Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil perhatian terhadap beberapa keperluan peruntukan Jabatan Penjara Negeri Sabah dalam usaha meningkatkan keselamatan dan kecekapan operasi jabatan itu yang kini menampung kira-kira 7,800 banduan.
Timbalan Menterinya Datuk Azis Jamman berkata jabatan itu memerlukan peruntukan secukupnya bagi menampung kapasiti banduan yang ramai dengan kos makanan bagi banduan dianggarkan menelan perbelanjaan RM9.5 juta sebulan.
"Jabatan penjara Sabah sepatutnya menampung kira-kira 5,000 banduan, tetapi sekarang (jumlah banduan) sudah lebih 7,000 dan ini bermakna penjara Sabah menampung lebihan kapasiti seramai 2,000 banduan. Kos makan bagi setiap banduan adalah RM35 hingga RM41 sehari.
"Perkara (lebihan kapasiti banduan) ini harus diberi perhatian di peringkat kementerian dan kerajaan," katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat Kompleks Penjara Kota Kinabalu di sini, pada Sabtu.
Azis berkata meskipun kerajaan berdepan dengan kekangan kewangan dan perlu melakukan penjimatan ketika ini, namun, perkara membabitkan keselamatan tidak boleh dikompromi, apatah lagi, jabatan penjara Sabah mengalami kekurangan kakitangan selain peralatan persenjataan tidak mencukupi.
Beliau berkata kementeriannya juga berharap projek pembinaan sebuah penjara di Lahad Datu yang mencatat kemajuan kerja tiga peratus ketika ini akan diteruskan sebagai usaha menyelesaikan masalah kesesakan di penjara pada masa akan datang.
Dalam perkembangan berkaitan, Azis berkata kuarters kediaman kakitangan jabatan penjara Sabah juga perlu dinaik taraf demi keselesaan mereka.
Azis berkata beliau juga akan membawa isu bantuan insentif khas kakitangan penjara ke perhatian kementerian untuk diteliti dan dipertimbangkan sama ada perlu diseragamkan dengan jumlah bantuan insentif khas seperti diterima badan beruniform lain.
"Saya difahamkan bantuan insentif khas bagi anggota polis dan bomba ialah RM200 sebulan manakala kakitangan penjara RM150 sebulan," katanya.
Ketika ini ada 15,700 pegawai penjara di seluruh negara, dan 1,800 daripadanya adalah pegawai penjara yang berkhidmat di Sabah.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 17 2018
![KDN ambil perhatian keperluan peruntukan Jabatan Penjara Sabah - Azis Jamman KDN ambil perhatian keperluan peruntukan Jabatan Penjara Sabah - Azis Jamman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/51536038830_AZISJAMMAN.jpg)
AZIS: Jabatan penjara Sabah sepatutnya menampung kira-kira 5,000 banduan, tetapi sekarang (jumlah banduan) sudah lebih 7,000. - Gambar fail
![PERKESO Terengganu bayar RM23.4 juta faedah kepada pencarum tahun lepas PERKESO Terengganu bayar RM23.4 juta faedah kepada pencarum tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51735803655_PERKESOperkesolog.jpg)
PERKESO Terengganu bayar RM23.4 juta faedah kepada pencarum tahun lepas
PERKESO Terengganu telah membuat pembayaran faedah kepada OB dan waris kira-kira RM23.4 juta melibatkan 5,858 kes sepanjang tahun lepas.
![Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736805702_Asean.jpg)
Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan
Pertumbuhan itu dilihat menawarkan peluang besar bagi inovasi, daya tahan dan penyelesaian sektor swasta yang merentas industri.
![Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739288912_TBAbdulHamid.jpg)
Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah
MAINPP akan mewujudkan Endowment Chair Professor Al-Azhar dalam bidang syariah bagi tujuan kerjasama penyelidikan isu fikah dan syariah.
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
![Armizan tiada masalah debat dengan Azis Jamman Armizan tiada masalah debat dengan Azis Jamman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71688698364_AzisJamman.jpg)
Armizan tiada masalah debat dengan Azis Jamman
Katanya, debat berkaitan isu JKK MA63 harus menerusi platfom secara bersemuka bagi memastikan ia berlangsung dengan adil.
