PUTRAJAYA: Seorang peserta Felo Perdana tahun ini yang ditempatkan di Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan ditamatkan penglibatannya dalam program itu kerana mengemukakan sijil tidak tulen.
Menurut Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam satu kenyataan, pelajar universiti awam di ibu negara itu telah menyenaraikan beberapa pencapaian semasa permohonan program berkenaan, namun semakan lanjut mendapati sijil yang dikemukakan bagi satu pencapaian yang disenaraikan adalah tidak tulen.
"Justeru berkaitan isu ini, beliau akan ditamatkan daripada menyertai program Felo Perdana kerana telah melanggar terma perjanjian program," menurut kenyataan itu yang dikeluarkan semalam susulan tular isu berkaitan peserta Felo Perdana terbabit.
Warga siber mempersoalkan pemilihan seorang Felo Perdana di MITI yang dikatakan terpalit isu kontroversi selain menyenaraikan pencapaian yang meragukan.
Program Felo Perdana merupakan program pementoran dan latihan amali yang bermatlamat melahirkan belia berdaya saing dan memahami sistem pentadbiran negara.
Sejak diperkenalkan pada 2013, program itu telah melatih 763 belia terdiri daripada lepasan dan penuntut institut pengajian tinggi.
Bagi edisi 2023, seramai 56 orang telah dipilih dan berkhidmat mulai 23 Ogos hingga 31 Disember ini.
Kesemua mereka telah melalui sesi orientasi pada 20 hingga 22 Ogos lepas di Institut Semarak Felda, Bangi.
Selain itu, menurut KBS individu berkenaan akan ditawarkan untuk mengikuti sesi kaunseling.
"Pada masa yang sama, KBS akan memulakan siasatan untuk memastikan pelaksanaan program ini dikukuhkan lagi pada masa hadapan.
"KBS sentiasa mendukung usaha kerajaan dalam terus memantapkan tatakelola yang baik dalam semua program kerajaan dan tidak akan berkompromi dengan sebarang ketirisan dalam hal ini," katanya.
Menurut kementerian itu pengambilan semua peserta Felo Perdana telah melalui prosedur yang ditetapkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) dan tapisan keselamatan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 13 2023
![KBS tamatkan penglibatan peserta Felo Perdana kemuka sijil tidak tulen KBS tamatkan penglibatan peserta Felo Perdana kemuka sijil tidak tulen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-07/51594638210_KBSLogoKBS.jpg)
Menurut KBS, pengambilan semua peserta Felo Perdana telah melalui prosedur yang ditetapkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negara dan tapisan keselamatan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia.
![Wanita selamatkan budak lemas digelar 'Mask Qipao Superwoman' Wanita selamatkan budak lemas digelar 'Mask Qipao Superwoman'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739927281_TBMaskQipao.jpg)
Wanita selamatkan budak lemas digelar 'Mask Qipao Superwoman'
Tindakannya yang pantas dan berani menjadikannya sensasi di media sosial dengan gelaran 'Mask Qipao Superwoman'.
AWANI Pagi: One Cent Thief Kembali Dengan Isu Lebih Kompleks, Mendebarkan
Berikutan kejayaan pada tahun 2022 dan pujian meluas daripada penonton tempatan, Astro terus memperkasa industri hiburan Malaysia dengan tayangan perdana "One Cent Thief" Musim Kedua. Saksikan perkongsian lanjut dalam #AWANIPagi
![PGA gagalkan cubaan seludup hampir 88,000 kelapa di Tumpat PGA gagalkan cubaan seludup hampir 88,000 kelapa di Tumpat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739925550_tbOPTARINGKelanta.jpg)
PGA gagalkan cubaan seludup hampir 88,000 kelapa di Tumpat
Lima lelaki tempatan berumur 26 hingga 43 tahun yang dipercayai menjadi penghantar kelapa itu ke negara jiran, turut ditahan.
Jack Ma buat kemunculan semula, jadi pemacu China?
Jack Ma kembali ke pentas korporat selepas bertahun-tahun menjauhi perhatian umum, menandakan pemulihan hubungannya dengan Beijing. Kemunculannya dalam pertemuan bersama Presiden Xi Jinping memberi isyarat penting kepada sektor swasta China yang kini diharap membantu pemulihan ekonomi negara.
Belanjawan Singapura: Pelbagai bantuan atasi inflasi, pertumbuhan jadi tumpuan
Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Singapura, Lawrence Wong hari ini membentangkan Penyata Belanjawan 2025 republik itu yang bertujuan untuk memajukan agenda Forward Singapore.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [19 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
-Sultan Selangor titah ADUN fokus perkara penting
-MOF yakin usaha transformasi MAHB akan membuahkan hasil
-Carcosa Seri Negara bakal berwajah baharu menjelang Julai
-Sultan Selangor titah ADUN fokus perkara penting
-MOF yakin usaha transformasi MAHB akan membuahkan hasil
-Carcosa Seri Negara bakal berwajah baharu menjelang Julai
![[KOLUMNIS] Suara emas juruhebah radio semakin tenggelam [KOLUMNIS] Suara emas juruhebah radio semakin tenggelam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739925967_TBgenerikdeejayrad.jpg)
[KOLUMNIS] Suara emas juruhebah radio semakin tenggelam
Juruhebah radio tidak lagi dipilih dalam kalangan individu yang berilmu pengetahuan, bakat celoteh yang bijak dan mutu kawalan suara yang terbaik.
