SEPANG: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan memastikan tonggak skuad Harimau Malaya Faisal Halim mendapat rawatan terbaik secara percuma di Institut Sukan Negara (ISN) sebagai menghargai jasa pemain 26 tahun itu kepada negara.
Menterinya Hannah Yeoh berkata pihaknya akan memastikan Faisal Halim mendapat sokongan dan rawatan yang diperlukan sepanjang tempoh pemulihan yang dijangka mengambil masa beberapa bulan.
"KBS mahu memberikan sokongan kepada Faisal Halim (melalui) ISN (yang) akan memberikan perkhidmatan termasuk fisioterapi apabila diperlukan oleh beliau secara percuma untuk pastikan beliau kembali pulih dengan cepat.
"Saya nak beliau tahu bahawa beliau betul-betul dihargai bukan saja oleh kerajaan tetapi semua rakyat Malaysia mendoakan beliau cepat sembuh," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan Pertukaran Dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) antara KBS dan Malaysia Aviation Group (MAG) bersama Pengarah Urusan Kumpulan MAG Datuk Kapten Izham Ismail di Kampus Akademi Malaysia Airline Berhad (MAB) di sini hari ini.
Sambil mengecam sekeras-kerasnya insiden menimpa tonggak serangan Selangor FC itu, Hannah turut menyatakan kejadian tersebut tidak sepatutnya berlaku kepada mana-mana atlet mahupun masyarakat awam.
"Itu sebab saya nak pastikan polis ambil tindakan paling tegas terhadap suspek untuk pastikan motif ini kita kenal pasti. Kalau motif itu kita tidak kenal pasti, saya risau akan berlaku kepada orang lain, siasatan polis amat penting sekarang.
"(Piala Sumbangsih?) yang ini keputusan penganjur. Jadi, saya percaya penganjur akan membuat keputusan sendiri," katanya yang masih menunggu masa sesuai untuk melawat Faisal Halim mengikut saranan doktor.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif ISN Ahmad Faedzal Md Ramli berkata pihaknya bersedia menawarkan perkhidmatan terbaik menerusi program berstruktur dan direka khas buat Faisal Halim berdasarkan kepakaran sains sukan dan perubatan sukan yang dimiliki oleh agensi berkenaan.
Beliau berkata mengikut data terdahulu mereka perlu terlebih dahulu menganalisis secara terperinci kecederaan otot dialami pesakit sebelum memulakan sebarang proses rehabilitasi.
Ahad lepas, arena bola sepak tempatan dikejutkan dengan insiden Faisal Halim cedera dipercayai disimbah asid dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah dan dilaporkan mengalami kelecuran.
Ia merupakan kejadian malang kedua menimpa pemain kebangsaan selepas Muhammad Akhyar Abdul Rashid cedera di kepala dan kaki selepas diserang dua penyamun di kawasan kediamannya di Kuala Terengganu, Khamis lepas.
Pemain pinjaman Terengganu FC itu dikatakan dipukul menggunakan senjata tumpul di bahagian kepalanya sehingga menyebabkan pemain berkenaan mengalami kecederaan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 07 2024

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh bersama Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Berhad Datuk Izham Ismail pada sidang media selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman di antara KBS dan MAB di MAB Academy Campus hari ini. - BERNAMA

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

KBS rancang perkenal inisiatif pemindahan bakat sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam usaha memastikan perjalanan bakat dipupuk sejak usia muda tidak terhenti pada satu jenis sukan sahaja.

Program RTG: Hannah akan jumpa Zii Jia, Sze Fei-Nur Izzuddin
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata perbincangan itu dijangka dibuat bermula bulan hadapan.

KBS galakkan generasi muda terlibat aktiviti kesukarelawan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyasarkan penglibatan generasi muda berumur 13 hingga 30 tahun pada sambutan hari Kesukarelawanan Belia Malaysia 2024 (HKBM 2024) pada Sabtu.

KBS tunggu pengesahan rasmi kerajaan Johor jadi tuan rumah bola sepak Sukan SEA 2027
KBS sedang menunggu pengesahan rasmi daripada kerajaan Johor untuk menjadi penganjur bersama Sukan SEA 2027 bagi sukan bola sepak.

Enam lagi sukan dapat dana tambahan bagi pembangunan bakat baharu
Sukan terjun, badminton, berbasikal, skuasy, renang dan olahraga diumumkan sebagai penerima dana itu.

Lebih RM400,000 untuk pembangunan sukan wusyu tahun ini - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Majlis Sukan Negara (MSN) memperuntukkan dana berjumlah RM492,460 untuk pembangunan sukan wusyu pada tahun ini.

KBS pertimbang perkenalkan kod tatakelakuan bagi atlet
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mempertimbangkan untuk memperkenalkan kod tatakelakuan bagi atlet pada masa depan.

KBS terus perkasa TVET Sukan, hasrat lahir lebih ramai tenaga mahir
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan terus memperkasakan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Sukan dalam usaha menghasilkan lebih ramai tenaga mahir dalam industri sukan tanah air.

Persatuan sukan diminta wujudkan akaun khas untuk mudahkan pengurusan dana - Hannah
Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK) yang belum mempunyai akaun khas diminta supaya segera berbuat demikian bagi membolehkan pengurusan dana dilaksanakan dengan teratur.

KBS sedia bekerjasama dengan kerajaan negeri anjur LTdL tahun depan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengalu-alukan kerjasama dengan kerajaan negeri bagi penganjuran kejohanan berbasikal lebuh raya Le Tour de Langkawi (LTdL) tahun depan.