![Pembentukan Kabinet: Semua pihak perlu hormati keputusan PM - Warisan Pembentukan Kabinet: Semua pihak perlu hormati keputusan PM - Warisan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61670067938_TBazisjamman.jpg)
Pembentukan Kabinet: Semua pihak perlu hormati keputusan PM - Warisan
Semua pihak perlu menghormati barisan Kabinet Kerajaan Malaysia yang dibentuk oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Azis Jamman sokong tindakan SLS, akan bawa isu geran khas Sabah ke Dewan Rakyat Azis Jamman sokong tindakan SLS, akan bawa isu geran khas Sabah ke Dewan Rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-07/41562347101_JPN.jpg)
Azis Jamman sokong tindakan SLS, akan bawa isu geran khas Sabah ke Dewan Rakyat
Datuk Azis Jamman akan membawa pemberian khas 40 peratus kepada Sabah ke Sidang Dewan Rakyat Julai depan.
![Azis Jamman dipanggil polis, Ahli Parlimen pembangkang bangkit peraturan mesyuarat Azis Jamman dipanggil polis, Ahli Parlimen pembangkang bangkit peraturan mesyuarat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-04/81556082070_TBazisjammanx.jpg)
Azis Jamman dipanggil polis, Ahli Parlimen pembangkang bangkit peraturan mesyuarat
Ahli-ahli Parlimen pembangkang tidak faham kenapa hak dan keistimewaan Ahli Parlimen semasa berucap di Parlimen diremehkan.
![Azis Jamman 'amuk', dedah helah perbelanjaan di Sabah Azis Jamman 'amuk', dedah helah perbelanjaan di Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/51636450948_AzisJamman.jpg)
Azis Jamman 'amuk', dedah helah perbelanjaan di Sabah
Azis Jamman menyenaraikan peruntukan yang tidak digunakan sewajarnya termasuk melibatkan projek bekalan air bersih, elektrik dan jalan raya.
!['Kerjasama Warisan-PBS hanya andaian penyokong' 'Kerjasama Warisan-PBS hanya andaian penyokong'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/81599101437_JPN.jpg)
'Kerjasama Warisan-PBS hanya andaian penyokong'
Azis berkata isu itu timbul selepas temu ramah menerusi satu forum melibatkan Datuk Darell Leiking dan Datuk Seri Bung Moktar Radin sebagai panel.
!['Kita Unite' mahu promosikan kesatuan dalam blok pembangkang - Azis Jamman 'Kita Unite' mahu promosikan kesatuan dalam blok pembangkang - Azis Jamman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/71609486500_politikbaharu.jpg)
'Kita Unite' mahu promosikan kesatuan dalam blok pembangkang - Azis Jamman
Gerakan 'Kita Unite' yang disertai 11 ahli parlimen pembangkang adalah untuk mempromosikan kesatuan (unity) dalam kalangan pemimpin blok itu.
![Sabah Memilih: Shafie ada resipi terbaik agih kerusi dalam kalangan muka baharu Sabah Memilih: Shafie ada resipi terbaik agih kerusi dalam kalangan muka baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-08/51596432219_ShafieeWarisan.jpg)
Sabah Memilih: Shafie ada resipi terbaik agih kerusi dalam kalangan muka baharu
Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan mengumumkan jumlah pengagihan kerusi di antara rakan sekutu dalam tempoh terdekat ini.
![Pemimpin Wirawati Warisan Sepanggar keluar parti, dakwa 9 cawangan ditutup Pemimpin Wirawati Warisan Sepanggar keluar parti, dakwa 9 cawangan ditutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/51592784003_RaisaAbdGhaffurWari.jpg)
Pemimpin Wirawati Warisan Sepanggar keluar parti, dakwa 9 cawangan ditutup
Ketua Wirawati Warisan Sepanggar Raisa Abd Ghaffur juga mendakwa keputusan itu menyebabkan sembilan daripada 81 cawangan di cabang berkenaan ditutup.
![Pindaan SOSMA bukan dalam sidang Parlimen kali ini - Azis Jamman Pindaan SOSMA bukan dalam sidang Parlimen kali ini - Azis Jamman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/81556082070_TBazisjammanx.jpg)
Pindaan SOSMA bukan dalam sidang Parlimen kali ini - Azis Jamman
Pindaan kepada Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) tidak akan dibentangkan dalam persidangan Dewan Rakyat kali ini