SHAH ALAM: KDEB Waste Management Sdn Bhd (KDEBWM), syarikat milik penuh kerajaan Selangor menjangkakan akan menyelesaikan masalah sampah pukal pasca banjir di Taman Sri Muda, Seksyen 25, di sini, dalam tempoh seminggu.
Pengurus Besar Perkhidmatan Korporat KDEBWM Ahmad Rizal Mohd Daud berkata sehubungan itu, penduduk diharap bersabar dan bekerjasama bagi melancarkan operasi pungutan sampah dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta Bumi Segar Indah Sdn Bhd itu.
"Kita akan pastikan setiap kawasan yang kita masuk itu (untuk kutipan sampah), kita selesaikan satu persatu dan berharap (penduduk) bersabar.
"Sejak Rabu lepas, kita sudah kutip 400 tan sampah dan Khamis sebanyak 800 tan. Kita mengharapkan pemindahan sampah dari Stesen Pemindahan Sisa Pepejal Seksyen 21 ke Tapak Pelupusan Sanitari Jeram, Kuala Selangor dalam masa seminggu," katanya kepada pemberita selepas meninjau Stesen Pemindahan Sisa Pepejal Seksyen 21, di sini pada Jumaat.
Ahmad Rizal berkata Stesen Pemindahan Sisa Pepejal Seksyen 21 seluas 4.24 hektar merupakan tempat pengumpulan sampah sementara dari Shah Alam, Petaling Jaya dan Subang Jaya yang mempunyai 300 kakitangan termasuk pemandu lori, pengendali sampah dan pengawal trafik.
Beliau berkata KDEBWM memiliki 500 tong roro, 110 lori termasuk dua lori 44 tan dan lapan lori 10 tan serta akan menambah lima lori 44 tan dalam masa terdekat untuk membawa sampah ke Jeram.
"Kerjasama daripada semua pihak amat penting supaya dapat mepercepatkan pengumpulan sampah-sampah dari kawasan terjejas banjir supaya lori boleh membuat pusingan kutipan lebih kerap," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 24 2021

Pekarja melakukan kerja-kerja pembersihkan dan mengalihkan pokok yang tumbang di sebuah pangsapuri di Taman Sri Muda Seksyen 25, Shah Alam. - Foto fail/BERNAMA
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

MBPP bersihkan 4,440 kg sampah di sebuah rumah
Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengutip dan membersihkan 4,440 kilogram (kg) sampah sarap yang berpotensi menjadi pusat pembiakan serangga pembawa penyakit, di sebuah rumah di daerah Barat Daya.

Urus 'sampah' jadi duit dengan Pusat Komuniti Sifar Sisa
Di pusat KOSIS, petugas akan menerima sisa pepejal itu dan menimbangnya bagi menentukan jumlah yang perlu dibayar.

Sampah dibuang merata 'kembali' ke rumah tuannya
Penduduk sekitar mengetahui alamat pelaku menerusi sepucuk surat yang tertera maklumatnya yang turut dibuang bersama sampah-sampah yang lain.

Lokasi 'hotspot' sampah haram, jadi taman mini - Datuk Bandar
Menurut Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin, kawasan di Hala Rapat Baru itu pada asalnya merupakan 'hotspot' sampah haram.

Sampah bertimbun di Gaza timbulkan ancaman kesihatan
Membersihkan longgokan sampah di jalanan adalah sukar dan akses ke tapak pelupusan pula mustahil kerana ia berada di kawasan berbahaya.

Kuala Lumpur dicemari sampah ambang tahun baharu 2024
DBKL kesal susulan beberapa lokasi yang menjadi tumpuan sambutan tahun baharu 2024 di Kuala Lumpur dicemari sampah yang bertaburan.

Masalah sampah hantui penduduk Pulau Redang
Masalah sama pernah berlaku beberapa kali sebelum ini, tetapi berjaya diselesaikan dalam tempoh beberapa bulan.

Alam Flora jangka kumpul 10 tan sampah pada sambutan Hari Kebangsaan
Sebanyak 125 pekerja bersedia menjalankan tugas pembersihan seawal 5 pagi untuk memastikan kawasan sekitar kekal bersih.

Terowong pejalan kaki Medan Kidd 'terkubur', dipenuhi sampah sarap?
Keadaan kini sangat kotor, tidak terjaga dan dipenuhi sampah sarap selain tidak lagi digunakan dan ditutup bagi tujuan keselamatan.

Kualiti air Sungai Klang bertambah baik, jumlah sampah dikeluarkan catat penurunan
Kualiti air Sungai Klang yang sebelum ini di kelas empat dan lima, kini mencapai kelas tiga serta mencecah kelas pertama pada musim hujan.