"BANGKIT bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula
Bangkit"
Lirik lagu "Bangkit" itu ibarat situasi yang berlaku terhadap tiga sahabat baik, Hafiz Johari, Noor Adzrene Mohd Noor dan Abd Razak Latif.
Selepas berbelas-belas tahun mereka bertiga merakam momen penting untuk negara, akhirnya kerjaya tetap itu hilang dalam genggaman masing-masing.
Bagaimanapun, semangat yang dimiliki tiga bekas jurugambar ini cukup berbeza apabila mereka bangkit dengan mewujudkan sebuah perniagaan berasaskan kemahiran pertukangan kayu pallet.
Dari sekeping kayu menjadi sesuatu, itulah Kawood - sebuah syarikat yang menghasilkan pelbagai jenis rak hiasan berasaskan kayu pain hasil ilham tiga anak muda ini.
"Kawood iaitu gabungan perkataan Kawan dan Wood iaitu kerja-kerja dilakukan berasaskan kayu.
"Sebab nama itu ada nilai komersial, saya terus daftar dengan SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia), buka akaun bank dan media sosial.
"Jadi kami bertiga berharap perniagaan ini terus menjadi sumber pendapatan tetap kami," kata Abd Razak Latif.
Beliau yang bertanggungjawab dalam aspek pemasaran dan pengiklanan memberitahu banyak yang cuba melahirkan kebimbangan kepada mereka bertiga yang membuka perniagaan atas dasar kawan-kawan.
"Saya anggap benda macam itu mungkin pendapat orang, kami bertiga ini dah lama kenal dan kenal hati budi masing-masing, termasuk sebelum ada keluarga sendiri.
"Kalau tak puas hati, terus cakap dan sentiasa berfikiran terbuka apabila kawan-kawan bagi pendapat," katanya.
Menurut Hafiz Johari pula, beliau yakin setiap yang berlaku ada hikmah walaupun perit pada awalnya.
Katanya, beliau dan kawan-kawan mungkin masih bergelar jurugambar dan makan gaji jika syarikat akhbar tempatan tersebut tidak tutup pada Oktober tahun lalu.
"Apabila sudah hilang kerja, bermula dengan hobi dan jadi perniagaan dan dapat banyak permintaan setiap hari, jadi kami akan terus serius untuk menjadikan produk ini setanding jenama antarabangsa.
"Pengajaran lain yang saya dapat adalah tidak boleh sama sekali terlalu selesa di zon sedia ada, sebaliknya kena ada kemahiran lain untuk digunakan ketika kecemasan," katanya.
Sementara itu, Noor Adzrene Mohd Noor pula menggunakan kisah-kisah kegagalan orang lain sebagai teladan terhadap dirinya untuk tidak berputus asa.
Apatah lagi apabila Kawood merupakan perniagaan kedua buat dirinya selepas menandatangani surat Skim Pemisahan Sukarela (VSS).
"Selagi ada tulang empat kerat dan sihat tubuh badan, kenapa nak 'membongkang' saja di rumah?
"Jadi apabila ada peluang, cari inisiatif dan guna kemahiran sedia ada cuba buat apa yang boleh untuk sara keluarga," katanya mengakhiri bicara.
Farhana Joni
Sat Oct 03 2020
Kawood, daripada hobi kini perniagaan yang dimiliki tiga sahabat yang bangkit selepas kegagalan. - Gambar Farhana Joni
Pendakwa Raya ICC mohon waran tangkap terhadap pemimpin Taliban, Ketua Hakim Afghanistan
Pendakwa Raya ICC Karim Khan pada Khamis memohon waran tangkap untuk pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah Akhundzada, dan Ketua Hakim Negara sementara Afghanistan, Abdul Hakim Haqqani.
Rangkuman dan menjelang ucapan sulung Donald Trump
Lintas langsung bersama Editor Kanan Astro AWANI mengenai rangkuman WEF 2025 dan menjelang ucapang Sulung Presiden AS, Donald Trump dari Davos, Switzerland.
Micheal Martin disahkan sebagai Perdana Menteri baharu Ireland
Ketua Fianna Fail Micheal Martin telah disahkan sebagai perdana menteri Ireland yang baharu selepas undian di Dail, dewan rendah parlimen Ireland,.
Dasar liberal, Argentina yakin sokongan Trump dan global
Presiden Argentina Javier Milei berkata, negara itu tidak lagi bersendirian dalam memperjuangkan dasar liberal dan beliau merasakan sokongan daripada pakatan antarabangsa termasuk Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni.
Trump dijangka beri ucapan secara dalam talian
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijangka memberikan ucapan di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, pada Khamis.
Real Madrid jadi kelab pertama jana €1 bilion dalam satu musim
Real Madrid menjadi kelab bola sepak pertama mencatatkan pendapatan sebanyak €1 bilion (US$1.04 bilion) dalam satu musim, menurut laporan tahunan Deloitte Football Money League yang dikeluarkan pada Khamis.
Festival Musim Bunga: 25 anak panda buat penampilan sulung
Pengenalan dua kumpulan anak panda yang dilahirkan pada 2024 itu menjadi salah satu acara bagi sambutan Festival Musim Bunga China, yang antaranya turut menggariskan warisan budaya tidak ketara dan pemuliharaan panda.
Yoon Suk Yeol hadiri perbicaraan di Mahkamah Perlembagaan
Yoon, yang dipecat dan digantung kuasa telah ditahan sejak minggu lalu sementara penyiasat menyiasat percubaaannya pada 3 Disember untuk mengisytiharkan undang-undang tentera.
Polis Vietnam tumpas sindiket ubah wang haram AS$1.2 bilion
Polis Vietnam menahan lima individu dan berjaya menumpaskan sindiket pengubahan wang haram yang membawa masuk wang jenayah bernilai sekitar AS$1.2 bilion ke dalam negara.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 23 Januari 2025.
Kawood bantu tiga sahabat terus bangkit
Lirik lagu Bangkit itu ibarat situasi yang berlaku terhadap tiga sahabat baik, Hafiz Johari, Noor Adzrene Mohd Noor dan Abd Razak Latif.