KUANTAN: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) amat menggalakkan semua pihak menjalankan aktiviti sukan dari peringkat keluarga dan komuniti sebagai gaya hidup masa kini berbanding hanya tertumpu kepada sukan pertandingan yang bersifat kompetitif.
Timbalan Menterinya Senator Datuk Seri Ti Lian Ker berkata ini kerana aktiviti itu dapat disertai pelbagai peringkat umur, tidak memerlukan kos yang besar dan mampu mengeratkan hubungan dalam kalangan keluarga serta masyarakat.
"KBS menghalakan fokus kepada menggalakkan budaya sukan untuk semua kerana ia memberi banyak manfaat kepada individu, keluarga, masyarakat dan negara.
"Apabila aktif bersukan, seseorang individu kurang berisiko mendapat penyakit dan ini dapat mengurangkan beban kerajaan menanggung kos penjagaan kesihatan yang tinggi," katanya kepada Bernama pada Program Fit Active Family 2022 Peringkat Negeri Pahang di Kem Pasukan Gerakan Am (PGA) Bukit Galing di sini hari ini.
Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Beserah Andansura Rabu dan Komander Briged Tenggara PGA SAC Datuk Hasan Basri Ahmad Safar.
Ti berkata sukan secara berkeluarga juga dapat dijadikan platform mencungkil bakat baharu bagi sukan kompetitif apabila sukan tertentu sudah menjadi gaya hidup dan budaya.
Beliau juga berharap pihak swasta dapat memberi sokongan kepada penganjuran sukan daripada peringkat komuniti, yang menjadi permulaan melahirkan atlet berbakat besar.
"Apabila kementerian mahu menggerakkan aktiviti sukan, sudah tentu ia memerlukan perbelanjaan, selain perlu mengambil kira kos penyelenggaraan kemudahan. Di sini kita mengharapkan sokongan daripada pihak swasta untuk bersama-sama memajukan industri sukan negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 18 2022

Ti berkata sukan secara berkeluarga juga dapat dijadikan platform mencungkil bakat baharu bagi sukan kompetitif apabila sukan tertentu sudah menjadi gaya hidup dan budaya. - Gambar fail

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

KBS galak aktiviti sukan di peringkat keluarga, komuniti - Ti
Aktiviti itu dapat disertai pelbagai peringkat umur, tidak memerlukan kos yang besar.

Abang Nak Tegur 2.0 duet dengan isteri raih banyak 'like'
Sebelum ini, lagu Abang Nak Tegur versi Datuk Aliff Syukri dan Nur Sajat dikecam teruk oleh netizen sehingga menerima hampir 300,000 'dislike' berbanding 4,000 'like' di laman YouTube.