KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan semua pihak agar mengawal diri daripada menulis atau menyentuh isu 3R iaitu raja, agama dan kaum kerana terlalu banyak berita sedemikan dijadikan polemik dalam pelbagai platform pada masa kini.
Malah, beliau turut mengingatkan agar tiada pihak yang menulis secara semberono, sebaliknya melihat secara mendalam kesannya kerana Malaysia mempunyai berbilang kaum, agama dan bangsa.
"Oleh kerana perkara-perkara 3R ini terlalu banyak dijadikan polemik dan perdebatan maka kita harus tahu sensitiviti tiga perkara ini.
"Pada hemat saya, harus terdapat keseimbangan dan biarlah tidak perlu perundangan untuk mengawal tetapi kita kawal diri terutamanya penulis-penulis yang harus menggunakan sesuatu yang tidak sensitif untuk disampaikan dan bukan semberono menulis apa saja yang ada di benak kita," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kompleks Rumah Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) dan Majlis Aidilfitri bersama-sama penulis di sini yang dihadiri kira-kira 500 tetamu termasuk penggiat sasterawan.
Ahmad Zahid yang turut diminta mengulas kedudukan terkini Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media pada tangga ke-107 berdasarkan Laporan Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 yang disiarkan Reporters Without Borders (RSF) pada Jumaat, turut mengakui bahawa elemen 3R memberi kesan langsung kepada kedudukan terkini Malaysia itu.
Dalam perkara itu, katanya Kementerian Komunikasi, Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) disarankan melakukan sesuatu yang lebih baik agar soal kebebasan media ini dapat ditingkatkan semula dengan kawalan diri yang dibuat oleh penulis-penulis ataupun individu yang menyebarkan perkara-perkara sensitif kepada masyarakat di Malaysia.
Ahmad Zahid juga memaklumkan Malaysia tidak boleh menggunakan acuan sesebuah negara itu sebagai piawaian kepada negara ini dengan perlu melihat kesesuaian keadaan sensitiviti masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama serta institusi raja.
"Pada hemat saya ia harus disantuni oleh masyarakat Malaysia daripada apa pun," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 05 2024

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika sidang media selepas merasmikan Kompleks Rumah GAPENA hari ini. - Foto BERNAMA

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

KPN cadang tubuh Jawatankuasa Pengurusan Isu Perpaduan
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) bercadang menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Isu Perpaduan pada tahun depan bagi menangani sebarang permasalahan perpaduan.

Abdul Hadi desak kerajaan tidak tutup pintu untuk diberi nasihat
Kerajaan didesak tidak menutup pintu untuk ditegur dan diberi nasihat bagi menjamin keadilan di negara ini dapat terus ditegakkan.

Hantaran isu 3R: MCMC ambil keterangan Razman
Pasukan penguat kuasa MCMC hari ini telah mengambil keterangan pentadbir akaun Facebook itu dan menyita kelengkapan komunikasi miliknya.

Isu 3R, diesel tidak wajar dimanipulasi pada PRK DUN Mahkota
Muhammad Faiz berkata pembangkang seharusnya bersikap lebih konstruktif dan progresif dengan mengetengahkan isu yang memberi manfaat.

Isu 3R: Bebas beri pandangan selagi tidak langgar garis perpaduan - PM Anwar
Perdana Menteri menegaskan beliau tidak akan sesekali bertolak ansur sekiranya kenyataan itu berbaur hasutan yang berupaya mencetus bibit keganasan dan pergaduhan kaum.

Jangan bersikap 'double standard' bila disiasat - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid mahu semua pihak tidak mengambil sikap 'berat sebelah' dengan mengatakan kerajaan bertindak tidak adil apabila mereka disiasat.

Isu 3R: Muhyiddin didakwa di mahkamah Gua Musang esok - KPN
Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin akan didakwa esok berhubung ucapannya yang dikatakan menyentuh isu berkaitan kaum, agama dan raja ketika berkempen pada PRK Nenggiri.

Himpunan Solidariti Raja, Rakyat Berpisah Tiada berlangsung aman di Kuantan
Himpunan solidariti Raja dan Rakyat Berpisah Tiada anjuran Majlis Mahasiswa Anak Pahang (MAMPAN) di hadapan Masjid Sultan Ahmad 1 di sini petang tadi berlangsung dengan aman.

Isu 3R: Rakaman keterangan Muhyiddin ditangguh
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan, ini berikutan peguam Muhyidddin masih berada di Thailand.

Isu 3R: AMK buat laporan polis terhadap Muhyiddin
Ketua AMK Adam Adli Abd Halim berkata laporan polis berkenaan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh, bersama-sama AMK Pahang.