Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menggunakan pendekatan baharu dalam mengawal sempadan darat negara menerusi pelaksanaan pos kawalan Pasukan Gerakan Am (PGA) secara bergerak.
Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata ia merujuk kepada sempadan Malaysia-Indonesia di Sarawak terutama yang mempunyai banyak 'laluan tikus' dan sering berubah-ubah.
"Saya perhatikan apabila kita membina pos kawalan PGA di sesuatu kawasan sempadan yang mempunyai laluan masuk ke negara ini, tidak lama selepas itu akan wujud 'lorong tikus' baharu yang berubah mengikut kesesuaian pihak di sebelah sana.
"Jadi dengan pelaksanaan pos kawalan PGA secara bergerak ini, saya kira ia lebih mudah untuk pasukan keselamatan kita bergerak dan tentukan di mana pos kawalan bagi mengawal sempadan kita mengikut keadaan semasa," katanya pada sidang media selepas melawat Sub Taktikal PGA Teluk Melano yang terletak berhampiran sempadan Malaysia-Indonesia di sini pada Sabtu.
Beliau berkata kemudahan yang lebih baik untuk PGA di Teluk Melano akan dilaksana di tanah berkeluasan kira-kira empat hektar merangkumi sebuah bangunan, kuarters dan kemudahan jalan raya.
Hamzah juga berkata sebuah Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) akan dibina dan dijangka siap pada 2020 bagi melengkapi kawasan Teluk Melano yang mengalami transformasi berikutan terdapat akses Lebuhraya Pan Borneo yang bakal menjadi tumpuan kedua-dua negara selain merancakkan lagi sektor ekonomi di sini.
"Terdapat 21 jumlah keseluruhan projek yang telah dan akan dijalankan di Sarawak yang sudah melebihi RM700 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 dan semua projek itu akan siap menjelang tahun 2020 dan sesudah itu, lengkaplah perjanjian Kerajaan Persekutuan dengan Sarawak," katanya.
Beliau juga berkata dalam perbincangannya bersama Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg semalam, KDN akan meningkatkan keselamatan di pesisiran pantai Sarawak.
"Kita akan tengok secara terperinci cara untuk membantu industri perikanan Sarawak agar ia tidak diganggu oleh nelayan asing yang berjaya membolosi perairannya.
"Ini membuktikan bahawa Kerajaan Persekutuan sentiasa menitikberatkan Sarawak serta menunaikan janjinya apabila kita mengadakan perbincangan antara kerajaan negeri dan pusat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 18 2020

Anggota PGA memantau kawasan sempadan negara ketika Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin melawat Pos Sempadan (Subtek) yang menghubungkan antara Malaysia dengan Indonesia di Telok Melano pada Sabtu. - Gambar BERNAMA

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Nafi Titah Adendum penderhakaan besar kepada Raja dan Negara - Ketua Pembangkang
Isu Titah Adendum menjadi kepentingan awam dan rakyat mempersoalkan mengapakah ia tidak dilaksanakan, jika telah dizahirkan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16, sejak setahun lalu.

Mengenang Tun Daim: 'Allahyarham seorang negarawan, kami kenang legasinya' - Hamzah
Ahli Parlimen pembangkang menyifatkan Allahyarham Tun Daim Zainuddin yang meninggal dunia pagi tadi sebagai negarawan yang banyak berjasa kepada negara.

Pemilihan Bersatu: Rina Harun tarik diri bertanding Ketua Srikandi
Datuk Seri Rina Harun sah tidak mempertahankan jawatan Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada pemilihan parti itu bagi penggal 2024-2027.

Pembangkang boleh kemuka draf MoU baharu - TPM Fadillah
Pihak pembangkang boleh mengemukakan cadangan baharu atau maklum balas mengenai draf MoU peruntukan untuk Ahli Parlimen Pembangkang.

Isu peruntukan pembangkang, dana pembangunan: 'Lebih baik wujudkan undang-undang'
Manimaran berpendapat respons pembangkang terhadap MoU yang ditawarkan Kerajaan Perpaduan ketika ini bersifat politik semata-mata.

Tiada sebab untuk tolak MoU peruntukan pembangkang - Penganalisis
Kandungan Perjanjian Persefahaman (MoU) mengenai peruntukan pembangkang seperti yang didedahkan oleh Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof adalah seimbang.

Pembangkang tolak MoU Peruntukan Pembangkang dikemukakan Kerajaan
Penolakan itu dibuat atas empat sebab asas yang dikatakan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Enam ahli Bersatu diserahkan notis terhenti serta-merta hari ini
Hamzah dalam kenyataan hari ini berkata tindakan itu selaras dengan arahan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti yang bermesyuarat pada 7 Jun lepas.

Mesyuarat MPT: Status tujuh wakil Bersatu sokong PM sudah diputuskan
Status enam Ahli Parlimen dan seorang ADUN Bersatu yang berpaling tadah dengan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah diputuskan dalam mesyuarat MPT.

Tak boleh sokong PM: 10 ADUN Bersatu Perlis, Terengganu serah Surat Arahan MPT
Seramai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyerahkan Surat Arahan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT).