Kawasan Pantai Tok Bali yang menjadi lokasi korban lima beranak selepas lemas ketika bermain air di pantai itu semalam merupakan kawasan pembinaan dan berbahaya untuk sebarang aktiviti riadah.
Menurut Pegawai Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan, Leftenan Maritim Ahmad Shakur Jamaluddin berkata, kawasan itu tidak selamat memandangkan terdapat kerja-kerja pembinaan hingga menyebabkan muka bumi dan dasar pantainya berubah.
Menurutnya, tiada papan amaran mengenai larangan untuk beriadah dan bermandi-manda di kawasan itu menyebabkan pengunjung masih lagi berkunjung ke lokasi tersebut.
"Sebelum mereka turun ke pantai, pihak Bali Village ada memesan kepada mereka supaya tidak mandi di kawasan tersebut kerana tidak digazet sebagai kawasan mandi-manda dan kalau kita tengok kawasan tersebut ia adalah hak milik sebuah syarikat yang sedang menjalankan aktiviti pembinaan.
"Sehubungan itu, kita akan membuat laporan kepada pihak ketua jajahan untuk tindakan lanjut bagi mengelakkan kejadian serupa berulang," katanya ketika melawat kawasan pantai itu pada Sabtu.
Bercakap kepada Astro AWANI beliau menjelaskan, satu laporan mengenai kejadian ini akan dikemukakan kepada pihak berkuasa tempatan untuk mewartakan kawasan ini sebagai kawasan tidak selamat dan larangan untuk sebarang aktiviti pantai.
Ahmad shakur menjelaskan, sepanjang tiga kilometer bermula dari Pantai Tok Bali hingga Pantai Semerak, merupakan kawasan tidak selamat dan berbahaya untuk mandi-manda.
Sementara itu pemilik d Bali Village yang enggan dikenali berkata, pihak pengurusan telah memaklumkan kepada keluarga mangsa dan melarang mereka mandi.
Namun katanya keluarga berkenaan turun bermain di kawasan tepi pantai selepas bersarapan sekitar jam 9 pagi semalam sebelum kejadian itu berlaku.
Semalam lima beranak ditelan ombak ketika bermain di tepi pantai berkenaan sekitar jam 10 pagi.
Mangsa terdiri daripada Yazul Bahari Yaacob, 46, Yuzrina Yaacob, 38, Yasmin Nor Aliza, 10, Zulfika Suhaimi, 10 serta adiknya Khaizuran Waliyuddin suhaimi, 5, tahun.
Kesemua mereka merupakan sebahagian dari empat keluarga yang mengadakan hari keluarga di sebuah resort di pantai berkenaan sejak Khamis.
Jenazah empat ahli keluarga yang ditemui semalam dan telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Alor Pasir, Tanah Merah, malam tadi.
Manakala mayat Khaizuran dituntut keluarga petang tadi untuk urusan pengebumian.
Muhafandi Muhamad
Sat Feb 17 2018
sepanjang tiga kilometer bermula dari Pantai Tok Bali hingga Pantai Semerak, merupakan kawasan tidak selamat dan berbahaya untuk mandi-manda. - Astro AWANI/MUHAFANDI
Pemilihan lokasi taska, tadika berkeperluan khas mengikut keperluan di setiap negeri
Faktor pemilihan lokasi bagi pelaksanaan taska dan tadika berkeperluan khas dibuat berdasarkan keperluan sesuatu tempat dan kajian perlu dijalankan bagi meletakkan taska berkeperluan khas berkenaan. #AWANInews
Usaha wujudkan taska, tadika berkeperluan khas dimulakan di Melaka
Usaha mewujudkan taska dan tadika berkeperluan khas atau autisme akan dilaksanakan dan dimulakan di negeri Melaka pada tahun ini dan akan diperluaskan ke negeri-negeri lain pada 2026. #AWANInews
Saya pemain paling lengkap, terbaik dalam sejarah - Cristiano Ronaldo
Cristiano Ronaldo percaya dirinya merupakan pemain bola sepak terhebat dengan menegaskan dia telah melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh pemain lain.
'OIC dah lama tak guna' - Pakar
Dalam pada itu, Pakar Undang-Undang Antarabangsa UKM, Prof Dr Salawati Mat Basir Turut menyelar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang disifatkan beliau sudah lama tidak berguna.
Rancangan Trump mahu ambil alih Gaza 'gila' - Pakar
Cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengambil alih Gaza dan diuruskan oleh negara itu dengan baik adalah 'gila' dan tidak masuk akal.
Menurut Pakar undang-undang antarabangsa UKM, Prof Dr Salawati Mat Basir tindakan Trump yang tidak menghiraukan undang-undang antarabangsa itu dilihat sebagai bentuk pengusiran penduduk Gaza.
Menurut Pakar undang-undang antarabangsa UKM, Prof Dr Salawati Mat Basir tindakan Trump yang tidak menghiraukan undang-undang antarabangsa itu dilihat sebagai bentuk pengusiran penduduk Gaza.
Tiada normalisasi dengan Israel jika tiada negara Palestin Merdeka - Arab Saudi
Arab Saudi sekali lagi menegaskan pendiriannya bahawa normalisasi hubungan dengan Israel tidak akan berlaku tanpa penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka.
Konflik Gaza: Trump Gelar Gaza 'Riviera Asia Barat' apabila dibangunkan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menyatakan hasrat untuk melawat Israel dan kemungkinan membuat lawatan ke Gaza.
Di sebalik 'tekanan maksimum' AS ke atas Iran, Trump mahu baiki hubungan dengan Tehran
Bagaimanapun, Presiden AS mengingatkan Tehran tidak boleh miliki senjata nuklear.
Cadangan bangunkan silibus, modul AI perubatan sedang dibincangkan
Cadangan untuk membangunkan silibus dan modul perubatan berkaitan AI dalam sektor kesihatan sedang dibincangkan dengan teliti oleh Kementerian Kesihatan. #AWANInews
Sukan SEA 2025: KBS sasar pingat keseluruhan, tidak ikut warna pingat - Hannah
Katanya, penetapan itu turut mengambil kira saranan daripada barisan pakar di Nippon Sports Science University (NSSU).
Kawasan itu berbahaya untuk aktiviti riadah - Pegawai Maritim
Kawasan Pantai Tok Bali yang menjadi lokasi korban lima beranak selepas lemas ketika bermain air di pantai itu semalam merupakan kawasan pembinaan dan berbahaya untuk sebarang aktiviti riadah.