IPOH: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin pertubuhan dan persatuan belia minggu depan bagi mencari jalan penyelesaian di sebalik isu penurunan had umur memegang jawatan di dalam persatuan belia kepada 30 tahun.
Menterinya Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata pertemuan itu penting bagi mencari jalan penyelesaian supaya Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Pindaan) 2019 (Akta 668) dapat dilaksanakan.
"Saya mendapati setiap pertububan belia itu ada masalah-masalah yang tersendiri yang boleh kita mencari jalan bagaimana kita boleh jumpa titik pertemuan agar akta ini dapat dilaksanakan.
"Pada masa yang sama permasalahan kepada penyelesaian masalah pertubuhan-pertubuhan belia ini dapat kita rungkaikan bersama," katanya pada sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Kesukarelawanan Belia Malaysia 2021 Peringkat Kebangsaan di sini hari ini.
Ahmad Faizal sebelum ini memaklumkan Parlimen mengenai pelaksanaan umur daripada 40 ke 30 tahun ke bawah bagi pemegang jawatan pertubuhan belia akan berkuat kuasa 1 Jan depan.
Beliau sebelum ini dibidas beberapa pihak mewakili suara belia termasuk Gerakan Belia 4B Malaysia yang mengecam keputusan terburu-buru dalam menurunkan had usia maksimum belia itu yang dibuat tanpa ada apa-apa soal selidik dengan kepimpinan badan belia sendiri.
Dalam perkembangan lain, Ahmad Faizal berkata KBS akan melaksanakan inisiatif baharu untuk sukarelawan yang dijenamakan sebagai Sukarelawan Belia Nasional (BENA).
Beliau berkata setiap peserta akan bertindak sebagai sukarelawan bagi menggerakkan kerja sukarelawanan pasca bencana serta pengurusan acara dan sukan di peringkat komuntii setempat.
Inisiatif BENA ini, kata beliau bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran serta kebolehan kepada alumni-alumni atau bekas peserta program KBS.
"Peserta BENA nanti akan dibimbing dan dilatih secara meningkatkan kemahiran serta diberi kemahiran semula bagi membantu usaha kementerian dalam pemerkasaan komuniti di peringkat akar umbi.
"Peserta juga akan dilatih bagi membantu memperkasakan komuniti terutama dalam menangani masalah kesihatan mental, masalah sosial dan meningkatkan sosioekonomi masyarakat di peringkat akar umbi," katanya dan menambah pihaknya menyasarkan 10,000 peserta terlibat di peringkat permulaan.
Menurutnya inisiatif ini turut diperkasakan dengan penubuhan Pusat Panggilan Sukarelawan sebagai pusat sehenti kepada individu atau organisasi untuk mendapatkan khidmat sukarelawan secara lebih sistematik.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 05 2021

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (belakang, tengah) bergambar bersama para pemenang anugerah pada Program Hari Kesukarelawanan Belia Malaysia 2021 (HKBM2021) di Pusat Konvensyen Casuarina Meru hari ini. - Foto BERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

KBS rancang perkenal inisiatif pemindahan bakat sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam usaha memastikan perjalanan bakat dipupuk sejak usia muda tidak terhenti pada satu jenis sukan sahaja.

Program RTG: Hannah akan jumpa Zii Jia, Sze Fei-Nur Izzuddin
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata perbincangan itu dijangka dibuat bermula bulan hadapan.

KBS galakkan generasi muda terlibat aktiviti kesukarelawan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyasarkan penglibatan generasi muda berumur 13 hingga 30 tahun pada sambutan hari Kesukarelawanan Belia Malaysia 2024 (HKBM 2024) pada Sabtu.

KBS tunggu pengesahan rasmi kerajaan Johor jadi tuan rumah bola sepak Sukan SEA 2027
KBS sedang menunggu pengesahan rasmi daripada kerajaan Johor untuk menjadi penganjur bersama Sukan SEA 2027 bagi sukan bola sepak.

Enam lagi sukan dapat dana tambahan bagi pembangunan bakat baharu
Sukan terjun, badminton, berbasikal, skuasy, renang dan olahraga diumumkan sebagai penerima dana itu.

Lebih RM400,000 untuk pembangunan sukan wusyu tahun ini - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Majlis Sukan Negara (MSN) memperuntukkan dana berjumlah RM492,460 untuk pembangunan sukan wusyu pada tahun ini.

KBS pertimbang perkenalkan kod tatakelakuan bagi atlet
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mempertimbangkan untuk memperkenalkan kod tatakelakuan bagi atlet pada masa depan.

KBS terus perkasa TVET Sukan, hasrat lahir lebih ramai tenaga mahir
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan terus memperkasakan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Sukan dalam usaha menghasilkan lebih ramai tenaga mahir dalam industri sukan tanah air.

Persatuan sukan diminta wujudkan akaun khas untuk mudahkan pengurusan dana - Hannah
Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK) yang belum mempunyai akaun khas diminta supaya segera berbuat demikian bagi membolehkan pengurusan dana dilaksanakan dengan teratur.

KBS sedia bekerjasama dengan kerajaan negeri anjur LTdL tahun depan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengalu-alukan kerjasama dengan kerajaan negeri bagi penganjuran kejohanan berbasikal lebuh raya Le Tour de Langkawi (LTdL) tahun depan.