KUALA LUMPUR: Ketua Pengawai Ekosistem MRANTI, Safuan Zairi berpendapat, setiap kawal selia media sosial mesti mempunyai pendekatan 'carrot and stick' yang harus melibatkan akta, peraturan dan sesi libat urus bersama pihak industri serta penyedia platform sosial media.
Menurutnya, walaupun pengguna media sosial itu sangat luas namun kuasa penggunaannya tetap di tangan seseorang individu tersebut.
"Kadang-kadang kita tidak periksa terlebih dahulu sebelum memuat naik berita atau informasi dan tanpa disedari, ia melanggar etika sesetengah kaum, negara mahupun masyarakat Madani.
"Itulah pentingnya akta supaya kita dapat mengawal kandungan yang dimuat naik dan dipertanggungjawabkan kepada penyedia platform tersebut selain mereka juga boleh mengambil kira apa informasi yang dimuat naik pengguna media sosial," katanya semasa program Agenda AWANI pada Rabu.
Dalam nada yang sama, Safuan berpendapat, sesi penglibatan pihak industri juga amat penting dalam pelaksanaan sesuatu akta.
"Kita boleh lihat negara-negara lain seperti Jerman, Australia, Kesatuan Eropah atau Amerika Syarikat yang sudah memulakan langkah-langkah untuk menjaga kandungan dan juga perlindungan privasi data pengguna.
"Forum perundingan, perbincangan meja bulat dan sebagainya sangat penting. Ini bukan dibuat hanya sekali dan selepas itu terus laksanakan akta. Sebaliknya, sesi libat urus ini perlu sentiasa diteruskan.
"Sebagai contoh, satu akta itu ditubuhkan pada tahun 1990 dan kemudian dibiarkan sahaja tanpa adanya sesi libat urus, ini akan menjadi satu kepayahan sebab banyak yang kita akan ketinggalan nanti," ujarnya.
Safuan juga menjelaskan kepentingan kawal selia kendiri khususnya oleh ibu bapa dalam mengawasi penggunaan media sosial anak-anak.
"Penglibatan guru-guru di sekolah di mana kita ada topik tentang teknologi maklumat dan patut juga kita masukkan tentang sosial media kerana ia turut dikenali sebagai 'double edge sword'," katanya..
Safuan juga menjelaskan, pemahaman dari segi naratif patut diterapkan untuk mengelakkan salah faham.
Pia Ernadya
Wed Mar 13 2024
Safuan juga menjelaskan kepentingan kawal selia kendiri khususnya oleh ibu bapa dalam mengawasi penggunaan media sosial anak-anak. - Gambar X@myMRANTI
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Empat ditahan jual nombor pendaftaran kenderaan tidak wujud
Empat individu termasuk seorang wanita ditahan kerana disyaki terlibat dalam sindiket penipuan menjual nombor pendaftaran kenderaan tidak wujud yang aktif di beberapa negeri.
Indonesia rancang tetapkan had umur minimum penggunaan media sosial
Indonesia merancang keluarkan peraturan bagi menetapkan umur minimum untuk pengguna media sosial dalam usaha melindungi kanak-kanak.
Lori terbakar bergerak sendiri disyaki akibat masalah enjin
Pemandu mengesan asap keluar dari bahagian enjin dan cuba memberhentikan kenderaan di tepi jalan, namun gagal apabila api semakin marak.
Tun M cari RM3 bilion belakang TV, bawah katil
Menerusi video berdurasi 1 minit 26 saat, Dr Mahathir dilihat mencari wang yang didakwa berjumlah RM3 bilion itu di pelbagai sudut.
DBKL perlu ambil tindakan tegas penganjuran Havoc Food Festival - Nik Nazmi
DBKL diharap dapat mengambil tindakan tegas ke atas penganjur Karnival Havoc Food Festival kerana tidak menghentikan penganjuran walaupun telah diarah berbuat demikian.
Satu kes Mpox dikesan dalam negara
Satu kes baharu jangkitan Mpox dikesan dalam negara menjadikan kes keseluruhan kini 12 kes sejak kali terakhir dilaporkan pada Julai 2023.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 9 Januari 2025.
Pengesahan identiti pengguna media sosial wajar dilaksanakan - Penganalisis
Langkah keselamatan melalui pengesahan identiti pengguna yang membuka akaun media sosial merupakan langkah yang wajar untuk dilaksanakan.
Pelesenan penyedia platform media sosial, pencapaian penting peraturan dalam talian negara - MCMC
Keperluan pelesenan itu disifatkan sebagai pencapaian besar dalam meningkatkan keselamatan dalam talian dan pendekatan pengawalan.
Tekanan semakin dirasai Jun Hao menjelang debut Terbuka Malaysia
Ketiadaan pemain profesional negara Lee Zii Jia membuatkan tumpuan kini beralih kepada Leong Jun Hao untuk menggalas harapan tunggal negara dalam acara perseorangan lelaki pada Terbuka Malaysia 2025.