PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menyegerakan urusan bagi membuat satu pindaan pada Perlembagaan Persekutuan yang berkaitan dengan soal kewarganegaraan, kata Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau berkata ia merupakan keutamaan KDN, dan pada masa ini proses itu telah melepasi sesi perbincangan di peringkat Jemaah Menteri serta telah dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja.
"Sekarang dalam fine tuning ayat dan juga bahasa yang akan digunakan dalam penggubalan rang undang-undang (itu)," katanya ketika sesi penggulungan pada Kongres Nasional Tahunan PKR 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini semalam.
Sebelum ini KDN dilaporkan akan membuat keputusan muktamad sama ada pindaan peruntukan berkaitan kewarganegaraan itu akan dibuat kepada Perlembagaan Persekutuan, atau ia hanya akan melibatkan akta serta peraturan sedia ada.
Menyentuh mengenai sistem parol, perintah kehadiran wajib dan pembebasan berlesen kepada penghuni penjara, beliau yang juga Setiausaha Agung PKR berkata selain dapat mengurangkan kesesakan di penjara, program itu membuahkan hasil positif apabila hanya seorang daripada 800 banduan yang mengikutinya kembali ke penjara.
"Secara teknikalnya mereka adalah penghuni penjara, tetapi berada di luar (penjara) secara fizikal. (Menerusi kaedah ini), kita cari hampir 200 syarikat seperti Panasonic, SWCorp (Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam) untuk mereka bekerja. Kita akan luncurkan lebih banyak program seperti ini sebagai contoh ihsan kita terhadap penghuni penjara," katanya.
Dalam perkembangan lain, Saifuddin Nasution berkata satu lagi premis penempatan anak-anak pendatang tanpa izin akan dibuka di Papar, Sabah bulan depan sebagai prinsip ihsan kerajaan MADANI terhadap kanak-kanak yang ditinggalkan ibu bapa ketika operasi Jabatan Imigresen.
Pada 1 Nov lepas, beliau dilaporkan berkata sebahagian daripada kira-kira 1,000 tahanan kanak-kanak warga asing yang sebelum ini ditempatkan di 19 depoh imigresen di seluruh negara sudah dipindahkan ke pusat penempatan sementara dinamakan Baitul Mahabbah di Nilai, Negeri Sembilan.
Katanya pemindahan kanak-kanak daripada depoh imigresen itu adalah atas dasar kemanusiaan, selaras komitmen kerajaan dalam melindungi hak kanak-kanak tanpa mengira status seperti dinyatakan dalam Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611) dan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC).
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 26 2023
Saifuddin Nasution berkata satu lagi premis penempatan anak-anak pendatang tanpa izin akan dibuka di Papar, Sabah bulan depan sebagai prinsip ihsan kerajaan MADANI. - Gambar fail
Akauntan warga emas rugi RM460,888 terpedaya pelaburan bitcoin
Seorang warga emas berputih mata apabila kerugian RM460,888 selepas terpedaya pelaburan bitcoin yang menjanjikan pulangan lumayan.
Pemukiman AMM Langkawi corakan hala tuju Kepengerusian ASEAN 2025
Permukiman Menteri Luar ASEAN (AMM) yang akan berlangsung hari ini bakal mencorakkan hala tuju Kepengerusian ASEAN sepanjang tahun ini.
Astro menang lima anugerah Putra Brand Awards 2024
Astro merangkul lima anugerah dalam majlis berprestij, Putra Brand Awards 2024 dengan mengungguli kategori Rangkaian Media.
