Lebih pemantauan terperinci diperlukan sebelum kawasan runtuhan Highland Towers yang terbengkalai lebih dua dekad, boleh dibangunkan semula.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Senator Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata, kedudukannya di lereng bukit yang terdedah dengan risiko tanah runtuh adalah satu faktor yang perlu diambil kira.
"Masih terdapat beberapa isu yang belum diselesaikan. Kami tidak tahu sama ada kawasan itu selamat dan kami tidak akan mengambil risiko. Buat masa ini, tiada keperluan untuk melaksanakan pembinaan di kawasan terbabit.
"Kenapa perlu mengambil risiko pembangunan di situ sedangkan terdapat kawasan lain di sekitar Lembah Klang dan Kuala Lumpur? Dari segi keutamaan, kami akan elak daripada kawasan berkenaan selagi boleh," katanya.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan Kongres Dunia Persatuan Sisa Pepejal Antarabangsa (ISWA) 2018 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Isnin.
Sementara itu, Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Mohammad Mentek yang turut hadir berkata, pihaknya sudah mengadakan beberapa perbincangan dengan Jawatankuasa Pembangunan Semula Highland Towers.
"Terdapat kira-kira 150 unit di Highland Towers dan kami telah mengenal pasti pemilik-pemiliknya. Kini, kami sedang berbincang bersama Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk menjalankan kajian berhubung struktur tanah berkenaan.
"Selepas kajian dijalankan, kami juga akan berbincang dengan pihak-pihak lain yang terbabit.
"Ada pemaju hartanah yang berminat untuk membangunkan kawasan itu sebagai taman rekreasi," kata Mohammad.
Sebelum ini, Menteri Zuraida Kamaruddin mengumumkan kawasan Highlands Towers akan dirobohkan untuk dijadikan taman rekreasi dalam masa terdekat.
Highlands Towers di Taman Hillview, Ulu Klang, merupakan titik hitam dalam sejarah Malaysia selepas 48 orang maut apabila salah sebuah blok apartmentnya runtuh pada 11 Dis 1993.
Isabelle Leong
Mon Oct 22 2018

Tragedi Highlands Towers merupakan titik hitam dalam sejarah Malaysia selepas 48 orang maut apabila salah sebuah blok apartmentnya runtuh pada 11 Dis 1993.

Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat tarawih
Larangan ini diumumkan oleh Kementerian Urusan Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi baru-baru ini.

Penunjuk perasaan lanjutkan protes 'Indonesia Gelap' lawan dasar Prabowo
Ratusan mahasiswa dan aktivis turun ke jalan di beberapa bandar utama pada Jumaat dalam protes digelar sebagai -Indonesia Gelap-.

Hamas siasat silap serah mayat tebusan, Netanyahu berang
Hamas sedang menyiasat kemungkinan kesilapan dalam mengenal pasti mayat yang diserahkan kepada Israel di bawah perjanjian gencatan senjata.
Sidang Kemuncak Pemimpin Arab bermula di Riyadh
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh pada Jumaat.
Perbincangan baik dengan Putin, tapi tidak Ukraine - Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, berkata beliau telah mengadakan perbincangan yang “sangat baik” dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin.
Penunjuk perasaan lanjutkan protes lawan dasar Prabowo
Ratusan mahasiswa dan aktivis turun ke jalan di beberapa bandar utama pada Jumaat dalam protes digelar sebagai “Indonesia Gelap”.
Hamas siasat silap serah mayat tebusan, Netanyahu berang
Hamas sedang menyiasat kemungkinan kesilapan dalam mengenal pasti mayat yang diserahkan kepada Israel di bawah perjanjian gencatan senjata.
Amerika Syarikat jangka Ukraine akan tandatangan perjanjian mineral
Amerika Syarikat menjangkakan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy, akan menandatangani perjanjian mineral sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang Ukraine.

Badan pengawas PBB kumpul sampel air Fukushima, China sertai buat kali pertama
Jepun dan China bersetuju mengenai penglibatan Beijing dalam pensampelan dan analisis air yang dilepaskan di bawah kerangka kerja IAEA.
Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dalam satu kenyataan berkata, insiden kanak-kanak perempuan dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar oleh semua pihak.

Roboh Highland Towers: Masalah penduduk dijangka selesai - ADUN
MPAJ telah menerima banyak aduan membabitkan kebimbangan isu keselamatan, kacau ganggu serta aktiviti tidak bermoral di kawasan itu.

Highland Towers: Pengindahan kawasan mampu ubah stigma masyarakat
Presiden Persatuan Penduduk Taman Sri Ukay/Hill View mengalu-alukan rancangan tersebut.

KPKT rancang bina tugu peringatan di tapak kondominium Highland Towers
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berhasrat membangunkan tugu peringatan di tapak kondominium Highland Towers yang terbiar sejak 27 tahun lalu.

Kerajaan Selangor sedang proses kelulusan tapak tanah Highland Tower untuk dibangunkan semula
Menteri Besar Selangor memberitahu ada menerima surat daripada KPKT mengenai isu pembangunan semula Highland Towers pada bulan lepas.

KPKT harap proses pengambilan tanah Highland Towers dipercepat
Menteri berkenaan, Zuraida Kamaruddin berkata proses libat urus bersama semua pihak berkepentingan sudah selesai namun ada sebahagian penduduk yang tidak sempat menyatakan persetujuan secara rasmi.

Highland Towers dirobohkan selewat-lewatnya Jun ini - Zuraida
Pihak pemaju Highland Towers juga telah menyuarakan hasrat untuk menyalurkan dana berjumlah RM2 juta bagi membiayai kerja perobohan tersebut.

Kawasan Highland Towers perlu lebih kajian sebelum dibangun semula
Lebih pemantauan terperinci diperlukan sebelum kawasan runtuhan Highland Towers yang terbengkalai sejak 25 tahun lalu, boleh dibangunkan semula.

Menanti 'penghujung nyawa' Highland Towers
Kenyataan Zuraida Kamaruddin yang mahu 'membersihkan' Highland Towers dilihat satu langkah terbaik dalam memberi wajah baru lokasi itu terutama kepada penduduk di Ampang

Kerja perobohan kondominium Highland Towers bulan depan
Jawatankuasa telah pun mengenal pasti kesemua pemilik unit kondominium berkenaan, dan langkah seterusnya ialah berkaitan hal insolvensi.

'Usir warga asing dari rumah PPR, atau...'
Menteri KPKT, Zuraida Kamaruddin memberi pemilik rumah PPR tiga bulan dari hari ini untuk mengosongkan rumah mereka daripada penyewa warga asing.