SHAH ALAM: Intitusi pengajian tinggi digalakkan menganjurkan program atau simposium berteraskan kesedaran keselamatan awam supaya dapat memberi impak positif kepada peningkatan kesedaran itu dalam kalangan masyarakat, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah.
Beliau berkata, usaha itu penting dalam memastikan pemupukan budaya keamanan, toleransi seterusnya menggalakkan perpaduan sosial dengan menolak keganasan serta ekstremisme.
Menurutnya, jenayah rentas sempadan seperti ancaman ideologi dan fahaman yang bertentangan dengan agama, radikalisme, pengubahan wang haram, budaya songsang dan jenayah terancang terus menjadi cabaran utama yang boleh mengancam kestabilan serta keselamatan negara jika tidak ditangani sebaiknya.
"Sebab itu saya yakin program seumpama ini bakal menambah lagi penglibatan rakyat terutamanya dalam kalangan mahasiswa yang menjadi ejen kepada pergerakan ini (kesedaran keselamatan awam). Seterusnya, kita berupaya memberi hasil yang signifikan dan menyebarluaskan peranan setiap lapisan masyarakat terhadap kepentingan keselamatan.
"KDN (Kementerian Dalam Negeri) sangat mengalu-alukan perkara ini (program atau simposium sebegitu) dan kita harap universiti lain turut mengikuti seperti yang dibuat oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM)," katanya berucap merasmikan program Simposium Kesedaran Keselamatan Awam 2024 UiTM, di UiTM Shah Alam, pada Selasa.
Shamsul Anuar berkata, simposium seperti itu merupakan platform yang bagus untuk berkongsi pandangan, menyelaras usaha dan merancang strategi lebih baik serta berganding bahu untuk masa depan masyarakat yang lebih selamat.
Program yang dianjurkan Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UiTM dan Akademik Kepolisan UiTM-PDRM (AKP) dan disertai 300 mahasiswa itu, diadakan bagi memberi kesedaran dan pendedahan kepada masyarakat tentang isu semasa keselamatan selain sebagai platform untuk berkongsi isu terkini berkaitan keselamatan awam. - BERNAMA
Bernama
Tue Jan 09 2024

Shamsul Anuar berkata, usaha itu penting dalam memastikan pemupukan budaya keamanan, toleransi seterusnya menggalakkan perpaduan sosial dengan menolak keganasan serta ekstremisme. - Gambar Bernama

9,500 rakyat Palestin masih ditahan di penjara Israel
3,405 rakyat Palestin ditahan tanpa tuduhan atau perbicaraan di bawah dasar kontroversi Israel yang dikenali sebagai tahanan pentadbiran.

Batik Air tawar penerbangan tambang tetap ke Sabah, Sarawak sempena Aidilfitri
Loke berkata inisiatif berkenaan menyediakan pilihan perjalanan yang adil, telus dan berpatutan semasa kemuncak waktu perayaan.

D'Tandoor, MAHAR umum kerjasama jangka panjang usaha kemanusiaan Gaza
Kerjasama itu bertujuan meringankan penderitaan rakyat Gaza dengan menyediakan bantuan makanan, ubat-ubatan dan keperluan asas.

Kerajaan pertimbang pembenihan awan alternatif padam kebakaran ladang kelapa
Bagaimanapun, usaha itu bergantung kepada keperluan dan cuaca selain perlu bincang lebih dulu dengan METMalaysia dan JBPM.

Ibu nekad redah banjir bersama bayi berusia 21 hari
Nur Hijrah yang memiliki tiga anak berkata dia menganggap banjir yang berlaku sebagai ujian terutama pada Ramadan.

UK tarik balik sekatan ke atas bank pusat Syria, firma petroleum
Pejabat luar Britain tidak memberikan alasan mengenai penghapusan sekatan itu dan tidak segera memberi respons kepada permintaan untuk komen.
Tiada ‘gunung sampah’ di New Delhi menjelang 2026
Ibu negara India, New Delhi, berjanji untuk membersihkan satu daripada tapak timbunan sampah terbesarnya menjelang 2026, sebagai sebahagian daripada rancangan untuk menghapuskan tapak pelupusan yang mencacatkan pemandangan bandar raya itu.
Kanada akan terus berdepan perang perdagangan dengan AS
Kanada akan terus terlibat dalam perang perdagangan dengan Amerika Syarikat menurut Perdana Menteri Justin Trudeau pada Khamis.
Trudeau menyatakan bahawa Kanada akan terus berunding dengan pegawai kanan pentadbiran Trump berkenaan tarif yang dikenakan Washington terhadap import dari Kanada.
Trudeau menyatakan bahawa Kanada akan terus berunding dengan pegawai kanan pentadbiran Trump berkenaan tarif yang dikenakan Washington terhadap import dari Kanada.

Mohamad Hasan tiba di Jeddah untuk Sesi Tergempar OIC mengenai Gaza
Ketibaan Mohamad disambut Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, Datuk Wan Zaidi Wan Abdullah, dan Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah, Roslan Sharif.
EU perkukuh pertahanan, ikrar sokong Ukraine
Pemimpin-pemimpin Eropah pada Khamis bersetuju untuk meningkatkan perbelanjaan pertahanan dan terus menyokong Ukraine.

KDN galak IPT anjur program kesedaran keselamatan awam
Usaha itu penting dalam memastikan pemupukan budaya keamanan, toleransi seterusnya menggalakkan perpaduan sosial dengan menolak keganasan serta ekstremisme.