Trump bincang hubungan dengan Presiden China Xi melalui telefon
"Presiden Xi dan saya akan melakukan segala yang mungkin untuk menjadikan dunia lebih aman dan selamat!"kata Trump.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [18 Januari 2025]
Antara fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
ASEAN 2025: Kepengerusian Malaysia bermula dengan Pemukiman Menteri-Menteri Luar
Cadangan pelaksanaan WBB dibincangkan dalam pemukiman KKM
Ketidakpastian selubungi perjanjian gencatan senjata di Gaza
ASEAN 2025: Kepengerusian Malaysia bermula dengan Pemukiman Menteri-Menteri Luar
Cadangan pelaksanaan WBB dibincangkan dalam pemukiman KKM
Ketidakpastian selubungi perjanjian gencatan senjata di Gaza
Pembinaan semula Gaza dijangka 1 trilion dolar - PM Anwar
Inisiatif Jepun untuk membantu pemulihan Gaza dibincangkan semasa lawatan Shigeru Ishiba ke Malaysia awal bulan ini.
Kabinet Israel lulus perjanjian gencatan senjata
Laporan media menyatakan 24 menteri dalam kerajaan gabungan Netanyahu menyokong perjanjian itu, manakala lapan lagi menolaknya.
Bekas PM Kemboja Hun Sen jamin beri sokongan diplomatik untuk AIPA ke-46 di Kuala Lumpur
Johari Abdul yang sedang dalam misi diplomatik dua hari ke Kemboja mengadakan perbincangan pada Jumaat dengan Hun Sen.
PM Anwar sambung lawatan kerja ke Belgium dua hari
Lawatan pertama PM ke negara tersebut diadakan bagi mengukuh hubungan Malaysia dengan Belgium dan Kesatuan Eropah (EU).
Perkembangan banjir di lima negeri yang masih terjejas
Jumlah Mangsa banjir di lima negeri mencatatkan seramai 806 mangsa daripada 152 keluarga, setakat jam 6 pagi, pada Sabtu.
Menteri Kabinet sambut baik pindaan Perlembagaan Persekutuan berhubung kewarganegaraan
Pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan berkaitan kewarganegaraan disifatkan satu detik bersejarah buat negara.
Kewarganegaraan: Ahli Parlimen sokong syarat pengetahuan Bahasa Melayu
Setiap rakyat perlu memahami dan menguasai bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Pindaan berhubung kewarganegaraan bukti kesungguhan kerajaan MADANI lakukan reformasi
Usaha meminda Perlembagaan Persekutuan berhubung kewarganegaraan mencerminkan kesungguhan politik Kerajaan MADANI untuk melakukan reformasi.
PN gesa RUU Perlembagaan berkaitan kewarganegaraan dibentang semula
PN mendakwa pembentangan RUU Perlembagaan (Pindaan) 2024 berhubung kewarganegaraan yang dibuat sebelum ini sebagai tidak sah dan terbatal.
Kewarganegaraan: Kaji, tangguh pindaan Seksyen 1(a) dan Seksyen 2(3) - MCRA
MCRA memohon kerajaan membuat kajian terperinci atau menangguhkan terlebih dahulu pindaan beberapa peruntukan mengenai kewarganegaraan.
Kewarganegaraan: KDN sudah buat keputusan 3,903 permohonan
Kementerian Dalam Negeri telah membuat keputusan terhadap 3,903 permohonan taraf kewarganegaraan membabitkan individu bawah 21 tahun setakat 7 Mac.
KDN akan segerakan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan kewarganegaraan
Pada masa ini proses itu telah melepasi sesi perbincangan di peringkat Jemaah Menteri serta dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja.
KDN tidak terikat luluskan setiap permohonan kewarganegaraan
Shamsul Anuar berkata, tiada tempoh masa tertentu yang ditetapkan bagi pengeluaran keputusan, dan ia berbeza-beza mengikut keperluan kes
Isu kewarganegaraan: Pindaan pada perlembagaan atau mungkin pada akta lain
Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan tiga jalur mendapatkan kewarganegaraan - penguatkuasaan undang-undang, pendaftaran dan naturalisasi menerusi Perkara 14,15, 16,19 dan 30.
Sebanyak 9,539 permohonan kewarganegaraan sudah dipertimbang - Saifuddin
Sebanyak 9,539 permohonan kewarganegaraan telah dipertimbang Kementerian Dalam Negeri (KDN) setakat September lalu, kata Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.