KUCHING: Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA) Sarawak menyambut baik Kod Etika Wartawan Malaysia yang dilancarkan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil hari ini.
Presiden KDJA, Ronnie Teo Teck Wei dalam kenyataannya, memaklumkan wartawan memainkan peranan dalam membentuk pendapat umum dan mempengaruhi pemahaman tentang sekeliling.
“Kuasa ini memerlukan etika yang kukuh, oleh itu pentingnya mematuhi kod etika.
“Kod Etika memberi penekanan pada semakan fakta, mengesahkan sumber dan mengelakkan kandungan yang mengelirukan atau rekaan yang sekali gus membina kepercayaan dan kredibiliti terhadap sama ada di Sarawak mahupun Malaysia amnya,” kata Ronnie dalam kenyataan yang dikeluarkan petang Selasa.
Menurutnya lagi, penyampaiam maklumat perlu seimbang dan tidak memihak walaupun semasa melaporkan isu rumit atau kontroversi.
“Kod etika tidak menggalakkan sensasi, agenda peribadi dan berat sebelah, bagi memastikan perspektif yang pelbagai.
“Menerusi kod etika juga membantu mengekalkan kepercayaan awam ini dengan meminta wartawan bertanggungjawab atas tindakan mereka, menggalakkan ketelusan, dan memastikan pematuhan kepada standard profesional terutamanya di Sarawak,” ujarnya.
Ronnie berharap semua wartawan di Sarawak akan menerima pakai dan mematuhi Kod Etika ini sebagai sebahagian daripada amalan dan profesionalisme.
Shafik Ahmad
Tue Feb 20 2024

Ronnie berharap semua wartawan di Sarawak akan menerima pakai dan mematuhi Kod Etika ini sebagai sebahagian daripada amalan dan profesionalisme. - Foto KDJA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Derma Arab Saudi tidak langgar kod etika - Najib
Najib berkata ia tidak melanggar sebarang peraturan yang termaktub di bawah Kod Etika Bagi Anggota Pentadbiran dan Ahli Parlimen.

KDJA Sarawak sambut baik Kod Etika Wartawan Malaysia
Jelas Presiden KDJA, Ronnie Teo Teck Wei penyampaian maklumat perlu seimbang dan tidak memihak walaupun semasa melaporkan isu rumit atau kontroversi.

MOSTI bangun kod etika, tadbir urus AI yang dijangka siap 2024
Kod etika serta tadbir urus itu akan menjadi asas kepada pengawalseliaan AI dalam negara dan dijangka siap pada 2024.

Laksana kod etika Ahli Parlimen antara tumpuan Wan Junaidi
Kod etika berkenaan penting memandangkan negara lain seperti India, Australia dan New Zealand juga mempunyai kod etika tertentu.

Pegawai, anggota polis disaran tidak main Tik Tok, cemar imej PDRM - KPN
Beliau berkata perbuatan seperti menari di dalam aplikasi berkenaan tidak "manis" dilakukan oleh seseorang pegawai mahupun anggota dalam sesebuah pasukan beruniform.

NUTP, NGO syor 23 kod etika ibu bapa, penjaga di institusi pendidikan
Syor untuk memelihara keharmonian ibu bapa, penjaga dan guru itu akan diserah kepada Kementerian Pendidikan untuk diselaraskan di semua institusi pendidikan.

FIFA dapati Presiden Kesatuan Bola Sepak Caribbean bersalah terima rasuah
Jawatankuasa Etika Bebas mendapati Derrick bersalah kerana menawarkan dan menerima hadiah atau faedah lain, menurut FIFA dalam satu kenyataan.