NILAI: Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah membuka penempatan sementara iaitu Baitul Mahabbah bagi kanak-kanak warga asing yang sebelum ini ditempatkan di depot imigresen, kata Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau berkata Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan menempatkan kanak-kanak berumur kurang 10 tahun di penempatan berkenaan, dan sebagai permulaan terdapat 23 kanak-kanak warga asing serta 10 penjaga terdiri daripada ibu kanak-kanak itu berada di pusat itu.
Katanya warga asing terlibat dalam inisiatif ini terdiri daripada kanak-kanak dan ibu kanak-kanak dari Depot Imigresen Bukit Jalil, Depot Imigresen Semenyih, Depot Imigresen KLIA dan Depot Imigresen Eco Millennium Beranang.
"Pada 22 Ogos lepas, KDN mengenal pasti premis ini untuk menempatkan kumpulan pertama iaitu 80 kanak-kanak... untuk rekod, terdapat 1,382 tahanan kanak-kanak berusia 18 tahun ke bawah dalam kategori dengan penjaga dan tanpa penjaga.
"Jumlah ini menjadi sasaran, agar kanak-kanak ini diberikan tempat perlindungan yang lebih ada ihsan dan manusiawi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Baitul Mahabbah di Premis Tadika Kompleks Kediaman Kakitangan Awam (KKKA), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.
Saifuddin berkata kanak-kanak yang ditempatkan itu akan berada di premis berkenaan sehingga urusan dokumentasi mereka selesai dan dihantar pulang ke negara asal.
Katanya pemindahan kanak-kanak dari depot imigresen itu adalah atas dasar kemanusiaan, selaras dengan komitmen kerajaan dalam melindungi hak kanak-kanak tanpa mengira status seperti yang dinyatakan dalam Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611) dan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC).
Beliau berkata 28 pegawai imigresen dibantu 22 anggota RELA, Penolong Pegawai Perubatan dari Kementerian Kesihatan (KKM) akan bertugas secara syif di pusat jagaan itu.
"Antara kemudahan yang disediakan di pusat jagaan ini ialah ruang pembelajaran, bilik pemeriksaan kesihatan dan rawatan serta taman permainan kanak-kanak," katanya.
Beliau berkata beberapa badan bukan kerajaan (NGO) turut berkerjasama memberikan sumbangan barangan keperluan asas seperti lampin pakai buang, pakaian, susu dan makanan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 04 2023
Saifuddin berkata kanak-kanak yang ditempatkan itu akan berada di premis berkenaan sehingga urusan dokumentasi mereka selesai dan dihantar pulang ke negara asal. - Gambar fail/BERNAMA
Akauntan warga emas rugi RM460,888 terpedaya pelaburan bitcoin
Seorang warga emas berputih mata apabila kerugian RM460,888 selepas terpedaya pelaburan bitcoin yang menjanjikan pulangan lumayan.
Pemukiman AMM Langkawi corakan hala tuju Kepengerusian ASEAN 2025
Permukiman Menteri Luar ASEAN (AMM) yang akan berlangsung hari ini bakal mencorakkan hala tuju Kepengerusian ASEAN sepanjang tahun ini.
Astro menang lima anugerah Putra Brand Awards 2024
Astro merangkul lima anugerah dalam majlis berprestij, Putra Brand Awards 2024 dengan mengungguli kategori Rangkaian Media.
Trump bincang hubungan dengan Presiden China Xi melalui telefon
"Presiden Xi dan saya akan melakukan segala yang mungkin untuk menjadikan dunia lebih aman dan selamat!"kata Trump.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [18 Januari 2025]
Antara fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
ASEAN 2025: Kepengerusian Malaysia bermula dengan Pemukiman Menteri-Menteri Luar
Cadangan pelaksanaan WBB dibincangkan dalam pemukiman KKM
Ketidakpastian selubungi perjanjian gencatan senjata di Gaza
ASEAN 2025: Kepengerusian Malaysia bermula dengan Pemukiman Menteri-Menteri Luar
Cadangan pelaksanaan WBB dibincangkan dalam pemukiman KKM
Ketidakpastian selubungi perjanjian gencatan senjata di Gaza
Pembinaan semula Gaza dijangka 1 trilion dolar - PM Anwar
Inisiatif Jepun untuk membantu pemulihan Gaza dibincangkan semasa lawatan Shigeru Ishiba ke Malaysia awal bulan ini.
Kabinet Israel lulus perjanjian gencatan senjata
Laporan media menyatakan 24 menteri dalam kerajaan gabungan Netanyahu menyokong perjanjian itu, manakala lapan lagi menolaknya.
Bekas PM Kemboja Hun Sen jamin beri sokongan diplomatik untuk AIPA ke-46 di Kuala Lumpur
Johari Abdul yang sedang dalam misi diplomatik dua hari ke Kemboja mengadakan perbincangan pada Jumaat dengan Hun Sen.
PM Anwar sambung lawatan kerja ke Belgium dua hari
Lawatan pertama PM ke negara tersebut diadakan bagi mengukuh hubungan Malaysia dengan Belgium dan Kesatuan Eropah (EU).
Perkembangan banjir di lima negeri yang masih terjejas
Jumlah Mangsa banjir di lima negeri mencatatkan seramai 806 mangsa daripada 152 keluarga, setakat jam 6 pagi, pada Sabtu.
Dua lagi Baitul Mahabbah bakal dibuka
Kerajaan akan membuka dua lagi pusat jagaan Baitul Mahabbah yang dikendalikan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) khusus untuk kanak-kanak warga asing berumur di bawah 10 tahun.
Kanak-kanak warga asing: Baitul Mahabbah kedua dibuka di Sabah November
Penempatan khas sementara kanak-kanak warga asing seliaan Jabatan Imigresen atau dikenali sebagai Baitul Mahabbah, yang kedua akan dibuka di Sabah pada November ini.
KPWKM sedia bantu lancarkan Baitul Mahabbah
KPWKM sedia bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk membantu melancarkan inisiatif penempatan sementara Baitul Mahabbah bagi kanak-kanak warga asing.
KDN buka Baitul Mahabbah, pusat perlindungan sementara kanak-kanak warga asing
Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah membuka penempatan sementara iaitu Baitul Mahabbah bagi kanak-kanak warga asing yang sebelum ini ditempatkan di depot imigresen.