayah perang.
“Israel as a state is a war criminal. Jangan ada mana-mana rakyat Malaysia yang cuba, jangan ada mana umat manusia yang berani untuk cuba nak absahkan apa yang sedang berlaku oleh rejim pengganas Israel ini,” tegasnya lagi.
Firdaus Azil
Mon Oct 16 2023

Ketua Kaukus Palestin Parlimen Malaysia, Syed Ibrahim Syed Noh bercakap pada sidang akhbar di Parlimen hari ini. - Foto Astro AWANI
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kaukus Palestin Parlimen Malaysia mahu Kerajaan terus laksana diplomasi agresif
Malaysia harus terus melaksanakan dasar diplomasi agresif; selain berterusan mengecam tindakan rejim Israel sebagai apartheid.