![Tiga yang maut pada konsert ambang tahun baharu disahkan akibat dadah - Polis Tiga yang maut pada konsert ambang tahun baharu disahkan akibat dadah - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737113737_KetuaPolisSelangor.jpg)
Tiga yang maut pada konsert ambang tahun baharu disahkan akibat dadah - Polis
Ia berdasarkan laporan patologi diterima dan pihak polis masih menunggu laporan seorang lagi mangsa untuk melengkapkan siasatan.
![ACLE: Ucapan TMJ dalam bilik persalinan bikin meremang bulu roma! ACLE: Ucapan TMJ dalam bilik persalinan bikin meremang bulu roma!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739924425_tbJDTACLEpusinga.jpg)
ACLE: Ucapan TMJ dalam bilik persalinan bikin meremang bulu roma!
Laungan nama 'TMJ' turut bergema di SSI selepas juara liga super 10 kali berturut-turut itu melakar kemenangan bergaya.
![Tikam isteri kerana tak dapat duit beli rokok Tikam isteri kerana tak dapat duit beli rokok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739921432_tbmenikamisteri.jpg)
Tikam isteri kerana tak dapat duit beli rokok
Pihak berkuasa kini sedang melakukan siasatan lanjut ke atas Onal dan beberapa saksi di lokasi kejadian.
![KBS tamatkan penglibatan peserta Felo Perdana kemuka sijil tidak tulen KBS tamatkan penglibatan peserta Felo Perdana kemuka sijil tidak tulen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-07/51594638210_KBSLogoKBS.jpg)
KBS tamatkan penglibatan peserta Felo Perdana kemuka sijil tidak tulen
Pelajar itu telah menyenaraikan beberapa pencapaian, namun sijil yang dikemukakan bagi satu daripadanya adalah tidak tulen.
![Felo Perdana platform terbaik belia selami budaya kerajaan peringkat tertinggi - PM Anwar Felo Perdana platform terbaik belia selami budaya kerajaan peringkat tertinggi - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71692773519_FeloPerdana.jpg)
Felo Perdana platform terbaik belia selami budaya kerajaan peringkat tertinggi - PM Anwar
Felo Perdana membolehkan belia untuk lebih memahami dasar kerajaan.
![Felo Perdana beri peluang belia fahami pentadbiran negara, tugas menteri Felo Perdana beri peluang belia fahami pentadbiran negara, tugas menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51657699723_TBISMAILSABRI.jpg)
Felo Perdana beri peluang belia fahami pentadbiran negara, tugas menteri
Sebelum menyertai Program Felo Perdana itu, ada yang mempunyai pelbagai persepsi terhadap orang politik dan menteri.
![Ramai Felo Perdana berjaya dalam sektor awam, swasta dan politik Ramai Felo Perdana berjaya dalam sektor awam, swasta dan politik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/51634115330_PerdanaMenteriDatu.jpg)
Ramai Felo Perdana berjaya dalam sektor awam, swasta dan politik
Perdana Menteri menyifatkan program Felo Perdana memberi manfaat besar apabila ramai pesertanya berjaya dalam sektor awam, swasta mahupun politik.
![Wujud peluang untuk mengubah ekonomi ketika krisis - PM Wujud peluang untuk mengubah ekonomi ketika krisis - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/81614486507_PMkomunit.jpg)
Wujud peluang untuk mengubah ekonomi ketika krisis - PM
Untuk menamatkan ketidaksamarataan jangka panjang, perhatian perlu diberikan kepada isu asasnya iaitu peluang yang tidak sama rata
![Peserta Felo Perdana bersama kerajaan perangi COVID-19, pulihkan ekonomi - Muhyiddin Peserta Felo Perdana bersama kerajaan perangi COVID-19, pulihkan ekonomi - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/71594190860_feloperdana.jpg)
Peserta Felo Perdana bersama kerajaan perangi COVID-19, pulihkan ekonomi - Muhyiddin
Edisi ke-8 Felo Perdana menyaksikan 82 orang telah terpilih daripada keseluruhan 600 permohonan.
![Belia menongkah cabaran pasca pandemik COVID-19 Belia menongkah cabaran pasca pandemik COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/61593790122_belia.jpg)
Belia menongkah cabaran pasca pandemik COVID-19
Ketika ini, pengaruh kapitalisme yang menjadi asas ekonomi global menjadikan segalanya perlu didasarkan dengan materialisme.
![Felo Perdana saluran terbaik pemerkasaan dua hala belia dan kerajaan Felo Perdana saluran terbaik pemerkasaan dua hala belia dan kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/41523347169_Feloperdana.jpg)
Felo Perdana saluran terbaik pemerkasaan dua hala belia dan kerajaan
Promosi Program Felo Perdana telah giat dijalankan di universiti-universiti tempatan bagi membuka peluang kepada pelajar IPT mengenali program ini dengan lebih mendalam.
![Felo Perdana: Masa untuk buka mata anak muda - PM Felo Perdana: Masa untuk buka mata anak muda - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-07/81499855628_FeloPerdana.jpg)
Felo Perdana: Masa untuk buka mata anak muda - PM
Program Felo Perdana edisi kelima menjadi platform terbaik melatih generasi muda terbabit secara langsung dengan golongan pembuat dasar kerajaan.
![Program Felo Perdana beri peluang keemasan lihat pentadbiran negara - PM Najib Program Felo Perdana beri peluang keemasan lihat pentadbiran negara - PM Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-07/81499844158_NajibAbdRazak.jpg)
Program Felo Perdana beri peluang keemasan lihat pentadbiran negara - PM Najib
Program Felo Perdana memberi peluang keemasan kepada generasi muda melihat sendiri kerumitan mentadbir negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.