JAKARTA: Kawah Nirwana, juga dikenali sebagai Nirwana Keramikan di Wilayah Lampung, terletak di selatan Sumatera, mengalami tiga letusan pada Jumaat antara 8.30 pagi dan 9 pagi waktu Indonesia Barat, mencetuskan kebimbangan.
Sebagai tindak balas, Badan Pengurusan Bencana Daerah Lampung Barat, bersama-sama dengan tentera dan polis, telah menasihatkan orang awam dan pelancong untuk bertenang, sentiasa berwaspada dan mengelakkan kawasan kawah yang terkenal dengan mata air panasnya.
Kawah itu, sebuah kaldera gunung berapi aktif seluas 128 kilometer persegi, merupakan destinasi pelancongan geoterma popular yang terletak di dalam kawasan Taman Pelancongan Kawah Bumi, sebahagian daripada Taman Nasional Bukit Barisan Selatan di Suoh, Lampung Barat.
"Letusan itu menyebabkan panik dalam kalangan penduduk tempatan dan pelancong. Mujurlah, tiada kemalangan jiwa dan keadaan beransur-ansur stabil," kata jurucakap Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Abdul Muhari.
Beliau menyatakan bahawa ini adalah letusan pertama Kawah Nirwana dalam tempoh 91 tahun, dengan yang terakhir berlaku pada 1933.
"Letusan pertama mengeluarkan pasir, letusan kedua mengeluarkan lava dan letusan ketiga memuntahkan asap hitam tebal. Letusan itu diiringi dengan bunyi letupan kuat yang dapat didengar beberapa kilometer jauhnya," katanya dalam satu kenyataan.
Kawah Nirwana, yang sering dibandingkan dengan Tasik Yellowstone di barat laut, Wyoming, Amerika Syarikat, mengalami peningkatan suhu dan kemunculan batu-batu kecil selepas letusan, menimbulkan kebimbangan mengenai kemungkinan letusan selanjutnya.
"Pasukan pakar sedang menyiasat letusan itu. Maklumat terkini mengenai analisis dan keadaan terbaru akan diberikan apabila tersedia," tambah Abdul Muhari.
Laporan media tempatan menyebut bahawa aktiviti pelancongan dan pertanian telah dihentikan berikutan letusan itu dengan kumpulan awan mencapai ketinggian 25 meter.
Indonesia dengan kira-kira 127 gunung berapi aktif, adalah sebahagian daripada Lingkaran Api Pasifik dan sering mengalami aktiviti gunung berapi dan gempa bumi.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 25 2024

Kawah itu, sebuah kaldera gunung berapi aktif seluas 128 kilometer persegi, merupakan destinasi pelancongan geoterma popular yang terletak di dalam kawasan Taman Pelancongan Kawah Bumi. - Gambar fail

Perbelanjaan baiki tandas sekolah seluruh negara cecah RM1 billion - PM
Perdana Menteri menyedari banyak masalah yang dihadapi termasuk pembangunan, kantin dan tandas sekolah yang memerlukan perhatian segera.

Tema raya ‘Meriah lain macam’, Astro bakal himpun 160 rancangan
Bertemakan Meriah lain macam pada raya tahun ini, Astro bakal menghimpunkan lebih daripada 160 kandungan raya yang telah dirancang khas untuk seisi keluarga.

ICJ adakan pendengaran awam berkaitan kewajipan Israel di Wilayah Palestin yang diduduki
Mahkamah akan mengadakan pendengaran awam yang dijadualkan bermula Isnin, 28 April 2025, di Peace Palace, The Hague, ibu pejabat ICJ.

LPP sasar lahirkan 5,000 usahawan tahun ini
Lembaga Pertubuhan Peladang menyasarkan untuk melahirkan 5,000 usahawan dalam kalangan peladang dan anak peladang yang berpendapatan bersih tidak kurang RM5,000 tahun ini.

Suntikan modal tidak manfaatkan pemegang saham, pengurusan Sapura Energy - PM Anwar
Dalam usaha penstrukturan semula SEB, pemegang saham utama sebelum ini tidak lagi terlibat dalam pengurusan syarikat tersebut.

Utusan Khas Trump akan ke Moscow bincang gencatan senjata - White House
Utusan khas Presiden Trump bagi Timur Tengah dijadual berkunjung ke Moscow hujung minggu ini untuk mengadakan perbincangan dengan pegawai Rusia.

Muat naik kandungan palsu sentuh sensitiviti agama, lelaki disiasat MCMC
Kandungan tersebut dipercayai dimuat naik pada 9 Mac, yang mendakwa laungan azan melalui pembesar suara di Masjid Ayer Kuning tidak lagi dibenarkan.

Harimau Malaya lawan Nepal di Stadium Sultan Ibrahim - FAM
Keputusan untuk beraksi di Stadium Sultan Ibrahim selepas mendapat perkenan daripada Pemangku Sultan Johor sebagai tanda permulaan revolusi Harimau Malaya.

Baca al-Quran empat jam sehari rutin harian Neelofa sepanjang Ramadan
Neelofa memulakan harinya seawal jam 4.30 pagi dengan mengerjakan solat sunat sebelum bersahur dengan suami.
AWANI Pagi: Panduan Mahu Kaya, Jadi Bangsa Enam Angka
8:30 pagi Khamis bersama pempengaruh kewangan dan penulis buku kewangan, Azraei Muhamad berkongsi buku tulisannya yang menawarkan panduan untuk menjadi kaya dan mengumpul kejayaan sehingga muncul sebagai bangsa enam angka dalam masa ditetapkan.

Kawah Nirwana di Sumatera meletus, pelancong dinasihat jauhi kawasan
Kawah Nirwana, juga dikenali sebagai Nirwana Keramikan di Wilayah Lampung, terletak di selatan Sumatera, mengalami tiga letusan pada Jumaat.