KUALA LUMPUR: Penugasan kawalan keselamatan sempadan Polis Diraja Malaysia (PDRM) diteruskan seperti biasa walaupun Operasi Benteng (Op Benteng) bakal ditamatkan Jun depan.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Seri Hazani Ghazali berkata penugasan PDRM tetap sama terutamanya Pasukan Gerakan Am (PGA) sebagai tonggak utama dalam menjalankan kawalan keselamatan sempadan.
Beliau berkata sebelum adanya Op Benteng, penugasan itu memang dilaksanakan dan apabila Op Benteng ditubuhkan, PDRM banyak bekerjasama dengan pelbagai agensi keselamatan lain.
"Fokus utama kami adalah untuk kawal keselamatan sempadan dan kami kekalkan, PDRM ada buat penambahan (unit) seperti Unit Berkuda dan dron serta rondaan (melalui Pasukan Gerakan Udara - PGU) di udara dipertingkatkan, termasuk Unit Rondaan Bermotosikal (URB).
"PGA juga mempertingkatkan kawalan keselamatan di sempadan sempena persiapan Hari Raya Aidilfitri," katanya kepada Bernama hari ini.
Hazani berkata PDRM masih bekerjasama dengan agensi keselamatan lain cuma ia bukan atas nama Op Benteng tetapi operasi bersepadu misalnya dengan Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).
Katanya operasi bersepadu tetap diteruskan selain operasi khas melalui perisikan khas oleh polis, tentera atau agensi lain.
Mengulas mengenai kawalan keselamatan sempadan negara pada masa kini, Hazani berkata situasi semasa keselamatan di sempadan negara ketika ini terkawal.
Pada Jan lepas, Bernama melaporkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin menyatakan pengoperasian Op Benteng di bawah Pasukan Petugas Kebangsaan (NTF) akan ditamatkan pada Jun ini.
Beliau dilaporkan berkata segala pelaksanaan dan perancangan baharu berhubung operasi berkenaan akan kembali diserahkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk tindakan seterusnya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 06 2022
Operasi bersepadu tetap diteruskan selain operasi khas melalui perisikan khas oleh polis, tentera atau agensi lain. - Gambar fail/Bernama
Polis siasat penemuan mayat bayi masih bertali pusat di Rawang
Mayat bayi perempuan yang tiada pengenalan diri itu ditemukan oleh seorang ahli kariah Surau Al-Hidayah Kampung Melayu di Pekan Rawang.
PM anwar adakan pertemuan dengan CEO GLIC, kapten industri UK
Pertemuan tersebut yang berlangsung selama sejam melibatkan 30 syarikat tempatan di United Kingdom dan 13 syarikat GLIC dari Malaysia.
121 warga asing ditahan dalam operasi bersepadu di Cameron Highlands
Operasi melibatkan 143 pegawai dan anggota daripada pelbagai jabatan, diadakan bagi membanteras kebanjiran warga asing di daerah itu.
Gencatan senjata beri harapan kepada Gaza di tengah-tengah krisis kemanusiaan
Namun, terdapat juga pihak yang masih ragu-ragu dengan gencatan senjata yang bakal berkuat kuasa pada Ahad.
Kerajaan Pahang akan bangunkan pusat data AI
Projek yang pertama di negeri Pantai Timur itu menyasarkan produk pertanian tempatan untuk pemasaran domestik dan global.
Sentimen perniagaan syarikat Jepun di Malaysia meningkat - Jetro
Jetro berkata kadar keuntungan Malaysia melangkaui purata ASEAN dengan jangkaan margin keuntungan operasi bagi 2024 berada pada 70.8 peratus.
Ahli akademik, Majlis Belia Labuan harap kelewatan operasi feri diselesai dengan baik
Pengoperasian semula perkhidmatan feri ekspres itu memberikan kelebihan ekonomi dan pelancongan.
Thailand mahu jalin kerjasama digital dengan Malaysia
Thailand berhasrat untuk bekerjasama dengan negara anggota ASEAN bagi meningkatkan tahap hidup di rantau ini.
Sukan perpaduan akan diperluas - Saraswathy
Sukan Perpaduan yang berjaya menarik kehadiran orang ramai pada tahun lepas, akan diperluas dari segi skala mahupun jumlah acaranya tahun ini.
PM Australia rombak kabinet menjelang PRU
Albanese menyifatkan perubahan dalam kabinet ini sebagai langkah untuk memastikan kerajaan terus "kuat, bersatu dan stabil" selepas peletakan jawatan Bill Shorten sebagai Menteri Skim Insurans Hilang Upaya Nasional (NDIS) dan Perkhidmatan Kerajaan.
ATM tahan 14 warga Myanmar ceroboh masuk sempadan negara
Semua PATI warga Myanmar itu ditahan menerusi tiga siri tangkapan di bawah Sektor Op Benteng.
Op Benteng: TLDM tahan sembilan PATI
Bot PATI cuba melarikan diri tetapi berjaya digagalkan di lokasi 1.5 batu nautika selatan Teluk Ramunia.
Kawalan sempadan diteruskan walaupun Op Benteng tamat Jun ini - Bukit Aman
Penugasan PDRM tetap sama terutamanya Pasukan Gerakan Am (PGA) sebagai tonggak utama dalam menjalankan kawalan keselamatan sempadan.
Kaedah baharu diteliti gantikan Op Benteng - Panglima ATM
Kaedah baharu itu dijangka mengguna pakai cara yang sama dengan Op Benteng memandangkan operasi terbabit banyak mencapai kejayaan sejak dilancarkan pada Mei 2020.
Tujuh PATI gagal seludup masuk ke Malaysia
Kesemua mereka yang berusia antara 17 hingga 39 tahun seterusnya ditahan dan dibawa ke Kem Sahara untuk siasatan lanjut.
Cubaan seludup guna lori perdagangan, 3 tan daun ketum dirampas
Terbaharu, penyeludup dikesan menggunakan kenderaan perdagangan sebagai taktik mengaburi pihak berkuasa.
Polis tahan 12 ahli "Geng Janggut" seludup pendatang tanpa izin
Polis menahan 12 ahli sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin yang dikenali sebagai "Geng Janggut" menerusi Op Benteng di tiga lokasi di sekitar Johor Bahru dan Kulai.
Bersauh tanpa kebenaran, kapal tangki asing ditahan
Maritim Malaysia Perak menahan sebuah kapal tangki yang bersauh tanpa kebenaran di posisi 14.7 batu nautika Pulau Pangkor.
Polis rampas syabu bernilai RM1.296 juta, tahan seorang lelaki
Polis menahan seorang lelaki dan merampas syabu seberat 36 kilogram bernilai RM1.296 juta dalam Op Benteng di Jalan Tebedu-Serian, Sabtu lepas.
Ingkar SOP: 60 premis diarah tutup serta merta, ini tumpuan kenyataan media Hishammuddin
Pada 11 Ogos 2021, sebanyak 918 SJR telah dilaksanakan di seluruh negara.